Salam semua pembca blog ini. Sy akan kembali posting dgn kes2 baru dalam beberapa hari lagi...
Sunday, 23 December 2012
Tuesday, 2 October 2012
Saturday, 25 August 2012
bunian tunggu pesakit depan rumah saya
Ini kes pesaskit yg dtg semalam, juga akan dicatat selepas ni...
cuti ramadan dan idil fitri
sepanjang ramadan rawatan masih berlangsung iaitu petang sebelum berbuka dan selepas terawikh, namun tidaklah spt bulan2 lain sebab nak rehat, kes2 tak banyak dan pesakit2 boleh bertahan sehingga selepas raya. Masuk raya ketiga, rawatan macam biasa, namun kes2 tertentu akan diposting insyaallah sehari dua lagi. Kebanyakan kes berkaitan isteri lari rumah, anak prpm yy suka kaum sejenis, suami dihalau isteri dan keluarga mertua, serta gangguan rumah....jumpa selepas ini.
Wednesday, 15 August 2012
rawat kebun
dah banyak kes sy tak posting, insyaAllah beberapa hari lagi, kerana asyik melayan pertanyaan dlm emel grup ahli DS ttg pelbagai jenis penyakit dan kaedah rawatan termasuk merawat kebun atau tanaman.
Saturday, 4 August 2012
Bekam Api dan wafak bulu gajah
25.07.2012 (Rabu)
Pesakit asal K.kangsar, prpm 35 th, sakit perut, kejang2 , tarik2, dah 4-5 hari, tidur terjaga dan sakit, pernah merawat dgn org yg jual produk HPA. iaitu bekam api, pakai mangkuk. Bakar kertas dan layur api berdekatan kat badan pesakit. Ini kali pertama sy dengar pasal bekam api. Doktor hospital pernah syak ada fibroid, tapi lps check tak ada pulak.
Kemudian 2 org pesakit yg seorg saudara sy pernah minta bantuan utk rawatkan mereka. Pertama prpm 27 th, kenal seorg lelaki Indon, asal Medan 4 th lepas, bertunang lebih 2 th di Pahang, lepas tu putus, tak tahu silap di mana. Lelaki tadi kemudian kahwin dgn prpm Indon juga kemudian bercerai. Kini lelaki tadi ingin kembali kpd dia tapi dia dah serik tak nak lelaki tu lagi. Namun demikian dia tak boleh lupakan lelaki itu sejak Januari 2012. Masalah dia tak dpt lupakan lelaki tu.Menurutnya lekai bekas tunang dia ada simpanbenda2 pelik, pakai mentera dsb utuk rujuk dia balik, juga dia ada simpan bulu gajah dan wafak.
Kawan dia pulak, 35 th, dh berasingan dgn suami 4 th, baru th ni bercerai resmi, suami ikut ckp mertua, halangan dari mertua yg ada buat amalan tarik harta dan perkara mistik, simpan tangkal, azimat dll.
Friday, 27 July 2012
Mulut berakar dan kembang
21.07.12 (Sabtu)
Ada beberapa kes yg anih dan kronik. Antaranya pesakit wanita, pesyarah sebuah IPTA di pantai timur, nak bertunang dgn sorg pegawai sebuah kementerian, sama2 26 th dan kenal masa belajar dulu , sejak merancang nak bertunang, macam2 perkara anih terjadi kpd wanita ini, sy kenal dia sebab dia dulu pelajar sy. Dia kata mulutnya rasa macam berakar, sebelah pipi kiri dan kadang2 ke kanan, dekat mulut, jadi kembang dan bergelodak, manakla perut dia juga katanya macam ada angin berombak2. Dulu taklah macam ni.
Kes lain pesakit santau, wanita 33 th, datang dgn suami, kedua2 guru dan 3 anak. Dlm bilik rawatan hanya dia dan 2 anak masuk, suami dan anak satu lagi tidak. Katanya setiap minggu sakit dia akan datang dari hari isnin sampai jumaat , asal Bkt Abal, Pasir Puteh. Dgn TGUH pun dia kata dah berubat 5 kali, tak termasuk perawat2 lain hampir setiap minggu. Dia kata abang ipar dia (anak mertua) pernah beri makan ubat, keluarga mertua tipu tanah, puja benda, bakar kemenyan dsb. Dia tak suka keluarga mertua dan enggan balik kg suami, maka suami dia juga tak kasi dia balik kg dia jugak. Hasilnya seri, kedua2 tak balik ke mana2 sejak sakit ni. Suami dia sebenarnya enggan berubat, tapi taklah larang isterinya ini. Sy ruqyah dia dan sy perasaan pernah kenal prpm ni, tapi di mana. Kebetulan masa nak keluar bilik rawatan dia kata dia anak murid sy dulu, baru dia perasan, dia pernah pinjam nota kuliah sy. Dia kata tak terfikir dan tak sangka sy terlibat dlm pengubatan ini. MasyaAllah, lps tu sy minta dia panggil suami masuk dan berbincang ttg langkah seterusnya demi mendapatkan kesembuhan.
Air ruqyah berapi
20.07.12 (Jumaat)
Saudara dari Kelang call ada dua prg prpm ingin berubat, sy kata insyaAllah biar dia konteks slps ini. Akan ditentukan tarikh dan masa sesuai. Juga kes yg agat rumit iaitu seorg pelajar yg ada masalah dgn bakal tunangnya. Dia pensyarah sebuah IPTA manakala bakal tunangnya bekerja di sebuah kementeriaan kerajaan. Dia pernah berubat dgn seeorng, masalahnya dia pelan nak kahwin tak jadi, bomoh tu kata dia sesuatu padanya. memang perut dia bergelodak sejak selasa lepas, juga sakit dekat rahang, macam tercekik, spt tak dpt bercakap, tidur mudah jaga, mimpi suara2 cakap jangan kacau lelaki tu, ini banyhak kali berlaku, suaranya sama iaitu prpm berumur, juga dtg cakap dlm mimpi, warning dia. Mereka berkawan ni sejak 2008 lagi ketika masih sama-sama belajar. Dia kata dia tak boleh balik rumah lama di kampung, seolah2 ada menyekatnya. Bapa lelaki itu pula sangat rapat dgn seseorg dari Sabah, dipercayai memakai benda2 pelik termasuk pendamping. Abang dia juga dan isterinya selalu baran dan bergaduh. Sy minta dtg ke klinik di BBB masa sy bertugas besok utk diruqyahkan, bawa juga bakal tunangnya.
Mlm, pesakit yg pernah dtg, saudaranya bawa, dia cakap lps balik rumah hari tu, dah lebih 3 bulan ok, sihat dah, dia pun leka tak buat apa-apa, doa tidak, zikir tidak, sehinggalah beberapa hari lepas, terkena lagi kat kilang tempat dia kerja, , kemudian balik rumah, disuruh minum air ruqyah yg masih berbaki, dia tak nak, dia kata kotor, macam ada api. Masa sampai, dia macam org hilang akal, layu, tak bermaya, tak bercakap, macam bingung, kosong fikiran. Mula saja ruqyah dia bertempik amat kuat, walaupun badan dia kurus dan lemah, berulang2kali jugalah dia menderam, akhirnya dia longlai dan tidur, 15 minit kemudia sedar dan ok..
Wednesday, 25 July 2012
Patung bercucuk jarum dlm bungkusan
...dah beberapa hari tak sempat buat catatan kerana ada beberapa hal,...Kes ini masih ditangani, pesakit saya, prpm, di mimpi kakaknya pimpin tangan dia pegi ke sebuah padang dekt rumah lama dia, di situ dia ternampak satu lubang dan dalamnya ada anak patung yg badannya dicucuk dgn jarum macam lidi, di tangannya ada sampul putih, dan dalamnya ada gambar2 lama keluarga dia. Dlm mimpi tu dia terus telefon saya dan nampak rupa aya, putih, pakai kopiah dan jubah putih, lalu saya memberitahunya biarkan patung itu, jgn diapa2kan, kerana org yg buat kerja ni dah nak mati, sekarang sedang sakit. Ini cuma mimpi dan sy tidak mahu pentafsirkan mimpi ini lebih2 sangat takut menimbulkan salah tanggapan. Selama sy mengubati dia, sy cuma mendoakan kebaikan utk dia dan keluarganya, dan sekiranya ada org2 yg menjadi punca kesakitan yg dialami, dimohon agar Allah memberi petunjuk kpd org2 itu agar meninggalkan kerja2 yg tidak elok dsb. namun sekiranya ditakdirkan Allah hendak memulangkan kesakitan itu kpd penyebabnya atau memberi ujian, maka itu hak Allah.
Thursday, 19 July 2012
Cicak hitam melekat di kaki
17.07.12 (Selasa)
Antara kes yg jarang ditemui ialah pesakit lelaki, 46 th, diterpa oleh beberapa ekor cicak ke kakinya sewaktu berada dlm sebuah surau, dikuis, kemudian jatuh lagi yg lebih besar, ini berlaku 4-5 bulan lepas, terkini ada lagi sekor cicak jatuh kat kakinya, tapi ia berwarna hitam. Sejak itu dia rasa sakit tapak kaki, rasa panas, senja pula selalu panas belakang, selepas isyak baru ok sikit, juga susah tidur, termasuk terbayang2 ular. Dia mengaku pergi jumpa bomoh, diberi minum air. Dia juga waktu pasang CD Quran, tiba2 rasa ada kecoh kat rumah, lalu melompat masuk bilik dan menangis. Dia juga mengaku hilang nafsu terhadap isterinya sedangkan nafsu isterinya adalah sebaliknya, lebih dari biasa, tak pernah seperti ni, macam buang tebiat. Bomoh kata ada 2 ekor jin kat kaki kiri dan seekor kat kaki kanan sebelah bawah betis. ..........sambung.
Rawatan jarak jauh
16.07.12 (Isnin)
Sy terima panggilan seorg. wanita, dia minta tolong buat rawatan jarak jauh untuk anaknya yg sedang sakit, gangguan dan merasuk di sebuah asrama di daerah Sabak Bernam. Sepatutnya dia beritahu dulu apa masalah anaknya, apa dah terjadi dan minta saya ikhtiarkan. Ini tidak, terus minta sy buat rawatan jarak jauh. Sy kata sy tak buat rawatan jarak jauh spt yg dimintanya, dia kecewa dan kata, tak apalah kalau tak boleh buat. Sy jawab bukan macam tu, kita ikhtiar di mana-mana pun boleh, tak spt. mana rawatan yg dia kehendaki, sebab kita hanya mendoakan kpd Allah utk dapatkan kesembuhan. Sy tak menyalahkan dia 100 % setakat ini sebab dia sering mendatangi bomoh sebelum ni, cuma akhir2 ni terdorong utk mencuba rawatan Islam. Setelah dia letak telefon, 2 minit kemudian dia call balik, minta tolong ikhtiarkan, doakan agar anaknya sembuh, sy kata insyaAllah. Memang di DS pelajar didedah ttg kaedah rawatan tsbt yg dinamakan telepathy. Ia melibatkan doa dan konsepnya sama saja dgn solat ghaib bagi jenazah yg tiada hadir di depan kita sebelum dikebumikan. Allah mendengar doa kita di mana2 jua dan bila2 masa jua. Ruqyah yang disusuli dgn solat hajat dan zikir2 tertentu sebelum tidur utk dapatkan petunjuk. Cuma kaedah spt yg diamalkan oleh pawang, dukun dan bomoh spt. menilik, nak tahu punca, angkara siapa, siapa yg buat dsbnya, maaflah, sy tak buat semua itu. Ia boleh mengundang fitnah selain kesyirikan.
Seterusnya pesakit prpm, dah lama x dtg buat susulan, katanya sejak saudara-mara sebelah suaminya dtg berkunjung ke rumahnya beberapa hari lepas, dia dan anaknya serta rumahnya dpat kembali masalah. Masa saudara suaminya dtg , dia boleh berhubung dgn makhluk yg terdapat dlm badan saudaranya itu, iaitu saka dari mertuanya,sudah tua dan tinggal2 sorang2 di rumah lama di Melaka. Pengakuan dari ahli keluarganya ttg saka ni adalah konsisten walaupun sy keberatan nak guna istilah saka sebab ia boleh mengundang fitnah. Semasa dialog, jin asal iaitu jin muslim mengatakan badan prpm ini dah dimasuki ramai jin2 saka sebelah suaminya, juga dah masuk rumahnya dan mendampingi anak lelakinya, yg diakui dia ada masalah hyperaktif, sering tengking, marah2 maknya sampai terjengkil biji mata, sedangkan sebelum ni taklah sampai begitu sekali. Jin muslim tadi sebenarnya tak berada dlm rumah prpm tadi, hanya bila dia keluar rumah, barulah jin ini mengekorinya dan sebaik2 prpm tadi balik dan masuk rumah, dia tinggal di luar, dan inilah rutin dia. Hal ini pernah diceritakan dlm posting terdahulu. Ringkas cerita sy ruqyah utk mengusir jin saka yg jahat, melibatkan 2 fasa, akhirnya pesakit ok dan rasa ringan badannya.

Wednesday, 18 July 2012
Ilmu Memanjang Suara
15.07.12 (Ahad)
Selesai kuliah DS Perlis, bab sihir, seorg pelajar minta doakan emaknya, katanya mak dia sakit sekarang ni, dulu ada ambil dan amal ilmu untuk memanjangkan suara, dgn bacaan ayat2 tertentu, dulubaca Quran panjang suara, kalau dulu ada program Akademi Quran, boleh menang punya, mengalahkan mursyid, tapi dia kini dah berusia, tak larat dah.............bersambung.
Makhluk ghaib ajak main bola
15.07.12 (Ahad)
Sy dihantar ke rumah tu utk berehat sementara tunggu flight 9.45 mlm. Masa tukar pakaian nak ke bilik air, tiba-tiba muncul satu bola getah, saiz kecil sikit dari bola FIFA, bola tu bergerak-gerak seolah2 ditolak atau dikuis2 dgn kaki. Mungkin dia boring, nak ajak saya main bola, tapi nak main dgn siapa, hanya sy sorang ada ketika itu, sy tak peduli bola tu, nak bergerak ke , nak menendang ke, sy tak layan, lalu melewati bola yg sedang bergerak2 menuju ke bilik air, mandi dan ambil wuduk utk solat asar. Selepas solat bola tu berhenti, sy tetap tak layan, lalu berkemas dan bersiap utk ke airport. Kalau semalam sy bermalam di sini mungkin sempat berkenalan, tapi sy dihantar ke hotel.
