19.05.12 (Sabtu)
Malam pula ingat nak tengok final FA (Kelantan vs Sime Darby) namun dtg mengejut beberapa pesakit, pesakit lama, diruqyah tubuh dia bergoyang tapi dah byk ok berbanding dulu. Suami dia juga sakit belakang dan pinggang.
Kes2 hari ini tidaklah mencabar sangat, namun agak sulit dan rumit. Kes pertama ibu yg hamil 4 bulan dan anak dlm kandungan meninggal, namun dah seminggu tak keluar, do Hospital Serdang. Doktor kata dah ada tulang dan ini anak ke5. Sebelum tu keluar ketulan darah sahaja.
Kedua seorg isteri mimpi beremuka dgn ular, digigit, sejak Mei tak boleh tidur sehinggal 2.30 pagi, kaki habis kena gigit, kesan kat kedua2 peha, sedar bersih dgn air garam, lepas tu hilang, nak tidur balik perasaan ada benda kat luar sliding door tapi benda tu tak dpt masuk bilik. Juga ular hadap muka dia, dibaca yasin, ular tu pecah, lalu kedua2 pehanya merah. Juga mimpi gunung ganang, masuk bukit, tunggu kat bus stop, ular masa tu nak berdiri lalu diketuknya kepala ular, bas sampai dia naik. Kemudian mimpi jumpa org jawa, menjerit dan buka silat, lalu dia terajang kaki org itu.
Kes lain prpm kerja KLC C , masalah dgn suami dia yang tak nak bayar hutang RM250K, dulu tak boleh tidur langsung, skrg dah boleh tapi belum sempurna, kerja dah ok, sy beri nasihat perundangan agar dia dpt selesaikan masalah dgn suami.
Seterusnya pesakit dari Muar, prpm 65 th, gangguan masa tidur, terkejut, tarik2, badan lemah, letih, kaki berdenyut2, tak selesa. Juga kanak2 usia 4 th, selalu demam, tonsil selalu bengkak, selalu masuk dan keluar wad. Kemudian kes pening kepala, hari2 sakit, meta jadi kelabu.
Kes berikut seorg doktor pakar, usia 33 th, ada ketumbuhan (tumor ) di ovari, dah buat kemo, kini dia disahkan paru2 berair, kuman berebak ke paru2. Dia pakar radiologi dan pensyarah perubatan di sebuah hospital terkemuka di KL. Adik dia juga seorang doktor, belum dpt jodoh.
Berikut kes prpm 31 th, ketumbuhanm (cyst) belakang rahim sebelah kanan berukuran 3 cm. Doktor lain pulak kata tak ada apa-apa, sekarang ada bengkak dan doktor cadang operate pada 11.6.12 nanti.
Seterusnya budak prpm 3 th, anak sulung tunggal, tidur menangis, asyik berang, selalu tendang, ludah, mengamuk dll, dah 3 minggu macam ni. Bapanya juga ada sakit kaki sebelah kiri dan sakit belakang.
Malam pula ingat nak tengok final FA (Kelantan vs Sime Darby) namun dtg mengejut beberapa pesakit, pesakit lama, diruqyah tubuh dia bergoyang tapi dah byk ok berbanding dulu. Suami dia juga sakit belakang dan pinggang.
No comments:
Post a Comment