Blogger Templates

Friday, 29 June 2012

Menjodohkan Jin

28.06.12 (Khamis)
...ini sambungan dari catatan lepas.

Seterusnya pesakit prpm, kes lama, dah ok, namun sejak bersalin sakit dtg lagi, kini baru habis pantang, suaminya pelajar pengubatan Islam, dah lulus lebih setahun lps, namun dia belum bersedia merawat, termasuk ahli keluarga sendiri. Bab merawat ini bukan semua yg belajar dan dpt ijazah mampu merawat, ada saja ujian, pencen terus, inilah yg kerap berlaku. Ringkas cerita pesakit gangguan ni kata dia batuk2, mimpi susui bayi, dah 3 kali baru2 ini. Mula saja ruqyah, dia menderam, jin dlm badannya diajak berdialog. Agama dia Budha. Dia dihantar seseorg tapi bermati-matian tak nak cakap, tak leh cakap, nanti tuannya marah. Dia diambil dari sebuah ketik (wat Siam) di Semerak dgn harga RM 500. Harga jin dari ketik tersebut biasanya antara RM500 ke RM1500 bergantung pada tujuan dan perjanjian. Perjanjian dia selama-lamanya, nak matikan org ini. Dia termasuk kelas biasa, murah. Masa dlm pantang, ada org selalu beri gulai ayam, hari2 hantar beri makan kat prpm ni. Sy tanya apa ada dlm gulai tu. Dia kata dimasukkan serbuk, abu mayat utk diberi makan. Sy dengar saja, sebab jin ni banyak temberang. Selesai ruqyah, pesakit sedar.

Kemudian giliran pesakit yg menyampuk tadi, belum mula rawatan dia dah cakap, oiii, matilah aku kali ini, memang aku akan mati, tolonglah ustaz, jangan matikan aku, aku tak mahu mati, ini dikatakan berulang2 kali. Sy cakap siapa nak matikan kamu, bukankah kerja ambil nyawa itu ditentukan Allah, bukan manusia. Tapi kalau kamu asyik sakitkan org ini, zalimi org, memang patut kamu mati. kalau matipun tak apa, kamu pun kalau mati, mana ada kubur. Ini juga pesakit ulangan, jin yg ada dlm badannya adalah jin Islam, yg sy Islamkan lama dulu, dan pengakuan ini dibuat secara konsisten, dan diakui jin2 lain,  dia terlalu tua, usia 80 ribu th, dah bongkok tiga. Dia hanya ikut pesakit ni masa keluar rumah atau pergi kerja. Dia tinggal di luar rumah pesakit ini, tak masuk dalam. Ini antara amaran saya tempuh hari dan dia akur. Sy rawat macam biasa dan pesakit ini sedar.