Tuesday, 17 July 2012
Gulai Kawah Rusa dan Landak
14.07.12 dan 15.07.12 (Sabtu dan Ahad)
Flight dijadual berlepas jam 7.10 pagi ke Alor Star, 5.30 baru bertolak dari rumah, sampai LCCT jam 6.15, yg sepatutnya paling leweat pukul 6.00 kena sampai. Agak cemas jugalah kerana nak check in masa dah kurang 1 jam, so mesin kiosk tak terima, cuma boarding pass utk return keluar, so kena beratur pulak di kaunter, panjang juga, kena demda pasal lewat, lps tu tiba di dewan menunggu terpapar di skrin...Gate Closed. Sy minta petugas buka pintu, dia tolong, lalu sy bergegas ke bay F95, sampai check point terakhir, petugas dah nak beredar, masa tinggal 8 minit utk berlepas, nasib baik tangga belum ditarik keluar, sebaik saja masuk perut pesawat, tangga ditunda. Oh,,,cemas jugalah, Syukur Allah makbulkan doa agar sempat.
Kuliah DS di dewan bertempat di perkarangan kediaman resmi MB Kedah, selesai kuliah bila masuk waktu zohor. Setelah selesai solat, sy dibawa oleh sahabat, pengerusi DS Perlis dan 2 ajknya utk ke Perlis pulak. Dlm perjalanan singgah di sebuah gerai kat Gunong Teriang yg menghidangkan pelbagai jenis gulai kawah termasuk rusa, landak dll. Kami makan tengahari di situ. Dapatlah merasa gulai kawah rusa, ikan keli goreng persis di Anjung Keli Perlis dll, cuma Pengerusi DS Perlis agak terkilan kerana kempunan nak makan landak, landak dah habis, pekerja situ kata kalau sebelum pukul 12 t/hari masih sempat, lepas tu nasiblah, sebab landak susah nak dapat, itupun bekalan tak banyak. Tak apalah, lain kali kalau ada rezki. Sy pernah makan rendang landak awal th 1980 sewaktu menetap di Ulu Langat, waktu tu ada jiran yg selalu memburu landak, lps tu ingat2 sy pernah makan lagi tapi lupa bila. Sy bisik kat ssahabat tu, kalau TGUH turun ke Perlis atau Kedah, bolehlah sound makan kat sini, pekena rendang landak ke , rusa ke. Sy tanya tenggeling tak ada ke?. Pernah diberitahu tenggiling halal dimakan seperti juga dob (spesis biawak padang pasir), cuma ia spesis eksotik yg terkawal. Malam pula kami ke Kuala Perlis, pekena ketam, kerapu 5 rasa dll, balik hotel, cuba tidur tapi terjaga beberapa kali, macam ada sesuatu, tapi apa yg ada tak payahlah cerita pada sesiapa. Akhirnya terjaga jam 5.30 pagi. Besoknya Kuliah di DS Perlis, lepas tu lunch di Anjung Keli, pelanggan lebih ramai berbanding biasa, mungkin sebab hujung minggu terakhir sebelum puasa. Keluar hotel tadi dah check out, so lps kuliah sy ke rumah TGUH di Bohor Latif, berehatlah di situ dulu, sampai jam 6.30 bertolak ke airport utk pulang ke KL. Terima kasih atas layanan sahabat2 DS di Kedah dan Perlis semuanya. Sampai rumah jam 12.00 anak2 ramai dah tidur, esok kena pergi kerja, jam 2.30 pagi baru tidur. Ada beberapa pesakit yg terpaksa ditunda temujanji dlm 2 hari ni, akan dtg mlm esok atau lusa.
Friday, 13 July 2012
Kuliah di DS Kedah dan Perlis
13.07.12 (Jumaat)
Hari ni tak dpt merawat kerana nak siapkan bahan bagi kuliah pengubatan iaitu Sabtu di Kedah dan Ahad di Perlis. Tajuk yg diberi dah berkali2 sy ceramahkan, namun biasalah setiap kali akan ada penambahan bahan atau maklumat, kalau tidak penceramah juga turut boring. Apatah lagi kedua2 tempat tu berlainan tajuk, so, nak siapkan slides memakan masa kira2 4-5 jam jugalah. Ahad nanti juga sy terlepas 2 function penting iaitu sbg pentasmik di DS Bangi dan juga AGM GAPPIMA di Wisma Belia, KL. Nak buat camno, buatlah apa-apa yg dapat dan penting dulu.

Wednesday, 11 July 2012
Jin Wusyu nak duduk dgn saya
11.07.12 (Rabu)
Pagi di pejabat sy didatangi seorg dari Niger, Afrika, lelaki, 35 th, ingatkan dia nak tanya sesuatu ttg penyelidikan, rupanya dia ada masalah peribadi. Dia pernah ikuti wacana ilmu berkaitan sihir yg sy sampaikan hari Jumaat lepas dan justeru itu terdorong menemui sy. Dia dah beristeri, usia isteri 22 th dan berkahwin sudah lebih 5 th (2007). Masalah lain tiada, badan sihat, tenaga ok, zahir dan batin, cuma satu iaitu sejak kahwin sampai sekarang mereka tidak dapat bersama, kadang2 di pihak dia, ada juga di pihak isteri, ringkas cerita sekalipun mereka tak pernah atau tak dapat, walaupun sering dicuba. Sy cuba menerangkan tentang kemungkinan berlaku rabt al-zawj @ al-Zawaj, iaitu simpulan perkahwinan, maka sy beri beberapa ayat Quran dlm beberapa surah, juga doa dari hadith2 Nabi saw utk diamalkan secara istiqamah. Sy beri tempuh 2 minggu, kalau tiada perubahan, bolehlah dtg jumpa sy, bawa isteri sekali.
Kes mlm pula, seorg ibu bawa anaknya, prpm, 2 bu 10 hari, anak ke3, dia kuat menangis, tak kira siang atau malam, dia dtg ni dibawa oleh kawannya, secara mengejut, tiada appointment, tapi tak apalah, kuat menangis ni susah berhenti, kira2 1- 2 jam baru berhenti, kemudian menangis lagi. Hospital kata kembung perut, diberinya ubat sapu. Kalaulah dia beritahu awal sebelum dtg, sy cadangkan dia bawa bersama daun pokok kacang botol sebagai bahan tambahan, utk diramas dan dimandikan, kemungkinan ada sawan, namun tak apalah, sy suruh dia cari selepas ni. Sy ruqyah pada air dan minta ibunya beri minum, sapu dan mandikan.

Berikut bapa pesakit dari Bangsar yg tiba2 call, dah lama tak berhubung, dia kata anaknya, prpm, yg dulu ada masalah gangguan, kini berulang. Dia mengaku air dah habis, dah putus sejak 5 bulan lepas, rasa dah ok, maka tak buat apa-apa, lalai zikir, baca Quran dsb. Dlm tempuh 5 bulan sehingga beberapa hari lepas anak dia dah nampak pulih, tiada gangguan lagi, namun kenapa ianya berulang. Pendek cerita jam 10 pm mereka sekeluarga 5 org dtg. sy sdg merawat pesakit lain ketika itu. Setelah diruqyah, pesakit ini mula menderam, kemudian buka gerakan kedua2 belah tangan seolah2 langkah sembah, lalu bangun, berpusing, seterusnya buka langkah spt wusyu, berpusing kedua2 kaki latuh menjatuhkan badan. Sy hentikan dulu ruqyah sebab ini berisiko tinggi, kekuatannya luarbiasa. Sy call pembantu, dtg 4 org, maka sy teruskan ruqyah, pesakit bangun buka langkah sekali lagi, kali ini kami bersiap, menangkap dan rebahkannya ke lantai. Beberapa rangkaian ruqyah dibacakan bersama2 dan turut diikuti oleh ahli2 keluarganya iaitu ibunya dan kedua2 adik prpmnya, namun demikian bapanya yg bersungguh2 bawanya dtg, sekadar duduk selamba, hanya tengok. Bila masuk bab zikir barulah bapanya join kami baca. Dia menderem dan meracau berulang2 kali dan ruqyah serta zikir juga berulang2 kali.
Sy biarkan 4 org pembantu tadi meneruskan ruqyah sementara sy handle kes lain, ada satu keluarga, 5 org, bapa mereka, yg dulunya badannya amat lemah, dah berhenti kerja, bisa seluruh badan, kedua2 betis bengkak dan tiada selera makan. Dia kata kini dah banyak ok, tidur dan makan ok, ada selera, cuma bengkak kaki masih ada terutama waktu2 malam. Mrk dtg kerana dua perkara, iaitu nak sambung air dan kedua bawa barang2 tangkal dan azimat yg banyak disimpan dirumah. Antaranya sebotol air yg kononnya dimasukkan tulisan ayat Quran, dan air itu diminumnya sampai tinggal sisa. Sy tengok sungguh kotor air itu, bercampur kertas, dakwat dan berkelodak, patutnya dia mendpat penyakit krn minum air kotor macam ini yg telah dijampi, katanya dibuat oleh ustaz. Sy kata kalau betul dia ustaz, taklah beri minum air kotor macam ni, ayat Quran pula bukanlah utk ditulis kemudian direndam dlm botol, smpai hancur dan diminum, tiadalah dikenali asas kaedah macam ini dlm pengubatan Nabi saw. Sy juga diberitahu, seorg bomoh yg para pesakitnya menggelarkannya ustaz, namun ada org lain yg mengenalinya kata, ustaz apa, belajar agama pun tak pernah, kecuali pernah belajar dgn bomoh Indonesia. Bomoh ni tak minta pun org panggil dia ustaz, namun kalau ada org panggil dia ustaz, nak buat macamana, seronokah, lagipun gelaran itu boleh guna utk cari makan, merawat org, biarpun pakai hantu penanggal. Apatah lagi dia menjampi dan baca mentera dlm bilik, tak pernah pun depan pesakit, jadi tak tahulah apa yg dibacanya, ayat Quran ke, ape ke. Bagaimanapun sy doakan moga satu hari nanti dia dapat hidayah, insaf, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.
Berbalik kpd pesakit beraksi wusyu tadi, sy teruskan ruqyah dan dakwahkan agar dia meninggalkan tuannya, dari sebuah tokong di Batam, Indonesia. Masa berdialog dia bercakap Melayu, kemudian cakap Inggeris, sy suruh cakap cina, diapun cakap Tionghua, sy minta dia cakap Tamil, dia kata tak reti. Oklah, dia kata memang dah Islam, dah pergi masjid selepas sy rawat pesakit ini dulu dan jin ini diislamkan, dah 5 bulan duduk di sebuah masjid di KL belajar agama. Pesakit ini pun mengaku selepas dirawat 5 bulan, slps tu dia ok sangat, sihat, tak ada gangguan, namun dia rasa seronok dan leka, tak amalkan zikir secara istiqamah. Dlm tempuh yg sama tuan kpd jin ini, dari tokong tak puashati, dihantar spy2 utk cari jin ini dan akhirnya dikesan di sebuah masjid. Sy kata tak apalah, dia pernah Islam namun skrg nak mengucap susah, tersangkut dan tak lancar. Setelah diteruskan ruqyah buka simpulan, dia boleh mengucap dgn lancar, sy kata kena Islamkan dan mengucap sekali lagi. Dia kata baiklah, namun jin ini tak nak pergi, dia nak duduk dgn saya, nak duduk di rumah sy, minta sy jaganya krn bimbang tuannya cari dia lagi sebab dia dah buat perjanjian. Sy kata tak bolehlah macam tu, kalau kamu dah beriman dgn yakin maka Allah akan jaga kamu, akan selamatkan kamu. Diminta pergi ke sebuah masjid terkenal di KL, namun dia tak nak sebab di situ ada kubur. Dicadangkan masjid lain, dia akur tapi sebelum tu dia nak tukar nama kpd Sakinah, sy kata tak ada masalah, maka dgn memakai nama Sakinah, dia mengucap syahadatain sekali lagi dan akhirnya sebelum pergi dia mengucapkan Assalamualaikum kpd saya dan sy jawab salamnya. Pesakit terus tertidur dan sy minta keluarganya biarkan dia berehat krn badannya penat sangat. Episod mlm ini memberi banyak pengajaran iaitu ttg istiqamah dlm memohon kesembuhan kpd Allah. Moga Allah selamatkan Sakinah, jin yg asalnya Budha, kini beriman kpd Allah, agar keimanannya dpt dipertahankan dgn kehendak dan restuNya.
Sihir Tafriq (Pemisah suami isteri)
10.07.12 (Selasa)
Kes seorg ibu tunggal, guru tadika, anak 4 orang, dia bawak ni anak bungsu, prpm 1 th 11 bln, katanya setiap kali bekas suaminya ambil utk jaga setiap hujung minggu, setelah dikembalikan, balik dari rumah bapa dia, dia mesti ada gangguan, meracau2, menenguk2 ke atas, terbeliak, jadi macam histeria,takut dsb. Dia mengaku sejak mula kahwin lagi suaminya ada pakai benda2 pelik, tapi disangkanya benda baik seperti tangkal dan azimat, bunjut hitam, minyak busuk, juga ada keris, buku ilmu zuk, bekas rokok daun dan tembakau. Dia juga pernah nampak kelibat suami dia di rumah, jadi panas dan tak boleh tengok rupa bekas suaminya, bila temu juga nampak mata dia merah semacam. Selain masalah anak dia, dia sendiri ada masalah teringat bekas suami dia amat mendalam, teramat sangat, tak boleh lupa walau sekejap, namun suaminya kata amat benci tengok dia. Dia kerap sms bekas suaminya meluahkan perasaan cinta yg amat mendalam, namun seolah2 menunggu kucing bertandauk, sms tak pernah berbalas.
