Blogger Templates

Monday 9 July 2012

Rutinku banyak berubah

09.07.12 (Isnin)
Mlm sy ada mesyuarat di DS, sblm mesy habis ada panggilan dari pesakit, sy jawab lps mesy nanti call balik. Rupanya dia datang dari Melaka, dah sampai rumah sy ketika itu, kesihan juga sebab dia tak call dulu sblm dtg, biasanya pesakit yg dtg buat temujanji dulu, kot2 sy tak ada rumah. Juga dari pesakit pasangan suami isteri yg ada masalah endometriosis, belum dikurniakan zuriat, akan buat temujanji dgn sy nanti. Mesy ni kadang2 mengejut, namun ada yg tidak, misalnya Sabtu ni kena jadi pentasmik pelajar2 perubatan kump. 24, Ahad pula sy wakili DS utk hadir dlm AGM GAPPIMA (Gabungan Pengamal Perubatan Islam Malaysia) dan baru2 ni sy dilantik sebagai AJK Khas, Bhg. Perubatan Tradisional dan Komplementari, Kementerian Kesihatan Malaysia. Maka tahun ni agak sibuk, terutama selaku Pengarah Kongres Pengubatan Islam Nusantara, selain AJK Pusat Darussyifa' Malaysia merangkap Pengerusi R & D. Nampaknya rutin sy banyak berubah sejak beberapa th kebelakangan ni, tapi tak apalah, asalkan ia membawa kebaikan ke arah melestarikan amalan Tibb al-Nabawi, iaitu sunnah yg ramai org telah meninggalkannya. Malam nanti dah ada beberapa temujanji.

No comments:

Post a Comment