Seterusnya pesakit yg dia dah bertukar tempat kerja ke pantai timur, tinggal sementara bersama mertua, dtg Puchong krn ada beberapa hal nak diselesaikan. Dulu ada ketua Syaitan yg menghuni dlm badannya, kini dia dah kembali kpd keluarganya, tak kacau dia lagi. Pesakit ini beberapa ketika selepas balik kg dan pindah tempat tinggal. Namun jin yg satu ini masuk krn badannya pesakit ini kosong, dia mengaku tidak bertuan, saja2 nak masuk dan mula suka org ini, usianya baru 40 tahun. Hitungan usia manusia, dia ni masih budak, sunti lagi. namun dia jin pemalas, justeru itu pesakit ini mengadu sejak jin ini datang dia rasa malas sangat, sedangkan selama ini dia memang tak menang tangan, ada2 saja yg dibuatnya, aktif. Pesakit di atas pernah melalui pelbagai kesakitan dan kezaliman makhluk2 halus, dari jin2 liar, jin penyihir, iblis dan ifrit sehinggalah ketua syaitan. Sejak merawat pesakit ini, banyak pengalaman dpt dikutip, banyak rahsia2 jin dan makhluk halus dikongsi, kehidupan mereka, pekerjaan, pendidikan, perkahwinan, tipudaya dan helah mereka, kejahatan manusia dsb. Jin2 memang banyak yg menipu, namun akuinya, syaitan biasanya tak ada sebab nak menipu, kecuali kalau nak menyesatkan manusia, dia secara terang2an buat kejahantan, tak berselindung. Dia mengaku kerjanya nak rosakkan manusia, mensyirikkan Allah, kerja yg diwarisi dari nenek moyang mereka, tak takutkan mati kerana ini perjuangan katanya, dah ditakdirkan begitu. Dia cakap kalau ada perawat nak ruqyah sampai dia mati, silakan, dia tak takut, kerana memang dia takkan mati, hidup sampai kiamat. Kalau nak dakwah dia sekalipun, tak guna, sebab mana ada sejarah syaitan masuk Islam, Jin biasa adalah. Cuma kalau sakit dan cedera memang mereka mengakui akan alami, itupun  kalau manusia itu ikhlas ketika baca ayat-ayat Quran. Dan mereka akan keluar.
Bab ini panjang ceritanya, dan menerusi pesakit ini saja sy telah mengislamkan lebih 60 ekor jin,  dan data ini ada dalam catatan sy termasuk nama2 Islam mereka. Ertinya dalam badan org ini ada lebuhraya yg menerima kemasukan banyak jin2 dan iblis. Kini yg tinggal cuma satu, tersesat, tak bertuan dan masih muda, perempuan pulak tu. Manusia memang tak boleh nampak makhluk2 ghaib, kerana kalau nampak ia dah tak jadi ghaib lagi, jadi makhluk nyata.  Kenapa Allah jadikan mereka?. Tentu ada hikmahnya. Ramai pesakit yg boleh baca Quran dgn baik dan amalkan zikir2 setelah berusaha memulihkan diri dari gangguan. Betapa ramai pula peruqyah2 yg dah hafal al-Quran dlm usaha mendapatkan kesembuhan dan proses ini berlangsung terus menerus, kecuali dia berhenti dari meruqyah pesakit. Kalau tidak lagi mengamalkan, bermakna dia telah meninggalkan satu sunnah, iaitu Tibb al-Nabawi, yg menerusinya Nabi Saw telah mengajarkannya kepada ummatnya.

Makluk2 ghaib ini kena ditangani dgn berhemah, ada yg ganas dan mengancam dan ada yg berlembut, elok percakapan dan menghormati kita sebagai perawat. Kalau patut berkeras dgn mereka, berkeraslah, kalau tidak kena gaya, dia tuduh kita ego, sombong dan bongkak dgn kebolehan diri sendiri. Ini bergantung kpd pengalaman seseorg. ..
.......Secara berjenaka saya cuba menjodohkan jin Islam, asal kelantan dgn jin kafir dari Siam (akan diislamkam), episod ini berlaku di hujung rawatan malam tadi, setelah kedua2 jin dari 2 pesakit berdialog sesama sendiri, sebenarnya bertiga dgn saya. Jin pertama, lelaki usia 80 ribu tahun, dah bongkok tiga, namun masih kuat, manakala jin kedua pula masih budak, 40 tahun, sunti, namun amat pemalas. . Memang makluk2 ini adalah berakal, ada perasaan, emosi dsb. Sy tidak mengambil kesempatan ke atas pesakit, kerana kedua2 pesakit dah sedar, namun bagaimana hal ini boleh berlaku?. Sy ada bertanya TGUH ttg hal mengahwinkan jin dan seingat sy,  sy belum mengahwinkan mana-mana jin, Namun menjodohkan mereka ni adalah, jin sesama Islam. Bila mereka suka dan masng2 bersedia, diminta pergilah jumpa para pemimpin mereka, guru2 mereka, para alim di kalangan mereka,  untuk dikahwinkan berlandaskan syariat dan uruf bangsa mereka. Sy kenal pasangan jin yg dah berkahwin itu dan ada ketikanya maklumat mereka diberitahu oleh jin lain. Mereka menjadi jin Islam yg baik sekarang. Nantilah catatan ini pada masa sesuai nanti. Ini kisah benar yg jarang terungkap. Moga diberi laluan.

1 comment:

  1. seperti yang dilakukan oleh Abdul Wahid Salam Bani

    ReplyDelete