Kes berikut, pesakit ulangan, kali ni bawa anak dia yg kata sakit di sana, sakit di sini, berpindah2, namun sebaik2 saja masuk rumah sy, dia kata tak sakit apa-apa dah. Tak apalah, sy teruskan juga rawat anaknya. Kemudian dia minta suaminya dirawat kerana mengadu dah beberapa hari tak boleh rukuk dlm solat, tak boleh bongkok belakang dan pinggang sakit sangat. Masa ruqyah isterinya batuk2 dan meliuk2 mengantuk, selesai suami dia kata dia ok, tak ada apa-apa, namun sy rasa dialah yg tak ok sebenarnya, namun dia tak bersedia dirawat nak buat macamana. Sebelum rawat suami dia, sy tanya adakah wujud masalah hubungan suami isteri sejak kebelakangan ni, masing2 berpandangan dan isteri minta suaminya menceritakan. Suaminya kata memang betul dia dan isteri tak bersama dah lama, kalaupun dpt bersama tak bersemangat, tak rasa apa-apa, kosong dan isterinya juga mengaku bencikan suaminya. Ini dah sy agak dan dugaan sy betul. Katanya lagi dia telah mentalaqkan isterinya hampir sebulan lepas setelah didesak oleh isterinya sebulan sebelum itu. Mahkamahpun dah beri dikri perceraiaan. Kesian juga keluarga ini sebab anak-anaknya ok, sekolah agama, ramai hafal Quran dan semua belajar ok, belajar tinggi. Bila diberitahu kpd anak2 semuanya mengangislah. Di segi zahir tiada nampak apa-apa kekurangan bagi pasangan ini, suaminya pun menyayangi isteri dan anak-anak, dia bapa yg baik. Namun ini melibatkan perasaan, isterinya kata dia bencikan suaminya, itu saja. Memang beberapa kali sy ruqyah sebelum ini jin dlm badannya kata dia diupah oleh penyihir utuk bencikan suaminya, biar mereka berpisah atau dia akan mati. Banyak usaha dilakukan, namun isterinya selalu lupa, lupa nak minum air ruqyah, lupa nak bandi, sapu air, zikir, baca surah2 tertentu dsb, angkara permainan jin dlm badannya. Ini berlaku sejak dia mula kahwin lagi, lebih 20 th dah. Namun sy yakin sekiranya usaha ini dilakukan secara istiqamah, mereka akan bersatu kembali, insyaAllah.
Monday, 9 July 2012
Rutinku banyak berubah
09.07.12 (Isnin)
Mlm sy ada mesyuarat di DS, sblm mesy habis ada panggilan dari pesakit, sy jawab lps mesy nanti call balik. Rupanya dia datang dari Melaka, dah sampai rumah sy ketika itu, kesihan juga sebab dia tak call dulu sblm dtg, biasanya pesakit yg dtg buat temujanji dulu, kot2 sy tak ada rumah. Juga dari pesakit pasangan suami isteri yg ada masalah endometriosis, belum dikurniakan zuriat, akan buat temujanji dgn sy nanti. Mesy ni kadang2 mengejut, namun ada yg tidak, misalnya Sabtu ni kena jadi pentasmik pelajar2 perubatan kump. 24, Ahad pula sy wakili DS utk hadir dlm AGM GAPPIMA (Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia) dan baru2 ni sy dilantik sebagai AJK Khas, Bhg. Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Maka tahun ni agak sibuk, terutama selaku Pengarah Kongres Pengubatan Islam Nusantara, selain AJK Pusat Darussyifa' Malaysia merangkap Pengerusi R & D. Nampaknya rutin sy banyak berubah sejak beberapa th kebelakangan ni, tapi tak apalah, asalkan ia membawa kebaikan ke arah melestarikan amalan Tibb al-Nabawi, iaitu sunnah yg ramai org telah meninggalkannya. Malam nanti dah ada beberapa temujanji.
Diskusi Santau
Salam semua,
Beberapa hari lepas ahli2 grup DS beremel ttg rawatan santau yg dikatakan perlu dilakukan R & D utk mengenali apakah benda2 yg keluar dan kenapa sesetengah pesakit sukar mendpat kesembuhan, juga tentang ibu santau dll. Sy bersetuju bahawa kita kena berusaha meningkatkan ilmu di samping pengalaman dari masa ke semasa. Santau melibatkan bahan ramuan, tukang sihir dan perantaraan jin atau makhluk halus. Research pula merupakan kajian tentang pelbagai perkara untuk mendapatkan natijah berdasarkan sesuatu objektif dan ia mempunyai justifikasi serta pelbagai metodologi. Persoalan timbul adakah santau ini boleh dibuktikan secara saintifik dan justeru itu terdapatkah instrumen tertentu bagi membantu kajian mengenai benda2 ghaib dan misteri ini. Pada tahap ini sy lebih suka dibuat kajian rintis dahulu yg melibatkan perawat, pesakit dan ahli keluarga, ertinya mereka boleh dijadikan responden. Selain wawancara dan observasi, borang soal sedlidik juga boleh diedarkan.
Memang terdapat pelbagai jenis bahan yg boleh dilihat, selain yg terlindung setelah melalui proses tepukan (guna daun nangka). Apa yg dipraktikkan di DS, selain dilakukan spt diajar oleh ustaz Mokhtar (tepuk dari pangkal leher hingga ke pinggang) ada juga perawat yg hanya tepuk bhg2 badan tertentu spt, lengan sahaja, lutut ke bawah shj, peha ke bawah atau kaki sahaja tanpa duduk membongkok, namun masih menggunakan daun nangka..Sy pula pernah memberi pesakit santau menelan makjun buatan sendiri yg telah diruqyah khusus dan tak sampai 10 minit, serpihan kaca keluar menerusi lengan pesakit dan boleh disepit keluar. Berdasarkan bahan2 yg keluar ada pelbagai kemungkinan berlaku:
1. Benar2 bahan santau yg keluar dari badan pesakit.
2. Bahan racun yg keluar tapi bukan bahan santau.
3. Bahan yg bukan dari badan pesakit, tapi yg dihadirkan oleh makhluk2 ghaib sewaktu proses rawatan.
4. Bahan2 ada yg keluar selepas rawatan spt bila pesakit mandi atau buang air ketika di rumah.
5. Bahan serangga hidup spt yg merayap dan terbang, juga bahan spt paku, jarum dsb.
Kita semua tahu bahawa santau melibatkan permainan halus samada melibatkan makhluk ghaib mahupun tidak. Kita tidak boleh mengukur sembuh atau tidak berdasarkan simptom fizikal fizikal semata2. Sy dapati pesakit2 yg ditepuk sebahagiannya turut mengalami masalah gangguan, boleh dikatakan majoriti. Perlu disedari permainan makhluk halus tetap berlaku bahkan semakin agresif apabila pesakit sedang menerima rawatan. Apa yg keluar dan dilihat atas tracing paper, kemudian bila perawat lain tepuk tak keluar apa-apa, kita tidak boleh membuat kesimpulan tertentu secara pasti kerana benda2 tu juga adakalanya keluar secara tersembunyi. Sbg contoh, bomoh rawat, ok ditunjukkan benda2 fizikal keluar, tapi perawat Islam tepuk tak semua keluar. ini juga sebahagian permainan syaitan, jin dan iblis. Perawat hanya menyumbang sekitar 30 % dan selebihnya usaha dan keyakinan pesakit sendiri. Sepertimana juga ada pesakit hanya nak dirawat oleh perawat2 tertentu, kononnya perawat itu teror, ruqyah sekejap saja, jin keluar, pesakit merasuk, maka dikatakan perawat itu hebat, sedangkan perawat lain tak seteror itu, bahkan yg senior berbuih2 baca ruqyah, tak ada apa-apa pun simptom. Maka pesakit membuat justifikasi sendiri ttg kehebatan perawat tersebut dan inilah yg silap. Bagaimanapun penyakit dia tak juga sembuh2 biarpun setiap kali dirawat dia merasuk, menderem dan menggelupur. Selalu juga pesakit menceritakan kehebatan perawat2 tertentu dan keberatan utk dirawat oleh perawat2 lain, maka sy kata kalau macam tu, tunggulah sampai dia datang, kalau tak datang, balik dulu dan datanglah bila2 dia ada. Inilah punca2 mengapa tak sembuh.
Pergantungan kita sebenarnya kepada Allah kerana Dia penyembuh sebenar, bukan manusia, dan jangan terperangkap dgn pandangan mata kasar, secara fizikal semata2. Allah akan menyembuhkan sesiapa yg dikehendaki tidak kira siapa yg merawat namun kita kena ingat, syaitan dan iblis sering memerhati perawat dan akan mengenakan perangkap, bukan saja pesakit tewas, bahkan perawat2 sekali.
Dia kata Dia Nabi No. 1, Muhammad no. 2
08.07.12 (Ahad)
Hari ni ada beberapa kes, pagi dan malam. Sy juga terima call dari seprg prpm, mengadu suaminya seorg yg rajin solat, beramal, melayan anak2 dan isteri dgn baik termasuk nafkah makan minum pakai dsb, sehinggalah ke hari ini tak pernah berkurang, bahkan rezeki bertambah2. . Namun demikian hal2 berkaitan pemikirannya amat merisaukan, dia nak tahu adakah dia dianggap telah tercerai atau terputus hubungan dgn suaminya, adakah dia kena keluar rumah dan tak boleh tinggal bersama lagi. Pemikiran suaminya yg amat pelik dan anih spt mengatakan semua org di Malaysia telah murtad, menghentam semua org, dikatakan tak betul, sebab tak boleh atau mampu mengubah situasi Malaysia pada hari ini, semuanya bersekongkol dgn bekas PM. Dia mengaku dialah penjaga kaabah sebenar, imam Mahdi akan berkunjung ke rumahnya bulan zulhijjah nanti, kaabah sebenar terletak di Kg. SK (singkatan) Pahang dan kaabah sekarang di Mekah adalah kaabah sementara, malam2 bercakap sorang2 seolah berkomunikasi menerusi astro dgn semua inteligent seluruh dunia (dlm B.Inggeris) . Yg paling mengejutkan isterinya dan jiran2nya ialah dia mendakwa dialah Nabi No. 1 sedangkan Nabi Muhammad ialah Nabi No. 2....dia ni tidak pernah belajar agama, hanya belajar sendiri2 dan tidak merujuk sesiapa, juga ada ikut grup tabligh, tapi bukanlah kerana ikut tabligh dia jadi macam ni, dia pun tak nak belajar dgn org2 yg reti agama sebab dia tak percaya semua tokoh2 agama di negara ini, sekarang rumah dia penuh dgn barang2 makanan, barang mentah, beras sekali beli 10 kampit, dia kata akan berlaku huruhara tak lama lagi, lalu buat persiapan. Masalahnya, isteri dia ni nak tahu status perkahwinannya, yg melibatkan isu aqidah, patutkah dia keluar dari rumah dan tidak tinggal bersama dgn suami, sy memberi beb. cadangan utk dilakukan, antaranya rujuklah pejabat agama, buat laporan polis dsb ....bersambung...agak panjang sebab panggilannya berdurasi 26:31 minit.
Mlm, ada pesakit kes ulangan, gangguan, jin2 dulu dah tak ganggu lagi kata suaminya, setelah diruqyah dtg jin lain ygh sdg ganggu dia skrg, dia mengaku jin2 yg dulu dah pergi masjid belajar agama, dia ni jin tak bertuan, asal dari sebuah hutan, ringkas cerita dia juga ingin memeluk Islam setelah diberitahu ttg kelebihan dan kebaikan Islam, dia pilih nama Z....dan akhirnya dia pergi ke sebuah masjid berdekatan utk palajari agama dgn guru2 dari kalangan bangsa dia. Juga anak pesakit ini, prpm, yg panas baran, pergi sekolah tapi kerap melencong ke lain, tak sampai sekolah, dia kata ramai tak nak berkawan dgnnya di sekolah, dia baru berusia 15 th, tapi nampak mcm awal 20 an kerana berdandan rapi, juga anak saudaranya yg dulu ada gangguan, kini dah ok, dtg ni nak sambung air, juga adik bungsunya, 30 th, masalah jodoh, sesak nafas, tidur mengigau, gigit2 gigi dan kurang selera makan.
Pesakit akhir, prpm 40th, gatal, tumbuh biji merah, seluruh badan, hospital kata alergik, beri ubat ssapu, makan, krim dan sabun, namun tak elok2, tetap bisa menyucuk2, kulit jadi kasar, semua gatal kecuali muka saja tak gatal. Suami pesakit ini, 51 th, penakut, sejak akhir2 ni jadi lebih penakut, tak boleh tinggal di rumah atau di mana2 sorang2, rasa macam ada sesuatu, terancam, ini berlaku sejak kahwin, duduk rumah atau di mana2pun tetap rasa takut, meskipun dia berbadan besar dan nampak garang.

Saturday, 7 July 2012
Usia 30 dah jadi nenek
07.07.12 (Sabtu)
Pagi merawat di DS, iaitu 23 org jugalah hari ni termasuk malam. Antaranya ialah kes pesakit yg kini dah bertudung setelah beberapa sesi rawatan, didakwahkan secara berhemat dan pernah bermimpi jumpa TGUH yg mengajarnya dlm sebuah surau dan rupa TGUH masa itu amat muda dan banyak episod menarik berlaku sepanjang rawatan ke atasnya spt baru2 ini opahnya meninggal dunia dan sebaik2 selesai mengkebumikannya, sekumpulan awan membentuk kalimah ALLAH di langit dan hal ini menimbulkan kegemparan dan ramai yg sempat mengambil foto tersebut. Beliau kini jauh lebih sihat namun usaha mendapatkan zuriat belum berhasil sepertimana semua adik beradiknya yg lain, tiada seorangpun yg memberikan cucu kepada ibunya.
Pesakit kronik lain, prpm yg pernah berada di luar negara 7 th, usia 44 th belum kahwin walaupun pernah berkawan dgn seorg lelaki pada 1997. Pernah berubat dgn seorg nenek (usia baru 30 th) atas syor kawannya. Nenek ini didakwa mendapat tenaga dan kuasa berubat baru setahun, setiap kali berubat rupanya jadi semakin tua, semakin tua, dia bersanggul dan semua aksi dan tutur bicara spt seorg nenek walaupun dia baru berusia 30 th. Sebelum dpt kuasa dan tenaga berubat, dia dulunya seorang yg buruk pekerti, jahat dan nakal (spt dinyatakan oleh pesakit ini), namun seseorg yg mengajarnya telah memasukkan benda iaitu jin nenek ke dlm badannya maka jadilah dia spt itu. Prpm ini pernah berubat 2 kali dgn nenek ini iaitu julai dan Okt. tahun 2011. Dia tinggal bersama bapa, namun bapanya suka curi barang2 dia dan mengaku bapa dia mengamalkan benda2 pelik di rumah.
Kes berikut pasangan suami isteeri, suami usia 28 th, manakala isteri 40 th, kahwin 2006, lps kahwin berniaga makanan, kini tutup, hanya suami kerja, anak 5 org. Isteri amat pemarah, baran dsb manakala suami bendi tengok muka isterinya. Masa berniag macam2 berlaku, kedai terlindung dari pandangan, pasir ditabur dlm dan atas kedai, nasi yg baru dimasuk dimasukkan dlm thermos, tak sampai 10 minit jadi berlendir, so, macamana nak berniaga kalau begini, lalu tutup, namun ganggauan berterusan sampai ke hari ini biarpun dah ramao bomoh ditemui. Sebaik2 saja diruqyah isterinya menggigil dan menggeletar lalu bertempik yg amat kuat, jarang pesakit bertempik sekuat ini.
