Blogger Templates

Wednesday, 27 June 2012

Pesakit Dituduh Membela Jin

28(06.12 (Khamis)
Pagi tadi sy dihubungi oleh pesakit semalam pasal anaknya masih tak nak pergi sekolah. Nak pergi tapi tak dapat sebab tak dapat buang air dan mandi. Selepas bangun ditidur anaknya diberi minum air zam-zam dan sapu muka, lepas tu dia takut nak masuk bilik air, sampai tak masuk bilik air di rumah dia, so tak pergi lagilah ke sekolah hari ini. Sy minta agar mak dia pujuk pergi sekolah agama petang nanti. Ini biasalah, sebagai tindakbalas rawatan dan kesan minum air zam-zam yg diruqyah, lagipun ada sedikit salahfaham atau kurang jelas sebab yg sy maksudkan semalam, eloklah dia minum dan sapu muka tu selepas siap mandi dan sebelum pergi sekolah, bukannya terus selepas terjaga dari tidur, kalau kes2 lain bolehlah, namun sy minta bapanya bersabarlah dan jangan mudah panik.

Dalam perjalanan ke tempat kerja, seorang pemanggil memberitahu nak jumpa sy sebab anaknya sekarang dah tak sedarkan diri, sy kata sy ada temujanji dgn seseorang pagi ni, insyaAllah petang nanti.  Memandangkan ada 8 keluarga confirm nak dtg mlm, sy terpaksa beri peluang pesakit dtg awal sikit, iaitu sebelum maghrib, Kalau macam semalam satu pesakit diiringi 13 org, tak tahulah berapa ramai yg dtg nanti. Biasanya purata satu keluarga dtg 4-5 org, Ok, bermula dgn pesakit prpm yg hamil anak ke 2, dah 36 minggu, doktor kata kepala baby ada air, jantung kecil atau sempit ruang sebelah kiri, masalah usus, buah pinggang, tangan ada kecacatan. Bagaimanapun gerakan dan denyutan jantung aktif dan ok, pernah diperiksa 3 kali, lps ni pada 5.7.12 nanti. Berikut anakna lelaki 4 th, hyperaktive, ada ruam satu badan sejak usia setahun lagi, lehernya panas dan berpeluh dan doktor dah mengesahkan dia alami ekzema.

Kemudian pesakit prpm yg dulunya disahkan ada fibroid, ini pesakit ulangan, nak sambung air, dia rajin dan konsisten sebab itulah sakitnya dah ok, fibroid dah mengecut dan dia sihat termasuk tiada lagi masalah period dan senggugut, dulupun dia ada bleeding yg terus menerus sampai keluar macam air paip. Pada 3 .7.12 nanti nak check doktor lagi spt dijadualkan.

Kawan pesakit di atas, seorg ibu tunggal bawa anaknya, lelaki 7 th, dia ceria tapi tak fokus, sekolah main2, tak serius belajar, tak reti duduk diam, tak dengar cakap, pelupa, namun rajin pergi sekolah. Mak dia juga cakap bekas suaminya tak bertanya khabar atau tidak mempedulikan anak-anaknya, nafkah ke sakit demam ke, bahkan tak jengukpun anak-anaknya seramai 4 org sejak raya haji tahun lepas, setelah beristeri lain. Dia mohon doakan agar bekas suaminya ingatkan anak-anaknya lagi pun dia tinggal tidak jauh dari tempat tinggal mereka skrg.

Kes berikut agak serius, yg dtg beberapa hari lps, dia dtg bersama suami, mak mertua, anak saudara, anak2 dan anak buah. Sy mulakan rawatan dgn saudaranya, prpm, 25 th, dia ada gangguan, demam dan siang tadi tak sedar, sy ruqyah tak sampai 2 minit dia mula menderam, akhirnya berdialog dgn makhluk yg ganggunya, mengaku dia masuk dlm badan prpm ni masa di toilet, waktu pagi kat rumah (dia tinggal dgn neneknya), akhirnya makhluk tu yg mengaku iblis keluar. Pesakit awal, yg bawa keluarganya ini dtg, bila dirawat rupanya ada jin lain yg masuk, yg hari tu dah Islam, yg ini lelaki, ganas dan nak cekik dan tumbuk saya dah bersedia utk menepis, dia hanya acu, sy kata kalau kamu berani tumbuk, tumbuklah, jin ni tak jadi tumbuk, dia didakwah dan akhirnya masuk Islam dgn nama Ali, dah ok sikit datang lagi pontianak dari Siantan, didakwah, juga masuk Islam dgn nama Siti Aishah. Masa sy rawat keluarga ini, ada seorg pesakit sy yg sedang menunggu giliran sempat menyampuk, bukan dia yg bercakap tapi makhluk dlm badannya, Jin Islam yg dah lama, hampir 20 th kat dia. Dia kata prpm yg sy rawat ni ada membela sesuatu, iaitu jin, 2 ekor semuanya dan ramai pontianak ada kat luar yg mengekorinya dari tadi, di kedainya juga ada benda , diletak kedua2 penjuru kedai. Sy biarkan saja  dulu jinnya menyampuk krn sdg merawat org lain. Mungkin betul apa yg dikatakan, kerana prpm ini pernah memberitahu dia pernah belajar dan org yg mengajarnya beri sesuatu kpdnya, pindahkan sesuatu kpdnya, sejak itulah dia sakit teruk dan jenuh berubat. Sy kata kena istiqamah sebab pesakit ini dah berniat nak tinggalkan benda2 tak elok dan tak beramal lagi dgn apa yg pernah diajarkan, mudah2kan perjanjian itu dpt diputuskan dan makhluk itu dilepaskan, bebaskan dia ke mana sahaja, asalkan jangan ganggu org ini.

No comments:

Post a Comment