Blogger Templates

Tuesday, 8 May 2012

Tua Semakin Muda.

08.05.12 (Rabu)

Sy ada terima sms tapi tak tahu dari siapa, mengucapkan terima kasih kerana membantu keluarganya. Sy tak simpan no. tu, kalau pesakit yg bagi sy ada simpan, dh beribu2, dlm 2 sim dan dlm phone. Sy bls sms, rupanya pesakit yg dtg bawa keluarga smlm, dia kata keluarganya dah sihat, termasuk 2 org anaknya yg amat hyperaktive tu. Sy kata okeylah, itu kehendak Allah sebab Dia penyembuh sebenar.

Mlm, ada byk kes, 7 keluarga confirm nak dtg mlm. Pertama prpm yg dtg minggu lps beritahu anak dia yg takutkan cikgu sampai tak nakpergi sekolah, kini dah baik, bahkan berkawan pulak dgn cikgu, cuma suami dia ada mimpi maknya dtg dgn wajah tua, makin lama makin muda dan dia perasan itu bukan mak mertua dia, lalu disentak tangan kenalah muka isterinya ini,. dtg ni nak sambung air sebab solatnya juga diganggu selain tak tahan dengar locing dari rumah India depan rumah dia, tiap2 petang menjelang maghrib. Kawan dia pula, 47 th, dulu ada kanser payudara, dah operate okt 2011, dah buat kemoterapi pun, 6 sesi kini sdg tunggu radioterapi utk 10 sesi, doktor dah remove ketulan 1.5 cm, stage 2, payudara kanan. Ujian mamogram utk sebelah kiri akan menyusul krn bimbang mereka pula ke situ.  Kawan dia sorang lagi, 45 th, mengadu masa solat badan dia rasa goyang, khayal, takut2, nak jatuh, selalunya lepas sar kaki mula rasa seram sejuk.

Lepas tu, prpm, dibawa anak dan menantunya, 52 th, sejak operation buang cyst kat overy, remove semua, dia tak boleh tidur sampai la nih. Operation 27.4.12 (dah 12 hari), selera tiada juga tak tenteram, berdebar2. Menantunya pula mengadu hilang kunci kereta tiba2, lepas tu kunci motor, yg hairan kunci2 tu diikat pada segugus kunci yg banyak2, tapi yg hilang yg tu, lain2 tidak,  lepas kunci kereta, kunci motor. Entah kenapa sy tanya, baru naik pangkat ke?, dia jawab ya, dan tukar tempat kerja, tapi dlm bidang sama. Sy hanya tanya dan tak ulas apa-apa kat dia, hanya ruqyah.

Setelah itu, guru tadika, 30 th, yg dapati budak2 di tadika dia asyik menangis sejak bakas suaminya dtg menjenguk anaknya yg ditempatkan di situ. Dia tinggal di tadika tu bersama guru lain dan anak2nya dgn bekas suaminya yg tadi tu. Menurutnya, bekas suami ada mengamalkan benda pelik dan suaminya pernah kata selepas cerai talak 3, nak hancurkan tadika tu, nak buat kacau, biar tak boleh beroperasi. Anaknya yg diganggu, berusia 1 th, 9 bulan turut dibawa. dia juga kata ada nampak lembaga macam suami dia di katil, tempat tidur, mlm2, lepas tu berlalu pergi tanpa kata apa-apa.

Kemudian, pesakit ulangan yg sendawa tak henti2, lps tu, pesakit prpm, dia juga ada masalah jantung, kali ni mengadu, pagi tadi tidur dan mimpi tangan keluar dari perutnya lalu memulas tangannya sehingga tak berjaya dilepaskan, bawa Allah akbar juga tak boleh, tak terkeluar, lama juga dipulas tangannya sampai renyok, akhirnya sedar. Suami dia pula nampak pening dan mencengkam kepala masa sy ruqyah isterinya itu. Minta dia relaks dan boleh dtg lain kali sebab dah lewat, tengah mlm dh.

Pesakit akhir, tadi suami dia call, dia kata bekas pelajar sy, pelajar sarjana, dia sebut nama, sy kurang cam sebab ada beberapa nama mcm dia, akhirnya sy perasaan, dia pelajar M.A sy dulu, kini guru sekoah di Gombak. Masalah ialah isteri dia, lps berada di rumah abang ipar dia 3 hari lepas, kakak dia merasuk, lalu berjangkit kat dia, kemudian anak saudara dia, yakni ketiga2 beradik kena berturut2, berantai2. Masa tu  dipanggil seorg perawat, dia sebut nama sy kenal, kwn sy jugak di DS. Perawat tu kata kena pergi ke DS sabtu nanti, buat rawatan tepuk dgn ustazah. Nak tunggu sabtu lambat lagi sedangkan badan dia dah lemah, sakit2, tulang rusuk menyucuk2, pedih mcm kena hiris, senak ulu hati, sakit ni sejak 11.4.12 lagi, suami dia call sy, ingat hampir 10 th tak jumpa, tak tanya dari mana dia dpt no. . Dulu th 2010 dia ada kanser payudara, lumb tu dah dibuang, dh buat kemoterapi 6 sesi dan radioterapi 20 kali, masih makan ubat. Masa ruqyah sy dapati hanya 1 poin di belakang yg bermasalah, tulang belakang bwh, selain badan msaih lemah2. Sy kata lps rawat masalah mcm ni biasalah lemah, 3 hari biasanya dah ok. Pasal perawat tu yg suruh pergi tepuk dgn daun nangka, sy kurang setuju sebab dia tak ada tanda2 batuk berterusan, keluar darah atau simptom lain terkena racun atau santau, so, ini bukan kes santau dan bukan juga kes sihir. Sy cadangkan cukup dgn rawatn biasa, gangguan warisan.Suami dia juga mengaku, arwah bapa saudaranya seorg bomoh kat kampung.

No comments:

Post a Comment