Mlm pula ...............sambung
Jin Asyik Menidurkan Orang
06.07.12 (Jumaat )
Mlm, ada tujuh pesakit sempat dirawat dan yg nak dicatat di sini cuma berkaitan satu keluarga. Sebaik saja tiba giliran keluarga ini, semua rasa mengantuk, kedua2 suami dan isteri serta kedua2 anak mereka semuanya jadi mengantuk. Bukan iu saja saya pun jadi mengantuk yang amat sangat sehingga menguap sedangkan jam baru pukul 9.30 mlm. Mula saja ruqyah anak lelaki mereka, sy mula mengantuk, seterusnya anak prpm dan suami. Isterinya adalah pesakit gangguan yang teruk. Setelah ruqyah dia terus tidur dan sukar dikejutkan, ngantuk sy dah ok, kemudian jin dlm badannya membebel, sy teruskan ruqyah sehingga selesai dan semua ok. Dia pesakit ulangan dan sy pun hairan kenapaa sakitnya walaupun dah jauh berkurangan namun belum sembuh2. Rupanya apa yg saya sarankan dibuat setelah balik rumah, satupun tidak dibuat, dia kata jadi lupa, sedangkan tiap2 kali datang sy pesan perkara yg sama, suami dia juga begitu, lupa apa yg patut dibuat, namun kita jgn putus asa, berikanlah lagi nasihat dan saranan2 tsbt sebab mereka pesakit gangguan, maka tidak hairanlah kalau makhluk2 tsbt mengganggu fikiran mereka dan melalaikan atau melupakan mereka selain asyik menidurkan orang saja kerjanya. Kenalah banyak bersabar.
Barangan Tahyul, peralatan sihir dan keris perdukunan.
06.07.12 (Jumaat)
Hari ni sy menjadi pembentang dalam Wacana Ilmu bertajuk: Sihir dan Implikasinya Terhadap Kehidupan Manusia: Satu Pendedahan. Wacana ini mendapat sambutan yg baik walaupun musim cuti semester. Ia dihadiri oleh para pelajar ijazah tinggi, staf pentadbiran, staf akademik dan masyarakat luar selain pihak media. Sempena wacana ini diadakan juga pameran barangan khurafat, peralatan sihir dan keris perdukunan. Acara berjalan lancar, namun demikian pameran tidak dapat dilanjutkan sehingga ke petang kerana masalah teknikal. Barangan yg dipamerkan terdiri dari ratusan jenis tangkal, azimat, peralatan sihir, keris perdukunan dan warisan, pedang, batuan meteor, jaket kebal dan banyak lagi yg sy percaya tidak pernah dipamerkan sebegini untuk tatapan awam, apatah lagi ianya adalah barangan sebenar, bukannya replika. Semuanya ini hanya untuk tujuan pendidikan dan informasi agar masyarakat menjauhinya demi mengelakkan dari terjerumus dalam perbuatan syirik dan membawa kekufuran.
Wednesday, 4 July 2012
Bomoh Besar Dah sihat
04.07.12 (Rabu)
Mlm, hanya nak catat satu saja iaitu, seorg yang pernah bawa bapanya, seorang bomoh besar kira2 dua minggu lepas, kali ni dtg bawa kawannya, yg bermasalah isteri kawannya itulah. Tiga bulan lepas pernah dtg, selepas periksa doktor, dia disyakki ada tumor kat payudara sebelah kanan dan ada doktor suspect kanser. Sejak dirawat 3 bulan lepas dia mengadu dah ok, tak sakit lagi dan ketulan dah mengecut, cuma 2-3 hari ini selepas makan budu ada sikit2 rasa menyucuk tapi taklah teruk. Datang ni kerana nak sambung air ruqyah, dibawanya 3 botol mineral 5.5L setiap satu. Setelah itu anak bomoh tadi mencelah, katanya bapa dia dah tak sakit dah, dah oke, berjalan ok, makan minum ok, dah sihat. Sy cuma kata jangan leka dan ralit sangat, kena terus memohon agar kesembuhan berterusan kerana Allah yg menentukan. Sebagai perawat, antara nikmat yg tak boleh digambarkan ialah apabila diketahui org yg pernah kita rawat mendapat kesembuhan, perasaan syukur ini tak boleh digambarkan, tidak boleh ditukar dgn wang ringgit dsb. Bagaimanapun kita kena sentiasa mendidik hati agar tidak merasa sombong dan riak atas apa saja yg dilakukan.
Tuesday, 3 July 2012
Tersalah Masuk Rumah Bomoh
03.07.12 (Selasa)
Malam sy ada mesyuarat persatuan penduduk, selaku pengerusi wajiblah hadir, jadi sy tak merawat sblh mlm. Jam 10 pagi sy ada pemanggil iaitu bekas pesakit sy kata mak kawannya nak dtg berubat, kena buatan org katanya. Sy kata siang tak bolehlah sebab sy kerja, petang sebelum maghrib, insyaAllah. Mak dia datang dari Taiping tapi dia akan bertolak satu keluarga selepas asar dari rumah anaknya di Sg Buloh dan dijangka sampai kira2 jam 6 ptg, sy kata okeylah sebab sy dah ada kat rumah waktu tu. Jam 7 ptg dia belum sampai, jadi sy putuskan tak elok kalau merawat waktu ni, dah dekat maghrib, mungkin dia org tak jadi dtg kot. Tiba-tiba dia call dah sampai depan rumah, sy kata okeylah sila masuk. Setelah 10 minit tunggu, tak nampak kelibat sesiapa depan rumah dan diapun tak masuk, maka sy fikir dia tersilap rumah ni. Oleh kerana takut tak sempat merawat sebab dah jam 7 lbh , maka sy call dia tanya kenapa dah sampai belum masuk lagi?. Dia jawab, dah masuk dah ni, sy berada dlm rumah ustaz ni. Eikk?, namun sy tak hairanpun, cuma terfikir, dia dah masuk laluan yg salah, amat salah sebab sekejap lagi dia akan terperangkap dlm amalan yg mengandungi unsur2 syirik, kesian mak dia, dia dah termasuk ke rumah seorang bomoh yg disyakki mengamalkan ilmu hitam. Sy tak nak cerita dia pakai hantu raya ke, polong ke, penanggal ke, itu dia punya pasal. Yg pasti ramai juga pesakit yg dtg jumpa sy adalah bekas pesakit2 dia. Kalau dah masuk rumah org takkan nak keluar begitu saja, so, terimalah. Ini silap dia juga tak tanya no. rumah sy, kwn dia hanya beri no. tel, mungkin kawan dia beritahu secara rambang saja. Ada juga pesakit2 yg dlm perjalanan nak ke rumah bomoh, tiba2 melencong ke rumah sy, sy tanya betulkah dtg ni?, dia kata memang, dia tak jadi nak ke rumah bomoh tu, rasa tak sedap badan pulak. Kalau nak merawat ke, berbomoh ke, silakan, namun sebagai org Islam elok jgn mendatangi org yg guna kaedah pelik, pakai pendamping, dsb, kita kena beritahu etika sebenar rawatan sebab ini tanggungjawab, yg tahu kena beritahu, tak boleh lepas tangan, namun hendaklah secara berhemah, agar tiada sesiapa yg tersinggung. Dah datang dari jauh sebab nak jumpa sy, kemudian mlm ni juga kena balik Perak, ini pula yg terjadi. Kesian sungguh. Jam 9.15 sy cuba call balik, nak tahu apa dah jadi, mungkin dia dlm perjalanan balik, namun penggilan sy tak berjawab, lalu sy delete no. dia dlm phonebook sy, habis cerita.
Monday, 2 July 2012
Tak Mengaku Simpan Azimat
02.07.12 (Isnin)
Kes gangguan prpm seorg. ni boleh tahan, pesakit ulangan, dia kata lps balik dari rumah sy mlm tu dia tak boleh masuk rumah, namum masuk juga, bila masuk kena rasuk lagi, matanya melilau2 ke atas siling rumah, dia on off , berganti2, sehinggalah jam 3 pagi. Suami dia kata, minum air ruqyah tak jalan, daun bidara pun tak jalan, juga baling garam lada hitam macam tu juga. Pontianak dan jin2 lain silih berganti datang. Dlm pada itu jin dlm badannya menuduh jiran peniaganya yg jadi punca, alih2 yg itu. Mlm ni dia dtg bawa rakan yg juga berniaga sebelah kedainya dan seorg lagi kawan dia. Semasa sy meruqyah pesakit ni, dia nampak marah dan mengancam kawan yg sorang tu. Sy cuba tenangkan jin ni, jgn tuduh sembarangan, kamu ni memang selalu menipu dan bawa fitnah, kalau kamu tahu, sebut saja mana barang tu diletakkan, di kedainya ke atau di rumah, bolehlah dicari utk dibatalkan, dia tak nak beritahu, sy kata tak apalah, lebih baik diam dari menabur fitnah2 ni, kalau diizinkan Allah kamu cedera ke, terbakar ke , mati ke, itu dah nasib kamu, sebagai pembalasan kerana menganiayai makhluk Allah. Tiba2 sy dpt firasat tentu ada di kalangan yg dtg ni bawa azimat. sy terus tanya kawannya yg turut dtg. Ada simpan apa-apa ke dlm dompet, kertas ke, tulisan ke, yg dilipat2, ditulis dn ayat Quran dan tulisan lain spt mentera. Kedua2 mereka tak mengaku, seorg mengatakan dia tak bawa dompet, seorg lagi kata tak ada apa-apa , cuma wang. Dia juga peniaga macam pesakit tadi. Sy kata sy tak nak tengok wang, cuma kertas itu saja, berlipat tu, beberapa kali sy tanya, akhirnya dia mengaku, sy kata cuma nak tengok, namun berkali2 dia tak nak tunjukkan, tak nak keluarkan, tak nak bagi, maka suami pesakit tadi pujuk dia, akhirnya dia keluarkan dompet dan keluarkan lipatan kertas yg terselit. Kalau sy memang malu sangatlah sebab tadi bermati2an tak mengaku ada simpan azimat, sekarang terpaksa tunjukkan pula. Oklah sy tak nak menyalahkan dia 100 % sebab terntu dia takut, mungkin ancaman dari bomoh yg dia perolehi benda ni, biasanya bomoh bagi syarat jgn tunjukkan kepada sesiapa dan jangan buka. Bila sy pegang azimat tu, sy suakan kpd pesakit tadi, pantas dia marah, maka sahlah azimat ini berisi, makhluk jahat, memang dia guna ni sebagai pelaris dan perisai. Sy katakan azimat macam ni tak elok, ada hadith2 yg menunjukkan ia membawa kpd syirik, lagipun ada tulisan nama2 Allah dan ayat2 Quran selain mentera, dia mengaku bawa masuk toilet dsb, takpun keluarkannya dari dompet. Setelah selesai rawatan sy beri kembali azimat tu, sebab sy hanya minta nak tengok, kalau dia tak minta batalkan, tak bolehlah kita batalkan, nanti jadi kecoh pula, bila beri dia terus ambil dan selitkan kembali dlm dompet. Sy kata elok batalkan azimat tu dan jangan percaya tangkal dan azimat, dia diam. Menurut suami pesakit ni, kawan dia tu memang suka cari bomoh. Dlm hal ni sy tidaklah menilik apa yg ada dlm dompet seseorg atau barang2 peribadi seseorg, sy bukan penilik, sy tak nampak azimat dlm dompet dia, cuma gerak hati sy kuat mengatakan ada. Masa dia tak mengaku ada simpan dlm dompet, hati sy masih tetap kata ada, dan terjadilah apa yg telah terjadi. Sewaktu meruqyah mintalah Allah beri petunjuk tertentu, jgn mengundang pembantu2 dari kalangan makhluk ghaib. Moga2 hal ini memberi pengajaran kpd semua termasuk diri sy sendiri.
Kebetulan masa tu ada pesakit lama tunggu giliran, yg dah berbulan tak dtg sambung air, dia dtg sekeluarga dan dialah yg banyak beri nasihat kpd pesakit tadi dan suaminya, sy biarkan, sebab pengalaman dia sekeluarga mendapat gangguan antara yg terkuat sy tangani. Rumahnya selalu ada pembantu, buka suis lampu, kipas, mengemas rumah, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah dll kerja pembantu rumah dibuatnya, tapi makhluk itulah yg buat, dia tak pakai bibik pun. Hubungan kelamin dgn suami juga terganggu, pernah katilnya terangkat dan digoyang2, makhluk tu tidur bersama, ada haiwan masuk rumah, haiwan mati dsb, juga lebam, gatal, bengkak dan calar di badan2 dia dan anak-anak dia, pernah dia beritahu muka anak dia jadi macam berok, dia bawa jumpa sy, memang betul, dan bermacam2 yg pelik yg tak muat sy nak catat di sini, kereta juga diganggu, ini kes2 sebelum sy create blog ini, jadi tak adalah dlm posting. Apapun sy tabik sebab dia istiqamah dalam berusaha memohon pertolongan Allah, sebab itulah dia berjaya dan sembuh. Mlm ni dia bawa 11 tong besar air mineral utk didoakan, diguna utk minum sekeluarga lebih 1 bulann mungkin stok ni cukup utk 2 bulan. Alhamdulillah dia sekeluarga dah ok, namun memohon keselamatan kepada Allah tidak boleh berhenti sama sekali.
Sunday, 1 July 2012
Harimau Putih Dari Aceh
30.06.12 (Sabtu)
Beberapa kes semalam biasa saja dan tak perlukan dicatat di sini. Mlm pula ada beberapa 13 kes yg agak teruk dan memenatkan, kes kronik dan gangguan.
Kes pertama seorg pelajar lelaki, 16 th, dulu badannya 115 kg, 2 minggu lps ditimbang menjadi 105 kg, terkini belum disukat, biarpun merosot namun masih anginnya tak menentu, muntah saja keluar najis ikut mulut, tak boleh berak, kalau makan ubat muntah, asal cirit birit, mula sakit ni pada 3.6.12 , ke hospital dah 3 kali, klinik dah 6 kali, doktor kata tak apa-apa cuma angin, diberi ubat angin, tetap sakit, namun bapa dan maknya naik angin sebab doktor tak nak tahan anaknya dlm wad, tak nak ambil darah ke , ambil air kencing ke utk ujian, lps tu ambil ubat homeopathi, ada kesan sikit, tapi lambat, pengubatan2 Islam juga pergi, tapi bukan DS, dikatakan karang hempedu, perut makin membesar biarpun berat susut. Sy mula saja nak ruqyah dia terus pening dan minta baring, namun sy teruskan juga ruqyah. Selain minum dan sapu air ruqyah, juga guna air zamzam selain air rebusan biji kurma yg dikeringkan.
