Blogger Templates

Saturday, 7 July 2012

Jin Asyik Menidurkan Orang

06.07.12 (Jumaat )

Mlm, ada tujuh pesakit sempat dirawat dan yg nak dicatat di sini cuma berkaitan satu keluarga. Sebaik saja tiba giliran keluarga ini, semua rasa mengantuk, kedua2 suami dan isteri serta kedua2 anak mereka semuanya jadi mengantuk. Bukan iu saja saya pun jadi mengantuk yang amat sangat sehingga menguap sedangkan jam baru pukul 9.30 mlm. Mula saja ruqyah anak lelaki mereka, sy mula mengantuk, seterusnya anak prpm dan suami. Isterinya adalah pesakit gangguan yang teruk. Setelah ruqyah dia terus tidur dan sukar dikejutkan, ngantuk sy dah ok, kemudian jin dlm badannya membebel, sy teruskan ruqyah sehingga selesai dan semua ok.  Dia pesakit ulangan dan sy pun hairan kenapaa sakitnya walaupun dah jauh berkurangan namun belum sembuh2. Rupanya apa yg saya sarankan dibuat setelah balik rumah, satupun tidak dibuat, dia kata jadi lupa, sedangkan tiap2 kali datang sy pesan perkara yg sama, suami dia juga begitu, lupa apa yg patut dibuat, namun kita jgn putus asa, berikanlah lagi nasihat dan saranan2 tsbt sebab mereka pesakit gangguan, maka tidak hairanlah kalau makhluk2 tsbt mengganggu fikiran mereka dan melalaikan atau melupakan mereka selain asyik menidurkan orang saja kerjanya. Kenalah banyak bersabar.

No comments:

Post a Comment