Blogger Templates

Saturday, 5 May 2012

Nak bunuh diri

27.04.12

Satu keluarga dtg dgn masalah anak beranak hampir serupa. Anak dia, pesakit remaja lelaki, 17 th, Dengkil, pengawas, malas sekolah, kalau pergi pun tak nak buat kerja sekolah, tak ada semangat langsung, tak blh kawal diri, ini berlaku sejak minggu lepas sejak ada budak sekolah tengking pengawas atas sebab2 tertentu, kini dia rasa takut, berat kepala, migrain, lemah dan sakit2 badan. Juga mimpi perempuan pakai kuning. Adiknya 3 th juga mimpi , cakap ada darah kat rumah, selalu. Kakak dia juga ada mimpi sama spt ular, menyusu bayi . Maknya juga ada mimpi suaminya datang, nak bersama sedangkan suami dia k masjid ketika itu. Terakhir mimpi ni minggu lepas. Sy ruqyah dia dan dia rasa kebas2 dan sakit2 kaki dan jari. Mak dia juga mengaku, kalau bersama dgn suami akan bleeding dan ini berlaku sejak mula kahwin lagi.  Selain itu setelah diruqyah, kakak dia juga muntah.

Pesakit berikut, pesakit prpm, 11 th, sejak minggu lepas asyik masuk dan keluar hospital, termasuk Hospital Pantai. Doktor suspek ada masalah saraf, mata , otak dan telinga namun tak dpt confirm setelah buat diagnosis. Dia kalau sedang berjalan blh jatuh ke depan begitu saja lalu pengsan, so, habis lutut dia luka2, kena balut, asyik jatuh dan pengsan. Bila dia pening, nampak cahaya biru di samping objek lain, kadang2 tak nampak apa2 kecuali biru. Tidur selalu mimpi kartun micky mouse, pergi jalan2 jumpa princess. Ini berlaku sejak minggu lepas. Dia juga kepar lapar, tiada sepertimana sebelum ini, asyik minta makan, juga kaki sebelah kiri dia lemah. Sy rawat berdasarkan simptom yg ada.

Berikut pesakit kes ulangan sambung air ruqyah. Kini masalah dia nampak org prpr tua kat kelas, masa buat tuisyen malam di sekolah, tangan dia dicucuk2, muntah2 dan sakit. Seorg cikgu lain yg disyaki ada pendamping (jin asal jawa) juga demam. Murid dia beritahu dia esok pagi bhw semalam rupa cikgu ni (pesakit) macam pontianak dan menyeramkan. Peristiwa ini berlaku sejak lepas gotong royong sekolah, termasuk mengemas bilik2 darjah. Benda2 anih lain tak perlulah diceritakan di sini, takut budak2 tak nak pergi sekolah.

Semasa rawatan, terima call, minta tolong sebab ada perempuan, 19 th, mengamuk nak bunuh diri, nak terjun flat, kerana masalah dgn tunangnya. Sy minta tunggu 1/2 jam lagi nak selesaikan sesi rawatan. Sy bergegas ke sana dan dapati dia masih belum tenteram, asyik menangis, meraung dan meracau2, menyebut nama tunang dia dan minta lelaki tu datang. Sy diberitahu dia baru saja dipukul oleh tunangnya setelah mabuk kemudian meninggalkan dia. Ini diklasifikasikan sbg kes gangguan emosi, Sy mulakan ruqyah penenang, penunduk dan pelembut, setelah itu minta mak dia berikan air yg didoakan utk minum dan sapu muka. Dia mula tenang, raungannya mula perlahan dan reda. Sy balik, jam dah lebih 1 1/2 pagi, esok pagi kena berada di klinik DS kerana bertugas. 

No comments:

Post a Comment