Kes seterusnya pesakit yg dtg beb. mlm lps, kali ni jinnya yg satu lg dtg, dulu pasangannya dah masuk Islam, kini dia bersedia masuk Islam dgn nama Salbiah, nama ini dia pilih sendiri. Lps dia keluar, dtg lagi pontianak, spt sebelumnya diruqyah dia terus keluar.
Sy teruskan kes yg paling berat, pesakit terakhir iaitu prpm, 39 th, asal P.Pinang, dtg sekelurga dgn suami, 30 th yg berkahwin pd 2007 dan 3 anak. Yg teruknya prpm itu yg mengaku masalah dia ni dah lama, sebelum kahwin lagi, ada tiga anak masing2 berusia 4, 10 dan 14 th (sy syak 2 anak dari suami terdahulu). Mula saja ruqyah dia mula menggerakkan jari2 tangan dan kaki, mula mencengkam, kedua2 anak matanya melilau sambil mengecil dan merenung tajam ke arah saya. Dia mula mengangkat kedua2 tangan nak terkam dan cekik sy, sy teruskan dgn ruqyah pelemah lalu menghentikan ruqyah. Sy menjangka ini kes berat dan perlu bantuan utk pegang dan rebahkannya. Firasat sy mengatakan ini saka darat iaitu rimau, bukan saka buaya atau monyet, sebab ruqyah utk menentangk saka ni biasanya ada dua iaitu saka darat dan saka laut atau air. Bila dibaca dgn ruqyah menentang saka darat, dia mula menunjukkan agresif dan melawan. Sy hentikan ruqyah dulu dan dia jadi normal. Masa normal dia beritahu dia anak tunggal dan ada saka rimau, iaitu rimau putih, sy cuma angguk sebab sy dah duga dari tadi. Sy hubungi pembantu yg selalu bantu kalau ada kes2 begini. Tak sampai 10 minit sampailah 4 org (mrk ni dah tamat belajar pengubatan Islam) dan sy sambung kembali ruqyah, kali ini ruqyah penentang saka darat, 10 saat kemudian dia mula membuka langkah, seakan2 bersilat, mula mengganas dan nak terkam serta cekik saya, hanya sy di depan dia, lalu sy pegang dan bagi isyarat agar pembantu2 sy pegang dari belakang. Dia menendang dan sy mengelak dan menepis, cuma terkena sikit, akhirnya dia direbahkan, suaminya turut bantu pegang. Ertinya diperlukan 5 org utk menumbangkan dia ketika mengganas. Ruqyah diteruskan, sy sempat berdialog dan menasihati jin dlm badannya agar menghentikan kezaliman ini, putuskan perjanjian dan minta dilepaskan. Dia mengaku saka harimau putih dari Acheh yg ditugaskan menjaga org ini. Sy minta rimau putih ini hentikan kezaliman ini dan akhirnya dia akur, sy terus baca ruqyah penidur agar dia berehat dan relaks sekejap. Dia terus tidur, persis tidur harimau dan 5 minit kemudian dibaca lagi doa lain agar dia sedar kembali. Kami berlima terus menyambung ruqyah2 lain sehingga dia benar2 pulih , lps itu pesakit nampak lemah longlai sampai lengan pun dia tak boleh diangkat. Sy beri minum air daun bidara, barulah dia ok dan normal. Dlm hal ini TGUH selalu berpesan agar perawat kena berhati2 dlm mengambil risiko, ada masanya kita kena hentikan rawatan dan kalau line dah clear, ok, boleh teruskan kembali dan dlm situasi tertentu jangan merawat bersendirian, spt kes tadi, kerana kekuatan makhluk ini boleh menyamai 25 tenaga lelaki. Mengenai doa penidur ni, kerap rakan perawat bertanya, sy kata bacalah ruqyah biasa cuma kesannya bergantung pada niat, bukan saya tak nak beritahu, cuma takut disalahguna, bila dah bersedia tiada yg perlu disembunyikan. Semasa meruqyah sentiasalah mohon petunjuk dari Allah swt.
Friday, 29 June 2012
Menjodohkan Jin
28.06.12 (Khamis)
...ini sambungan dari catatan lepas.
...ini sambungan dari catatan lepas.
Seterusnya pesakit prpm, kes lama, dah ok, namun sejak bersalin sakit dtg lagi, kini baru habis pantang, suaminya pelajar pengubatan Islam, dah lulus lebih setahun lps, namun dia belum bersedia merawat, termasuk ahli keluarga sendiri. Bab merawat ini bukan semua yg belajar dan dpt ijazah mampu merawat, ada saja ujian, pencen terus, inilah yg kerap berlaku. Ringkas cerita pesakit gangguan ni kata dia batuk2, mimpi susui bayi, dah 3 kali baru2 ini. Mula saja ruqyah, dia menderam, jin dlm badannya diajak berdialog. Agama dia Budha. Dia dihantar seseorg tapi bermati-matian tak nak cakap, tak leh cakap, nanti tuannya marah. Dia diambil dari sebuah ketik (wat Siam) di Semerak dgn harga RM 500. Harga jin dari ketik tersebut biasanya antara RM500 ke RM1500 bergantung pada tujuan dan perjanjian. Perjanjian dia selama-lamanya, nak matikan org ini. Dia termasuk kelas biasa, murah. Masa dlm pantang, ada org selalu beri gulai ayam, hari2 hantar beri makan kat prpm ni. Sy tanya apa ada dlm gulai tu. Dia kata dimasukkan serbuk, abu mayat utk diberi makan. Sy dengar saja, sebab jin ni banyak temberang. Selesai ruqyah, pesakit sedar.
Kemudian giliran pesakit yg menyampuk tadi, belum mula rawatan dia dah cakap, oiii, matilah aku kali ini, memang aku akan mati, tolonglah ustaz, jangan matikan aku, aku tak mahu mati, ini dikatakan berulang2 kali. Sy cakap siapa nak matikan kamu, bukankah kerja ambil nyawa itu ditentukan Allah, bukan manusia. Tapi kalau kamu asyik sakitkan org ini, zalimi org, memang patut kamu mati. kalau matipun tak apa, kamu pun kalau mati, mana ada kubur. Ini juga pesakit ulangan, jin yg ada dlm badannya adalah jin Islam, yg sy Islamkan lama dulu, dan pengakuan ini dibuat secara konsisten, dan diakui jin2 lain, dia terlalu tua, usia 80 ribu th, dah bongkok tiga. Dia hanya ikut pesakit ni masa keluar rumah atau pergi kerja. Dia tinggal di luar rumah pesakit ini, tak masuk dalam. Ini antara amaran saya tempuh hari dan dia akur. Sy rawat macam biasa dan pesakit ini sedar.
Seterusnya pesakit yg dia dah bertukar tempat kerja ke pantai timur, tinggal sementara bersama mertua, dtg Puchong krn ada beberapa hal nak diselesaikan. Dulu ada ketua Syaitan yg menghuni dlm badannya, kini dia dah kembali kpd keluarganya, tak kacau dia lagi. Pesakit ini beberapa ketika selepas balik kg dan pindah tempat tinggal. Namun jin yg satu ini masuk krn badannya pesakit ini kosong, dia mengaku tidak bertuan, saja2 nak masuk dan mula suka org ini, usianya baru 40 tahun. Hitungan usia manusia, dia ni masih budak, sunti lagi. namun dia jin pemalas, justeru itu pesakit ini mengadu sejak jin ini datang dia rasa malas sangat, sedangkan selama ini dia memang tak menang tangan, ada2 saja yg dibuatnya, aktif. Pesakit di atas pernah melalui pelbagai kesakitan dan kezaliman makhluk2 halus, dari jin2 liar, jin penyihir, iblis dan ifrit sehinggalah ketua syaitan. Sejak merawat pesakit ini, banyak pengalaman dpt dikutip, banyak rahsia2 jin dan makhluk halus dikongsi, kehidupan mereka, pekerjaan, pendidikan, perkahwinan, tipudaya dan helah mereka, kejahatan manusia dsb. Jin2 memang banyak yg menipu, namun akuinya, syaitan biasanya tak ada sebab nak menipu, kecuali kalau nak menyesatkan manusia, dia secara terang2an buat kejahantan, tak berselindung. Dia mengaku kerjanya nak rosakkan manusia, mensyirikkan Allah, kerja yg diwarisi dari nenek moyang mereka, tak takutkan mati kerana ini perjuangan katanya, dah ditakdirkan begitu. Dia cakap kalau ada perawat nak ruqyah sampai dia mati, silakan, dia tak takut, kerana memang dia takkan mati, hidup sampai kiamat. Kalau nak dakwah dia sekalipun, tak guna, sebab mana ada sejarah syaitan masuk Islam, Jin biasa adalah. Cuma kalau sakit dan cedera memang mereka mengakui akan alami, itupun kalau manusia itu ikhlas ketika baca ayat-ayat Quran. Dan mereka akan keluar.
Bab ini panjang ceritanya, dan menerusi pesakit ini saja sy telah mengislamkan lebih 60 ekor jin, dan data ini ada dalam catatan sy termasuk nama2 Islam mereka. Ertinya dalam badan org ini ada lebuhraya yg menerima kemasukan banyak jin2 dan iblis. Kini yg tinggal cuma satu, tersesat, tak bertuan dan masih muda, perempuan pulak tu. Manusia memang tak boleh nampak makhluk2 ghaib, kerana kalau nampak ia dah tak jadi ghaib lagi, jadi makhluk nyata. Kenapa Allah jadikan mereka?. Tentu ada hikmahnya. Ramai pesakit yg boleh baca Quran dgn baik dan amalkan zikir2 setelah berusaha memulihkan diri dari gangguan. Betapa ramai pula peruqyah2 yg dah hafal al-Quran dlm usaha mendapatkan kesembuhan dan proses ini berlangsung terus menerus, kecuali dia berhenti dari meruqyah pesakit. Kalau tidak lagi mengamalkan, bermakna dia telah meninggalkan satu sunnah, iaitu Tibb al-Nabawi, yg menerusinya Nabi Saw telah mengajarkannya kepada ummatnya.

Makluk2 ghaib ini kena ditangani dgn berhemah, ada yg ganas dan mengancam dan ada yg berlembut, elok percakapan dan menghormati kita sebagai perawat. Kalau patut berkeras dgn mereka, berkeraslah, kalau tidak kena gaya, dia tuduh kita ego, sombong dan bongkak dgn kebolehan diri sendiri. Ini bergantung kpd pengalaman seseorg. ..
.......Secara berjenaka saya cuba menjodohkan jin Islam, asal kelantan dgn jin kafir dari Siam (akan diislamkam), episod ini berlaku di hujung rawatan malam tadi, setelah kedua2 jin dari 2 pesakit berdialog sesama sendiri, sebenarnya bertiga dgn saya. Jin pertama, lelaki usia 80 ribu tahun, dah bongkok tiga, namun masih kuat, manakala jin kedua pula masih budak, 40 tahun, sunti, namun amat pemalas. . Memang makluk2 ini adalah berakal, ada perasaan, emosi dsb. Sy tidak mengambil kesempatan ke atas pesakit, kerana kedua2 pesakit dah sedar, namun bagaimana hal ini boleh berlaku?. Sy ada bertanya TGUH ttg hal mengahwinkan jin dan seingat sy, sy belum mengahwinkan mana-mana jin, Namun menjodohkan mereka ni adalah, jin sesama Islam. Bila mereka suka dan masng2 bersedia, diminta pergilah jumpa para pemimpin mereka, guru2 mereka, para alim di kalangan mereka, untuk dikahwinkan berlandaskan syariat dan uruf bangsa mereka. Sy kenal pasangan jin yg dah berkahwin itu dan ada ketikanya maklumat mereka diberitahu oleh jin lain. Mereka menjadi jin Islam yg baik sekarang. Nantilah catatan ini pada masa sesuai nanti. Ini kisah benar yg jarang terungkap. Moga diberi laluan.
Labels:
INFO
Wednesday, 27 June 2012
Pesakit Dituduh Membela Jin
28(06.12 (Khamis)
Pagi tadi sy dihubungi oleh pesakit semalam pasal anaknya masih tak nak pergi sekolah. Nak pergi tapi tak dapat sebab tak dapat buang air dan mandi. Selepas bangun ditidur anaknya diberi minum air zam-zam dan sapu muka, lepas tu dia takut nak masuk bilik air, sampai tak masuk bilik air di rumah dia, so tak pergi lagilah ke sekolah hari ini. Sy minta agar mak dia pujuk pergi sekolah agama petang nanti. Ini biasalah, sebagai tindakbalas rawatan dan kesan minum air zam-zam yg diruqyah, lagipun ada sedikit salahfaham atau kurang jelas sebab yg sy maksudkan semalam, eloklah dia minum dan sapu muka tu selepas siap mandi dan sebelum pergi sekolah, bukannya terus selepas terjaga dari tidur, kalau kes2 lain bolehlah, namun sy minta bapanya bersabarlah dan jangan mudah panik.
Dalam perjalanan ke tempat kerja, seorang pemanggil memberitahu nak jumpa sy sebab anaknya sekarang dah tak sedarkan diri, sy kata sy ada temujanji dgn seseorang pagi ni, insyaAllah petang nanti. Memandangkan ada 8 keluarga confirm nak dtg mlm, sy terpaksa beri peluang pesakit dtg awal sikit, iaitu sebelum maghrib, Kalau macam semalam satu pesakit diiringi 13 org, tak tahulah berapa ramai yg dtg nanti. Biasanya purata satu keluarga dtg 4-5 org, Ok, bermula dgn pesakit prpm yg hamil anak ke 2, dah 36 minggu, doktor kata kepala baby ada air, jantung kecil atau sempit ruang sebelah kiri, masalah usus, buah pinggang, tangan ada kecacatan. Bagaimanapun gerakan dan denyutan jantung aktif dan ok, pernah diperiksa 3 kali, lps ni pada 5.7.12 nanti. Berikut anakna lelaki 4 th, hyperaktive, ada ruam satu badan sejak usia setahun lagi, lehernya panas dan berpeluh dan doktor dah mengesahkan dia alami ekzema.
Kemudian pesakit prpm yg dulunya disahkan ada fibroid, ini pesakit ulangan, nak sambung air, dia rajin dan konsisten sebab itulah sakitnya dah ok, fibroid dah mengecut dan dia sihat termasuk tiada lagi masalah period dan senggugut, dulupun dia ada bleeding yg terus menerus sampai keluar macam air paip. Pada 3 .7.12 nanti nak check doktor lagi spt dijadualkan.
