Blogger Templates

Saturday, 7 July 2012

Barangan Tahyul, peralatan sihir dan keris perdukunan.

06.07.12 (Jumaat)
Hari ni sy menjadi pembentang dalam Wacana Ilmu bertajuk: Sihir dan Implikasinya Terhadap Kehidupan Manusia: Satu Pendedahan. Wacana ini mendapat sambutan yg baik walaupun musim cuti semester. Ia dihadiri oleh para pelajar ijazah tinggi, staf pentadbiran, staf akademik dan masyarakat luar selain pihak media. Sempena wacana ini diadakan juga pameran barangan khurafat, peralatan sihir dan keris perdukunan. Acara berjalan lancar, namun demikian pameran tidak dapat dilanjutkan sehingga ke petang kerana masalah teknikal. Barangan yg dipamerkan terdiri dari ratusan jenis tangkal, azimat, peralatan sihir, keris perdukunan dan warisan, pedang, batuan meteor, jaket kebal dan banyak lagi yg sy percaya tidak pernah dipamerkan sebegini untuk tatapan awam, apatah lagi ianya adalah barangan sebenar, bukannya replika. Semuanya ini hanya untuk tujuan pendidikan dan informasi agar  masyarakat menjauhinya demi mengelakkan dari terjerumus dalam perbuatan syirik dan membawa kekufuran.

2 comments:

  1. Kalau rajin boleh datang pasar sabtu di Semenyih. Pelbagai benda khurafat dijual seperti jaket kebal, akar bahar, keris dan pelbagai lagi.

    ReplyDelete
  2. Insyaallah kalau ada kelapangan boleh tinjau ke sana. Di Chow Kit pun banyak

    ReplyDelete