Blogger Templates

Tuesday, 26 June 2012

Tukang Urut Enggan Sentuh

26.06.12 (Selasa)
Ini kes berkaitan pesakit yg dah elok setelah beberapa kali dirawat, bukan saja masalah dia yg ada gangguan, tapi masalah dgn suami, di tempat kerja dan anak-anak. Kali ini dia mengadu sakit2 badan, sakit ni biasalah, sebab tiada org yg langsung tak sakit, lalu dia pergi berurut dgn seorg prpm (nama rahsia), setelah ditengok, tukang urut tu tak bersedia nak mengurutnya, bahkan pegang pun tidak, lalu dia mengesyorkan pergi dulu berubat dgn seseorang, lalu pergilah dia berubat dgn org tu, bomoh Indon yg tinggal tak jauh dari rumah sy, sy tahu dia berubat pakai apa tapi tak eloklah cerita keburukan org, bomoh tu baru pindah ke sini setelah dikatakan buat hal di tempat lamanya. Sy tak tahu dia tersilap pergi rumah ke atau apa, sebab sebelum ini tukang urut tu kalau ada org yg masalah gangguan dsb, dia suruh pergi jumpa sy. Tak apalah, sy tak kisahlah kalau dia pergi mana-mana asalkan perawat tu menggunakan kaedah yg betul, tidak menyalahi syarak dan etika pengubatan. Ini sebulan lepas, setelah itu sakitnya bertambah2 teruk, lalu pergi pula ke Johor berubat dgn seseorang, sampai kena mandi air penawar dsb, balik dari situ, sakitnya masih ada, macam ada benda pegang bahu, belakang dan pinggang, berat, dan sakit bisa2 dan nyilu. Setelah beberapa hari menanggung sakit ni, dia call sy nak dtg, dia kata masalah berkaitan anak dia, yg tiba2 baran dan garang tak tentu pasal sehingga cikgu sekolahnya juga mengadu pasal ini, Sy kata datanglah. Dia tak cerita pula pasal dirinya. Suami dia juga datang, dia kata suaminya kini tak berselera, tak ada nafsu nak bersama, terkunci, sy kata itu terpulang pada dia, kalau dia tak menyuarakan nak berubat, biarkan, sebab suaminya menyangka hanya isteri yg bermasalah, dia sendiri tak nak diubati, maka sy tak boleh buat apa. Cuma di sini sy agak kecewa kerana proses rawatan yg telah diterima sebelum ini telah dicemari dgn rawatan2 yg mengelirukan. Setelah bersih sebelum ini, lumpur pula yg dimasukinya. Moga selepas ini dia tak tersilap lagi dlm mencari kesembuhan. Sy tidak kata hanya sy atau kaedah DS saja yg betul, pergilah mana-mana asalkan mereka mengamalkan kaedah yg tidak bertentangan dgn Islam.
Pesakit seterusnya suami isteri, adik dan iparnya. Masalah utama iparnya yg hamil 6 blan, anak sulung, doktor kata baby kecil sangat, namun sihat dan aktif, ada gerakan normal, cuma masalahnya setelah dibuat ultrasound, ada air kat jantung dan perut baby, air ketuban pulak sikit kuantitinya. Khamis depan pakar nak check sekali lagi dan kalau perlu akan dibuang kandungan tu. Kemudian abang iparnya yg leguh2 dan sakit2 badan setelah menebas semak samun di belakang rumah, sebelum ni taklah sampai sakit begini.

No comments:

Post a Comment