Kawan pesakit di atas, seorg ibu tunggal bawa anaknya, lelaki 7 th, dia ceria tapi tak fokus, sekolah main2, tak serius belajar, tak reti duduk diam, tak dengar cakap, pelupa, namun rajin pergi sekolah. Mak dia juga cakap bekas suaminya tak bertanya khabar atau tidak mempedulikan anak-anaknya, nafkah ke sakit demam ke, bahkan tak jengukpun anak-anaknya seramai 4 org sejak raya haji tahun lepas, setelah beristeri lain. Dia mohon doakan agar bekas suaminya ingatkan anak-anaknya lagi pun dia tinggal tidak jauh dari tempat tinggal mereka skrg.
Kes berikut agak serius, yg dtg beberapa hari lps, dia dtg bersama suami, mak mertua, anak saudara, anak2 dan anak buah. Sy mulakan rawatan dgn saudaranya, prpm, 25 th, dia ada gangguan, demam dan siang tadi tak sedar, sy ruqyah tak sampai 2 minit dia mula menderam, akhirnya berdialog dgn makhluk yg ganggunya, mengaku dia masuk dlm badan prpm ni masa di toilet, waktu pagi kat rumah (dia tinggal dgn neneknya), akhirnya makhluk tu yg mengaku iblis keluar. Pesakit awal, yg bawa keluarganya ini dtg, bila dirawat rupanya ada jin lain yg masuk, yg hari tu dah Islam, yg ini lelaki, ganas dan nak cekik dan tumbuk saya dah bersedia utk menepis, dia hanya acu, sy kata kalau kamu berani tumbuk, tumbuklah, jin ni tak jadi tumbuk, dia didakwah dan akhirnya masuk Islam dgn nama Ali, dah ok sikit datang lagi pontianak dari Siantan, didakwah, juga masuk Islam dgn nama Siti Aishah. Masa sy rawat keluarga ini, ada seorg pesakit sy yg sedang menunggu giliran sempat menyampuk, bukan dia yg bercakap tapi makhluk dlm badannya, Jin Islam yg dah lama, hampir 20 th kat dia. Dia kata prpm yg sy rawat ni ada membela sesuatu, iaitu jin, 2 ekor semuanya dan ramai pontianak ada kat luar yg mengekorinya dari tadi, di kedainya juga ada benda , diletak kedua2 penjuru kedai. Sy biarkan saja dulu jinnya menyampuk krn sdg merawat org lain. Mungkin betul apa yg dikatakan, kerana prpm ini pernah memberitahu dia pernah belajar dan org yg mengajarnya beri sesuatu kpdnya, pindahkan sesuatu kpdnya, sejak itulah dia sakit teruk dan jenuh berubat. Sy kata kena istiqamah sebab pesakit ini dah berniat nak tinggalkan benda2 tak elok dan tak beramal lagi dgn apa yg pernah diajarkan, mudah2kan perjanjian itu dpt diputuskan dan makhluk itu dilepaskan, bebaskan dia ke mana sahaja, asalkan jangan ganggu org ini.

Enggan ke sekolah dan lupa ingatan
27.06.12 (Rabu)
Pagi ini sy terima beberapa call utk temujanji rawatan, sy kata bukanlah malam ni tapi malam lainlah, yg kemudiannya sy tentukan. Selain nak rehat sy juga nak pergi kedai beli beberapa barang mlm ni utk ramuan sejenis makjun dan juga kapsul istimewa utk kaum perempuan. Sebahagian barang2 yg diperlukan sudah habis. Utk makjun sy gunakan antara 19-21 jenis herba manakala kapsul istimewa utk prpm sy rumuskan sekitar 13 jenis bahan herba. Selain itu sy turut menyediakan beberapa bahan rawatan bergantung kpd kehendak pesakit khususnya pesakit kronik spt kanser, cyst, fibroid, thyroid, ekzema, hemangioma, reumatik, hepatitis, prostat, diebetes, gout, prolaps dsb. Bahan rawatan ini tidak dijual di mana2, tiada di pasaran, pesakit beritahu, sy sediakan dan ambil terus dari sy. Biasanya pesakit yg dah biasa dan kenal sy. mrk minta disediakan, sy tidaklah offer kpd semua pesakit yg bermasalah. Kalau perlu insyaAllah sy cuba disediakan.
Selepas solat maghrib, dpt call nak dtg berubat, sy kata esoklah, dia jawab oke, dlm perjalanan ada lagi call, sama juga sy beritahu, masa di kedai ada lagi call, begitu juga sy beritahu, masa balik ada call lg, juga sedemikian sy beritahu, esok malamlah. Sampai rumah anak beritahu tadi ada org datang nak berubat, bila diberitahu sy tiada, dia dan keluarga balik. So, mlm ni sepatutnya 6 keluarga nak dtg, namun apakan daya, ada ketikanya sy perlu rehat. Sampai rumah tak sampai 5 minit, tiba2 datang sekumpulan org, bawa seorang pesakit lelaki untuk dirawat. Disertai oleh kawan2 dia, mak dia, kakak dia, anak saudara dan kawan2 dia dan pekerja dia , sy agak 13 org. Kata kawan dia, pesakit ini dah hilang ingatan, tak ingat apa-apa, tak kenal orang dan nama2 ahli keluarga sendiri. Nampaknya dugaan sy dpt berehat ni meleset. Mrk datang pun tak call dulu, so terimalah. Menurut saudaranya, pemuda ini, 36 th, dah kahwin, anak sorang, satu pagi di bilik air dia pening, keluar pandangan jadi kabur, tak ingat apa-apa, kosong, dia ada 4 buah kedai, ini berlaku pada 21.06.12 lepas, hari Rabu, dah 8 hari, lps itu dibawa ke Hosp. Serdang, kemudian dihantar ke HKL, kelmarin keluar, namun keadaan tak berubah, bahkan semakin teruk. Buat MRI ada kesan darah kat kepala, lps tu buat sekali lagi, tak ada pulak, doktor pening kepala, kena main ni, lalu dibenarkan keluar wad.
Di rumah dia jadi panas baran, pemarah dan garang pada anak isteri dan org2 lain, sebelum ni tak pernah macam ni. Sy nampak dia ok, tapi bila ditanya sepatah, dia jawab berjela-jala, tak henti2, membebel2 dan sering sebut pasal berniaga, duit, hutang, pekerja dsb. Nampak peramah tapi bercakap merapu2, entah apa-apa dan dia mengaku banyak yg tak ingat. Sy cuba selidik dan tanya kalau2 dia simpan sesuatu dlm dompet atau di rumah, penangkal ke , azimat ke, pelaris ke, didapati dompetnya telah ditukar isteri, dia pakai dompet baru, isinya yg asal ada beberapa kertas berlipat dikeluarkan oleh isteri, letak kat rumah. Isterinya baru cabut lari balik kampung di Nilai bawa anak kerana tak tahan dimarahi sejak kejadian tersebut. Rumah dia juga jadi panas, isteri, anak dan ahli keluarganya mengaku rumah itu panas. Anak saudaranya call tanya pasal ini, dia kata ada sejenis bungkusan kecil berlipat bawah bantal atau tilam di rumah, tapi pergi cari tak dapat masuk rumah sebab rumahnya dikunci dan anak kunci dibawa bersama. Sy kata tak apalah, itu cuma kemungkinan salah satu punca jadi macam ni. Sy nasihatkan buat ketika ini jangan masuk dulu rumah itu, lelaki ini menumpang rumah saudaranya dekat situ. Apa yg penting mengubatinya agar pulih seperti sediakala. Sy ruqyah dia, beri minum air dan sapu muda serta kepala. Diajar mengucap, gagap2, fatihah tak ingat, 3 qul dan ayat kursi juga merapu2 dibacanya. Sy baca dan minta dia ikut , berkali2, pun tak boleh. Sy teruskan ruqyah dan lepas itu ulangi dgn zikir dan baca satu persatu , dia ikut,sehingga dia boleh baca dgn baik dan betul. Kini dia dah boleh mengucap syahadat, fatihah, 3 qul dan ayat kursi. Sy minta ahli keluarganya bimbing dia bacaan ini di rumah, sentiasa, termasuk sebelum tidur dan selepas bangun tidur, kena istiqamah. Buat juga solat sunat taubat dan hajat, air ruqyah kena minum, sapu dan dibuat mandi campur daun bidara. Jgn biar dia cakap banyak pasal perkara2 lain, asyikkan dia dgn zikir dan membaca ayat yg diajar tadi. Jam 1.30 pagi baru selesai.
Hari ini badan rasa semacam, agak letih, mungkin juga kesan merawat seorg prpm semalam, yg dia sendiri kata tukang urut tak mahu mengurutnya, bahkan sentuh pun tidak. Ini hanya kemungkinan dan kita hendaklah sentiasa bersedia utk hadapi situasi macam ni sebab perawat ni ada pelbagai ujian samada yg dpt dijangka mahupun tidak. Tengahari sy ada temujanji dgn seorg staf, anaknya yang tidak mahu pergi sekolah, so dia datang bersama anak dan isterinya, lalu sy rawatlah anak dia, moga dia dpt pergi sekolah, ingin pergi dan suka belajar. Bukan saja sekolah kebangsaan tak nak, bahkan sekolah agama pun dia tak nak pergi. Mak dia kata sebaik-baik saja bersiap ke sekolah, pakai setokin dsb, anaknya tiba2 tak nak pergi, dan ini dah 3 minggu. Inilah yg merisaukan ibubapanya. Dia bawa air mineral dan 3 botol air zam-zam. Selain itu bapa budak ini juga dirawat sebab dia juga ada masalah batuk yg belum sembuh2, maka setelah ruqyah sy syorkan minum madu dicampur 3 titik getah buah betik hijau yg diambil terus dari pokok utk diamalkan selama 3-7 hari.
Pagi ini sy terima beberapa call utk temujanji rawatan, sy kata bukanlah malam ni tapi malam lainlah, yg kemudiannya sy tentukan. Selain nak rehat sy juga nak pergi kedai beli beberapa barang mlm ni utk ramuan sejenis makjun dan juga kapsul istimewa utk kaum perempuan. Sebahagian barang2 yg diperlukan sudah habis. Utk makjun sy gunakan antara 19-21 jenis herba manakala kapsul istimewa utk prpm sy rumuskan sekitar 13 jenis bahan herba. Selain itu sy turut menyediakan beberapa bahan rawatan bergantung kpd kehendak pesakit khususnya pesakit kronik spt kanser, cyst, fibroid, thyroid, ekzema, hemangioma, reumatik, hepatitis, prostat, diebetes, gout, prolaps dsb. Bahan rawatan ini tidak dijual di mana2, tiada di pasaran, pesakit beritahu, sy sediakan dan ambil terus dari sy. Biasanya pesakit yg dah biasa dan kenal sy. mrk minta disediakan, sy tidaklah offer kpd semua pesakit yg bermasalah. Kalau perlu insyaAllah sy cuba disediakan.
Selepas solat maghrib, dpt call nak dtg berubat, sy kata esoklah, dia jawab oke, dlm perjalanan ada lagi call, sama juga sy beritahu, masa di kedai ada lagi call, begitu juga sy beritahu, masa balik ada call lg, juga sedemikian sy beritahu, esok malamlah. Sampai rumah anak beritahu tadi ada org datang nak berubat, bila diberitahu sy tiada, dia dan keluarga balik. So, mlm ni sepatutnya 6 keluarga nak dtg, namun apakan daya, ada ketikanya sy perlu rehat. Sampai rumah tak sampai 5 minit, tiba2 datang sekumpulan org, bawa seorang pesakit lelaki untuk dirawat. Disertai oleh kawan2 dia, mak dia, kakak dia, anak saudara dan kawan2 dia dan pekerja dia , sy agak 13 org. Kata kawan dia, pesakit ini dah hilang ingatan, tak ingat apa-apa, tak kenal orang dan nama2 ahli keluarga sendiri. Nampaknya dugaan sy dpt berehat ni meleset. Mrk datang pun tak call dulu, so terimalah. Menurut saudaranya, pemuda ini, 36 th, dah kahwin, anak sorang, satu pagi di bilik air dia pening, keluar pandangan jadi kabur, tak ingat apa-apa, kosong, dia ada 4 buah kedai, ini berlaku pada 21.06.12 lepas, hari Rabu, dah 8 hari, lps itu dibawa ke Hosp. Serdang, kemudian dihantar ke HKL, kelmarin keluar, namun keadaan tak berubah, bahkan semakin teruk. Buat MRI ada kesan darah kat kepala, lps tu buat sekali lagi, tak ada pulak, doktor pening kepala, kena main ni, lalu dibenarkan keluar wad.
Di rumah dia jadi panas baran, pemarah dan garang pada anak isteri dan org2 lain, sebelum ni tak pernah macam ni. Sy nampak dia ok, tapi bila ditanya sepatah, dia jawab berjela-jala, tak henti2, membebel2 dan sering sebut pasal berniaga, duit, hutang, pekerja dsb. Nampak peramah tapi bercakap merapu2, entah apa-apa dan dia mengaku banyak yg tak ingat. Sy cuba selidik dan tanya kalau2 dia simpan sesuatu dlm dompet atau di rumah, penangkal ke , azimat ke, pelaris ke, didapati dompetnya telah ditukar isteri, dia pakai dompet baru, isinya yg asal ada beberapa kertas berlipat dikeluarkan oleh isteri, letak kat rumah. Isterinya baru cabut lari balik kampung di Nilai bawa anak kerana tak tahan dimarahi sejak kejadian tersebut. Rumah dia juga jadi panas, isteri, anak dan ahli keluarganya mengaku rumah itu panas. Anak saudaranya call tanya pasal ini, dia kata ada sejenis bungkusan kecil berlipat bawah bantal atau tilam di rumah, tapi pergi cari tak dapat masuk rumah sebab rumahnya dikunci dan anak kunci dibawa bersama. Sy kata tak apalah, itu cuma kemungkinan salah satu punca jadi macam ni. Sy nasihatkan buat ketika ini jangan masuk dulu rumah itu, lelaki ini menumpang rumah saudaranya dekat situ. Apa yg penting mengubatinya agar pulih seperti sediakala. Sy ruqyah dia, beri minum air dan sapu muda serta kepala. Diajar mengucap, gagap2, fatihah tak ingat, 3 qul dan ayat kursi juga merapu2 dibacanya. Sy baca dan minta dia ikut , berkali2, pun tak boleh. Sy teruskan ruqyah dan lepas itu ulangi dgn zikir dan baca satu persatu , dia ikut,sehingga dia boleh baca dgn baik dan betul. Kini dia dah boleh mengucap syahadat, fatihah, 3 qul dan ayat kursi. Sy minta ahli keluarganya bimbing dia bacaan ini di rumah, sentiasa, termasuk sebelum tidur dan selepas bangun tidur, kena istiqamah. Buat juga solat sunat taubat dan hajat, air ruqyah kena minum, sapu dan dibuat mandi campur daun bidara. Jgn biar dia cakap banyak pasal perkara2 lain, asyikkan dia dgn zikir dan membaca ayat yg diajar tadi. Jam 1.30 pagi baru selesai.
Tuesday, 26 June 2012
Tukang Urut Enggan Sentuh
26.06.12 (Selasa)
Ini kes berkaitan pesakit yg dah elok setelah beberapa kali dirawat, bukan saja masalah dia yg ada gangguan, tapi masalah dgn suami, di tempat kerja dan anak-anak. Kali ini dia mengadu sakit2 badan, sakit ni biasalah, sebab tiada org yg langsung tak sakit, lalu dia pergi berurut dgn seorg prpm (nama rahsia), setelah ditengok, tukang urut tu tak bersedia nak mengurutnya, bahkan pegang pun tidak, lalu dia mengesyorkan pergi dulu berubat dgn seseorang, lalu pergilah dia berubat dgn org tu, bomoh Indon yg tinggal tak jauh dari rumah sy, sy tahu dia berubat pakai apa tapi tak eloklah cerita keburukan org, bomoh tu baru pindah ke sini setelah dikatakan buat hal di tempat lamanya. Sy tak tahu dia tersilap pergi rumah ke atau apa, sebab sebelum ini tukang urut tu kalau ada org yg masalah gangguan dsb, dia suruh pergi jumpa sy. Tak apalah, sy tak kisahlah kalau dia pergi mana-mana asalkan perawat tu menggunakan kaedah yg betul, tidak menyalahi syarak dan etika pengubatan. Ini sebulan lepas, setelah itu sakitnya bertambah2 teruk, lalu pergi pula ke Johor berubat dgn seseorang, sampai kena mandi air penawar dsb, balik dari situ, sakitnya masih ada, macam ada benda pegang bahu, belakang dan pinggang, berat, dan sakit bisa2 dan nyilu. Setelah beberapa hari menanggung sakit ni, dia call sy nak dtg, dia kata masalah berkaitan anak dia, yg tiba2 baran dan garang tak tentu pasal sehingga cikgu sekolahnya juga mengadu pasal ini, Sy kata datanglah. Dia tak cerita pula pasal dirinya. Suami dia juga datang, dia kata suaminya kini tak berselera, tak ada nafsu nak bersama, terkunci, sy kata itu terpulang pada dia, kalau dia tak menyuarakan nak berubat, biarkan, sebab suaminya menyangka hanya isteri yg bermasalah, dia sendiri tak nak diubati, maka sy tak boleh buat apa. Cuma di sini sy agak kecewa kerana proses rawatan yg telah diterima sebelum ini telah dicemari dgn rawatan2 yg mengelirukan. Setelah bersih sebelum ini, lumpur pula yg dimasukinya. Moga selepas ini dia tak tersilap lagi dlm mencari kesembuhan. Sy tidak kata hanya sy atau kaedah DS saja yg betul, pergilah mana-mana asalkan mereka mengamalkan kaedah yg tidak bertentangan dgn Islam.
Pesakit seterusnya suami isteri, adik dan iparnya. Masalah utama iparnya yg hamil 6 blan, anak sulung, doktor kata baby kecil sangat, namun sihat dan aktif, ada gerakan normal, cuma masalahnya setelah dibuat ultrasound, ada air kat jantung dan perut baby, air ketuban pulak sikit kuantitinya. Khamis depan pakar nak check sekali lagi dan kalau perlu akan dibuang kandungan tu. Kemudian abang iparnya yg leguh2 dan sakit2 badan setelah menebas semak samun di belakang rumah, sebelum ni taklah sampai sakit begini.

Monday, 25 June 2012
Burung Cenderawasih
Burung cenderawasih ini dikatakan burung kayangan dan tiada sesiapa pun yang pernah menemuinya dalam keadaan hidup. Bila jumpa, dia memang dah mati, namun seluruh badannya termasuk bulu tidak rosak, tidak berbau, berulat, seolah2 diawet, namun tidaklah diperbuat sedemikian halnya. Terdapat dakwaan bahawa terdapat banyak spesis burung ini di beberapa negara di dunia termasuk di China dan Afrika, namun tidaklah dapat dipastikan itu spesis cenderawasih kah atau spesis lain. Yg ditemui biasanya di Irian jaya. Apa yang istimewa ialah burung ini amat cantik dan menakjubkan, sehingga dikatakan segala spesis burung dan unggas di alam ini mencemburuinya. Namun sedarkah anda bahawa burung ini sering menjadi buruan para bomoh, dukun dan pawang. Pernah diberitahu harga satu bulunya mencecah RM 5 ribu, maka bayangkan kalau harga seekor atau sepasang. Dikatakan harga seekor pernah ditawarkan mencecah RM 2 juta. Bagaimanapun jangan mudah percaya kalau ada yg mahu menjualnya, jangan2 bulu ayam katik atau ayam kapan. Beginilah, berhati2 kalau ada mendakwa burung ini mempunyai kesaktian keistimewaan yang luar biasa, ini kemungkinan saja, kerana siasatan mendapati burung ini amat digemari oleh makhluk2 ghaib, menumpanginya sebagai alat untuk menyesatkan manusia, apabila manusia mula memuja dan membelainya. Nak tengok?....nantilah.
Cacatan Perawat
26.06.12 (Selasa)
Sudah menjadi kebiasaan saya mencatat maklumat ringkas setiap pesakit untuk rujukan kemudian hari, apa-apa yg dpt, secara shorthand. Dah hampir 5 th sy buat catatan berkaitan rawatan, ribuan pesakit jugalah, dan blog ini cuma bermula penghujung tahun lepas, 2011. Catatan ini sy buat setelah selesai semua sesi rawatan pada satu2 masa atau dicatat besoknya. Utk posting kadang2 memakan masa beberapa hati bergantung kpd kelapangan. Justeru itu ingatan kena okeylah, supaya tiada kesilapan. Apa yg diposting bukannya dari semua yg ada dlm catatan sy. Maklumat lengkap hanya ada dlm catatan asal, yg di sini cuma sebahagian, itupun tidak detail dan tiada nama dan identiti lengkap pesakit. Hal kerahsiaan menjadi keutamaan. Tujuan sy posting ialah utk berkongsi pengalaman dan moga ianya menjadi iktibar kpd semua pengunjung blog ini. Bukanlah bertujuan untuk bermegah atau menunjukkan kebolehan kerana ramai lagi perawat yg berdepan dgn pelbagai masalah dan penyakit yg lebih pelik, kronik dan menggerunkan. Selain itu sy menyimpan beberapa tulisan, mentera, puisi, skrip kuno atau lama yg ditulis atau dilakar oleh pesakit dalam keadaan tak sedar atau ketika dirawat. Setelah sedar mereka tak tahu itu tulisan mereka dan tak tahu apa-apa yg ditulisnya, ada yg tak difahami pun, bahasanya amat klasik. Ada ketikanya tulisan atau lakaran tsbt menjadi petunjuk tertentu semasa sesi rawatan. Minggu ini dan lepas juga ada kes2 spt saiz jin sebesar telor. Juga kes jin yg dalam pantang selepas bersalin. Juga jin yg membotakkan kepada org, menghilangkan memori seseorang, mengeluarkan api dan turut bermain komputer.
Sy namakan blog ini sebagai catatan perawat, kerana perawat berbeza dgn bomoh. Malangnya ramai rakan2 kita terutama yg berpendidikan agama, para ustaz, golongan yang berlatar belakangkan Islam menggelar kami perawat Islam sebagai bomoh, dia dah jadi bomoh, pergi berbomoh, asyik berbomoh dsb. Panggilan mereka seolah-olah memperlekehkan usaha kami, disamakan kami dengan bomoh pulak, panggilan yg penuh sindiran, sinis dan amat menghinakan. Ada juga yg menggelar kami tok bomoh Islam, kenapalah busuk sangat hati mereka. Tak apalah, moga mereka faham suatu hari nanti. Sebaliknya, masyarakat awam pula menggelar kami dgn panggilan perawat, mu`allij. Memanglah secara umum bomoh sama dengan tabib dan tabib itu doktor dalam bahasa Arab. Dalam kamus, bomoh, khasnya di nusantara diertikan sebagai dukun, pawang atau pengamal kuasa2 mistik yg berhubungan dengan kuasa2 tertentu, semangat, para arwah, makhluk halus dan banyak terlibat dgn hal2 syirik dan merosakan aqidah.

Jin Botakkan Kepala Pemuda
25.06.12 (Isnin)
Hari ni beberapa temujanji terpaksa ditangguhkan kerana malam nanti sy ada mesyuarat PKPI (Darussyifa') Pusat di Bangi dan selaku AJK kenalah hadir. Sy sedang tunggu maklumbalas kakak seorang pemuda yg dibotakkan kepala baru2 ini utk dapatkan rawatan. Takkan dia mengigau dan mencabut sendiri seluruh rambutnya. Ini kes baru yg jarang berlaku, kecuali rambut yang gugur dgn banyak sebab spt fungus dsb, tapi tidaklah sampai botak terus. Ini pula sekelip mata. Masalah fizikalkah atau masalah gangguan?. Kalau sebab fungus mungkin daun pokok lidah jin boleh membantu dgn cara tumbuk dan pupuk. Tunggulah nanti sebabnya.
Sunday, 24 June 2012
Jin masuk Islam, pontianak pula datang
24.06.12 (Ahad)
Berikut, kes agak berat, mereka puas berubat merata-rata, belum diberi kesembuhan dan terangkat masalahnya, dia suami isteri berniaga, ada bas sekolah dan kedai runcit. usia isteri 37 th, suami 38 th, anak ada 4, mereka kata ada gangguan sihir dan buatan orang. Sebelum ni pernah sakit selama 2 bulan lalu berubat dgn seseorang, kemudian belajar sesuatu dgn org yg mengubat dia, lalu org itu buang sebab2 sakitnya. Dia tak juga sembuh bahkan bertambah sakit, dia rasa org itu ada masukkan sesuatu dlm badannya, kini sakit2 serang dia seluruh badan, fikir macam nak mati saja, masalah tidur dan rungsing. Pernah berubat pula dgn org tasawuf yg syorkan agar dia buat amalan doa dan zikir2 untuk mendapat kesembuhan hakiki. Dia tak suka kaedah ini sebab org itu hanya suruh dia buat segala-galanya, utk diri sendiri, mohon kpd Allah. Dia pernah mimpi ada orang pakai baju putih, dgn pakaiannya ada darah kotor, nak ambil nyawa dia tapi dia tak nak, jangan ambil katanya, makhluk tu berada di laluan menuju ke dapur. Masalah lain period dia cuma 1 hari, ini dah lama berlaku. Lembaga yg sama juga usik anak dia sampai menjerit dan mengigau2. Juga bunyi org tolak sofa, bunyi guli dsb. Sy mulakan ruqyah dan tak sampai seminit, badan dia mula menggeletar dan menangis, terus menangis dan mohon simpati, simpati, jangan bunuh dia dsb, sy biarkan dan teruskan ruqyah pembakar, akhirnya sy tanya makhluk itu, dia kata dihantar oleh seseorang, namanya....(rahsia) dia asal dari .(rahsia), usianya 400 ribu tahun (ukuran usia manusia sekitar 40 ribu tahun), beragama kristian. Dia lelaki dan berkeluarga, isterinya baru bersalin, anak ada 70 ekor ...tempat tinggal di rumah pesakit ini. Sy teruskan dakwah agar meninggalkan kerja2 kezaliman dan penyiksaan ke atas manusia, tinggalkan tuan kamu (dia sebut nama tu...rahsia) yg dah menipu kamu, jangan bimbang Allah akan menyelamatkan kamu kalau kamu betul2 ikhlas menerima Islam. Sy tanya mana isteri dia, panggil dia kemari, lalu mereka bersama anak2 seramai 70 ekor datang, minta pengakuan sebab jin ini dah mula sedar dan sedia berjanji buat ikrar akan menerima Islam dgn nama Rahman, sy cadangkan Abdul Rahman dan dia setuju. Isteri pula dia kata Fatimah. Sy minta lepas ni bertaubatlah betul2 dan jangan murtad, sekiranya murtad dia sekeluarga akan menerima balasan buruk dari Allah. Bila dah bersedia sy Islamkan dia dan meminta dia pergi ke mana-mana masjid utk belajar agama. Dia sebut masjid tu dan sy kata, okeylah...di sana nanti kamu jumpalah jin Islam ini (sy sebut nama salah satu ketua di situ utk dia dapatkan panduan belajar agama). Moga2 jin ini tidak menipu, kalau gagal kita kena usaha lagi, jgn putus asa, moga Allah permudahkan usaha hamba-hambaNya yg lemah ini. Lps itu satu jin yg menyibuk datang, ketawa, menggilai, dia kata dia pontianak, beritahu ramai lagi jin2 ada di rumah org ni. Sy kata kamu sengaja nak cari nahas, pergilah kamu jangan kacau org ni. Sy teruskan ruqyah, dia kesakitan dan keluar menerusi mulut. Pesakit dah ok dan sy beritahu suaminya agar dibersihkan rumahnya dari kehadiran atau ditumpangi makhluk2 ghaib, segerakan, jgn lengah2.
Kemudian pesakit lama, dah lebih setahun tak dtg, dia kini sakit semula sejak maknya dtg ke rumahnya baru2 ini dari kampung. Sejak itu dia sakit. Sy ruqyah kira2 5 minit dia pengsan, dibiarkan, selepas ok diberi minum air daun bidara dan sapu muka. Selain dia, 2 org adiknya juga adalah masalah gangguan dan ini berkaitan dgn gangguan maknya. Dia cerita pasal kejadian melibatkan adik dia, lelaki, 30 th, baru2 ni pindah rumah, masa kemaskan rumah dan lap lampu dlm salah satu bilik, tiba2 mosaic dlm bilik tu terbongkar ke atas dan pecah, sedangkan mosaic itu masih elok sebelum tu. Malam tu dia mimpikn orang tua datang nak ambil nyawa dia dan dia tak bagi. Besoknya dia dapati semua rambutnya luruh sampai botak dan ini berlaku secara tiba2. Luruh habis. Peristiwa ini tidak diberitahu kpd keluarganya, cuma maknya dan kakaknya dapat tahu hanya beberapa hari lepas setelah dia ceritakan kejadian itu. Org ingatkan dia sengaja botakkan kepala. Sy syorkan dia dapatkan rawatan segera dgn mana2 perawat Islam, ini tak boleh dilengah2kan sebab mungkin akan memberi kesan buruk pada dirinya. Kakaknya bercadang nak bawa kemari nanti, sy kata insyaAllah akan cuba dibantu sekadar yg boleh.
Wanita ni dtg bersama ahli keluarganya 8 org, bawa anak angkatnya lelaki, yang masa ambil usianya 3 hari, latar belakang sebenar tak tahu, kawan dia syorkan, kata ada org nak bagi kat dia, dia ambillah. Dia kahwin dah lama tapi belum dikurniakan zuriat, bagai org mengantuk disorong bantallah. Kini usia baby tu 12 hari, tidur terkejut, ari2 bengkak sebelah kiri, macam angin pasang, diberi susu babelac, tak boleh telanhabis, terluek, muntah. Kemudian anak saudaranya, 1 th, 1 bu, ada kesan merah di tengkuk dan kepala, pergi cek doktor tak ada apa-apa.
Berikut, kes agak berat, mereka puas berubat merata-rata, belum diberi kesembuhan dan terangkat masalahnya, dia suami isteri berniaga, ada bas sekolah dan kedai runcit. usia isteri 37 th, suami 38 th, anak ada 4, mereka kata ada gangguan sihir dan buatan orang. Sebelum ni pernah sakit selama 2 bulan lalu berubat dgn seseorang, kemudian belajar sesuatu dgn org yg mengubat dia, lalu org itu buang sebab2 sakitnya. Dia tak juga sembuh bahkan bertambah sakit, dia rasa org itu ada masukkan sesuatu dlm badannya, kini sakit2 serang dia seluruh badan, fikir macam nak mati saja, masalah tidur dan rungsing. Pernah berubat pula dgn org tasawuf yg syorkan agar dia buat amalan doa dan zikir2 untuk mendapat kesembuhan hakiki. Dia tak suka kaedah ini sebab org itu hanya suruh dia buat segala-galanya, utk diri sendiri, mohon kpd Allah. Dia pernah mimpi ada orang pakai baju putih, dgn pakaiannya ada darah kotor, nak ambil nyawa dia tapi dia tak nak, jangan ambil katanya, makhluk tu berada di laluan menuju ke dapur. Masalah lain period dia cuma 1 hari, ini dah lama berlaku. Lembaga yg sama juga usik anak dia sampai menjerit dan mengigau2. Juga bunyi org tolak sofa, bunyi guli dsb. Sy mulakan ruqyah dan tak sampai seminit, badan dia mula menggeletar dan menangis, terus menangis dan mohon simpati, simpati, jangan bunuh dia dsb, sy biarkan dan teruskan ruqyah pembakar, akhirnya sy tanya makhluk itu, dia kata dihantar oleh seseorang, namanya....(rahsia) dia asal dari .(rahsia), usianya 400 ribu tahun (ukuran usia manusia sekitar 40 ribu tahun), beragama kristian. Dia lelaki dan berkeluarga, isterinya baru bersalin, anak ada 70 ekor ...tempat tinggal di rumah pesakit ini. Sy teruskan dakwah agar meninggalkan kerja2 kezaliman dan penyiksaan ke atas manusia, tinggalkan tuan kamu (dia sebut nama tu...rahsia) yg dah menipu kamu, jangan bimbang Allah akan menyelamatkan kamu kalau kamu betul2 ikhlas menerima Islam. Sy tanya mana isteri dia, panggil dia kemari, lalu mereka bersama anak2 seramai 70 ekor datang, minta pengakuan sebab jin ini dah mula sedar dan sedia berjanji buat ikrar akan menerima Islam dgn nama Rahman, sy cadangkan Abdul Rahman dan dia setuju. Isteri pula dia kata Fatimah. Sy minta lepas ni bertaubatlah betul2 dan jangan murtad, sekiranya murtad dia sekeluarga akan menerima balasan buruk dari Allah. Bila dah bersedia sy Islamkan dia dan meminta dia pergi ke mana-mana masjid utk belajar agama. Dia sebut masjid tu dan sy kata, okeylah...di sana nanti kamu jumpalah jin Islam ini (sy sebut nama salah satu ketua di situ utk dia dapatkan panduan belajar agama). Moga2 jin ini tidak menipu, kalau gagal kita kena usaha lagi, jgn putus asa, moga Allah permudahkan usaha hamba-hambaNya yg lemah ini. Lps itu satu jin yg menyibuk datang, ketawa, menggilai, dia kata dia pontianak, beritahu ramai lagi jin2 ada di rumah org ni. Sy kata kamu sengaja nak cari nahas, pergilah kamu jangan kacau org ni. Sy teruskan ruqyah, dia kesakitan dan keluar menerusi mulut. Pesakit dah ok dan sy beritahu suaminya agar dibersihkan rumahnya dari kehadiran atau ditumpangi makhluk2 ghaib, segerakan, jgn lengah2.
Kemudian pesakit lama, dah lebih setahun tak dtg, dia kini sakit semula sejak maknya dtg ke rumahnya baru2 ini dari kampung. Sejak itu dia sakit. Sy ruqyah kira2 5 minit dia pengsan, dibiarkan, selepas ok diberi minum air daun bidara dan sapu muka. Selain dia, 2 org adiknya juga adalah masalah gangguan dan ini berkaitan dgn gangguan maknya. Dia cerita pasal kejadian melibatkan adik dia, lelaki, 30 th, baru2 ni pindah rumah, masa kemaskan rumah dan lap lampu dlm salah satu bilik, tiba2 mosaic dlm bilik tu terbongkar ke atas dan pecah, sedangkan mosaic itu masih elok sebelum tu. Malam tu dia mimpikn orang tua datang nak ambil nyawa dia dan dia tak bagi. Besoknya dia dapati semua rambutnya luruh sampai botak dan ini berlaku secara tiba2. Luruh habis. Peristiwa ini tidak diberitahu kpd keluarganya, cuma maknya dan kakaknya dapat tahu hanya beberapa hari lepas setelah dia ceritakan kejadian itu. Org ingatkan dia sengaja botakkan kepala. Sy syorkan dia dapatkan rawatan segera dgn mana2 perawat Islam, ini tak boleh dilengah2kan sebab mungkin akan memberi kesan buruk pada dirinya. Kakaknya bercadang nak bawa kemari nanti, sy kata insyaAllah akan cuba dibantu sekadar yg boleh.
Kes Homoseks di Pusat Tahfiz
23.06.12 (Sabtu)_Buku Catatan Baru
Hari ni bilangan pesakit boleh tahan, antaranya prpm, 54 th, gangguan, kusut fikiran, rasa macam bersalah, rasa cakap semua tak betul dgn orang, di rumah nampak macam kelibat dan anak 9 org, yang ke 4 pernah nampak. Anak2 dia ramai hafiz Quran dan beljar aliran agama, tapi kena gangguan jugak, hairan dia. Kalau baca Yasin, rasa nak menangis, rasa bersalah. Masalah ni dah 10 th, pernah berubat dgn bapa saudara, pernah mimpi tanah kebun, mimpi menyusu, budak, selalu pergi tempat2 yg sama, belakang kebun, nampak macam ada rumah buruk kat situ, ini selepas dia beli tanah tu, sejak itu sakit2 dan bermasalah.
Kemudian prpm, 48 th, sakit perut sebelah kiri, doktor kata ada fibroid, baru 2 cm, demam, menggigil, penat, ini dah setahun, dia tinggal di Bangsar, baru2 ini doktor kata tak ada pulak fibroid, dah ok, tapi sakit tetap ada. Seterusnya lelaki, 19 th, mak dia kata dia selalu keluar malam, berkawan dgn prpm yg tak baik, sosial, dulu ok dgn mak dia , kini sejak berkawan dgn prpm tu dah tak ok, asyik marah2, tak dengar cakap. Prpm tu tinggal di Selayang dan anak dia asyik ke situ jumpa prpm tu, anak dia dah tak kerja, senang dpt kerja tapi asyik nak berhenti. Dia berkawan serius ni baru 2-3 bulan. Mak dia datang ditemani bekas bos anak dia, India Kristian yg berusaha agar mak dia berubat untuk anaknya. Ini anih, India Kristian percaya kat DS sedangkan ramai org Islam masih percaya bomoh dan dukun. Sy ruqyah pada air untuk diberi minum pada anaknya agar meninggalkan perkara2 tak elok dan kembali taat kpd ibubapa serta berkeinginan kembali bekerja demi masa depannya.
Berikut pesakit tepuk, ulangan dari Bukit Damansara, mimpi ada benda keluar dari hidung dan bengkak bawah payu dara kiri, sebelum ni bengkak sebelah kanan, selepas tepuk minggu lepas bengkak berpindah ke kiri. Juga dileher rasa ada benda, bengkak dan benjol. Seterusnya ibubapa satu keluarga minta air penawar dan penerang hati untuk 4 orang anaknya yang masih bersekolah, mereka dari Bukit Rahman Putra Sg. Buloh. Selepas itu prpm, 65 th, dari Intan Baiduri, Kepong, sakit rasa kebas dari punggung ke kaki, sakit sangat kalau berdiri, rasa menggigil, ini dah 3 th, juga ada darah tinggi, tak boleh berdiri lama sikit, rasa sengal, menyucuk2 tumitnya. Setelah itu pesakit prpm, 70 th, dari kg Dusun, sebelah Felda Kechau, K.Lipis, dtg dari rumah anaknya di Putrajaya, sakit kepala, di leher, biji2 bisa, tyroid, sakit perut ke belakang, ke kepala, kalau dia kena sakit, semua anak-anak akan sakit sama. Ini dah 20 th sakit macam ni, kulit dia juga rasa panas macam kena salai, tidur pun lenguh2 dan sakit betis, lebam2 dsb. Suami dia pula, 80 th, anak ada 6, cucu 13, lenguh2 badan, juga ada gout. Anak dia yg tinggal di Putrajaya, prpm, 32 th, dah kahwin 3 th lepas, belum dpt zuriat, ada masalah senggugut, pernah gugur, masa hamil ada miang2 tubuh dan gatal, panas kepala. Dia kata suaminya kuat cemburu dan mahu doakan agar suaminya tidak lagi cemburu, sy kata kalau cemburu sikit2 ok lah , dia kata cemburu melampau sampai tak benarkan dia keluar rumah dan kemana-mana. Kemudian budak lelaki, 8 th, dari kajang, takut sangat dan tak dengan cakap, di sekolah selalu menengung (BM termenung), tidur meragam dan asyik menangis. Adik dia prpm, 4 th, pulak ketakutan dgn orang, ini sejak tenggelam dlm kolah di rumah, kepala ke bawah dan kaki atas, lepas tu dia jadi garang, marah dan menjerit2 tak tentu pasal. Ini berlaku sejak bulan lepas.
Kes berikut agak menarik, seorang ibu 35 th, bawa anaknya lelaki, 14 th, dari Tampin, dulu bersekolah Tahfiz, dah tiga pusat tahfiz dia belajar dlm 4 th ni, berpindah2 kerana kena buang atau gantung atau lari, akhirnya masuk sekolah biasa, juga buat hal di sekolah biasa. Kes ini agak rumit kerana melibatkan banyak pihak dan sy tidak sesekali bertujuan mendedahkan keburukan2 tertentu, apatah lagi mengaibkan institusi atau individu2 tertentu yang dihormati oleh masyarakat. Ringkas cerita pelajar ni pernah ditangkap berkhalwat dgn sesama pelajar lelaki yg sama2 belajar tahfiz, buat kerja dlm kolah, lepas tu tukar ke pusat tahfiz lain, dibuli di situ, lari, kemudian ke pusat tahfiz lain pulak, juga berlaku kes homoseks dgn pelajar lain berusia 6 th, akhirnya digantung, dibuang dan pindah ke sekolah biasa. Di sekolah biasa, minggu pertama berlaku kes gaduh dan bertumbuk dgn budak 3 suku, katanya setelah budak tu bertalu2 mencercanya dan mengaibkan maknya ( kata2 lucah), dia tak tahan akhirnya bertumbuk. Pihak pentadbir sekolah belum tahu kes ni. Kes terakhir dia nak parangkan nenek dia dan sepupunya. Dia kini tinggal sementara di rumah nenek. Keluarga dia risau, apa nak jadi dgn dia, dia anak sulung dari 3 beradik, harapan keluarga, mahukan dia jadi hafiz, tapi ini pula yg terjadi. Sy panggil masuk budak tu dulu, kemudian mak dia, kemudian semua sekali termasuk nenek dia yg tak tahu kisah sebenar. Nenek dia beritahu atuk budak ini juga amat garang seperti ayah budak ini juga dan minta air doa agar dilembutkan hati suaminya. Sy tidaklah nak cerita secara terperinci satu persatu di sini, cuma diringkaskan seperti berikut:
1- Pertama, dia seorg budak baik, cuma berlaku kejutan budaya di mana terdapat kes salahlaku moral yg serius termasuklah di madrasah atau pusat tahfiz, akhirnya dia terdorong sama dan nasib tak menyebelahinya kerana tertangkap.
2. Kedua kes buli, namun tanpa siasatan terperinci, mudir dilihat menyebelahi individu2 tertentu menyebabkan dia tak puas hati.
3. Ketiga, para pembantu mudir, guru2 tahfiz, antaranya 2 org yg terlibat dlm amalan tak bermoral dgn pelajar2 dan akhirnya ramai pelajar terlibat sesama sendiri melakukan amalan yg didorong oleh ustaz2 tahfiz yg menyimpan foto dan video lucah dlm handphone, kemudian ditunjukkan kpd para pelajar, terutamanya pada waktu2 mlm, dan akhirnya pelajar terpaksa merelakan apabila diperlakukan spt yg ditonton.
4. Keempat, ada pusat tahfiz yg menyembunyikan kes sebenar dan memihak kpd individu tertentu menyebabkan timbul rasa tak puashati pelajar, yg menentang akhirnya dibuang atau digantung.
5. Sebahagian besar guru2 tahfiz amat muda, usia antara 19-24 th, dan ada yg dikatakan kaki motor dan merempit pada hujung malam2 minggu.
Sy pada mulanya, tidaklah mempercayai cerita budak itu 100 %, namun berdasarkan maklumat mak dia jugak, maka sy berpendapat maklumat itu ada asasnya. Sy percaya ini adalah kes terpencil, namun ia boleh menjejaskan reputasi beratus2 lagi pusat tahfiz yg tiada masalah sebegini. Budak ini menjadi mangsa persekitaran, dia masih berhasrat menyambung pengajian tahfiz, namun apa yg berlaku membuat dia jadi trauma. Setelah selesai meruqyah dan sebelum beredar budak itu bersalam dgn saya dan membisikkan: Ustaz, tolonglah saya, doakan saya jadi Hafiz. Terharu saya.

Subscribe to:
Posts (Atom)