Salam semua,
Beberapa hari lepas ahli2 grup DS beremel ttg rawatan santau yg dikatakan perlu dilakukan R & D utk mengenali apakah benda2 yg keluar dan kenapa sesetengah pesakit sukar mendpat kesembuhan, juga tentang ibu santau dll. Sy bersetuju bahawa kita kena berusaha meningkatkan ilmu di samping pengalaman dari masa ke semasa. Santau melibatkan bahan ramuan, tukang sihir dan perantaraan jin atau makhluk halus. Research pula merupakan kajian tentang pelbagai perkara untuk mendapatkan natijah berdasarkan sesuatu objektif dan ia mempunyai justifikasi serta pelbagai metodologi. Persoalan timbul adakah santau ini boleh dibuktikan secara saintifik dan justeru itu terdapatkah instrumen tertentu bagi membantu kajian mengenai benda2 ghaib dan misteri ini. Pada tahap ini sy lebih suka dibuat kajian rintis dahulu yg melibatkan perawat, pesakit dan ahli keluarga, ertinya mereka boleh dijadikan responden. Selain wawancara dan observasi, borang soal sedlidik juga boleh diedarkan.
Memang terdapat pelbagai jenis bahan yg boleh dilihat, selain yg terlindung setelah melalui proses tepukan (guna daun nangka). Apa yg dipraktikkan di DS, selain dilakukan spt diajar oleh ustaz Mokhtar (tepuk dari pangkal leher hingga ke pinggang) ada juga perawat yg hanya tepuk bhg2 badan tertentu spt, lengan sahaja, lutut ke bawah shj, peha ke bawah atau kaki sahaja tanpa duduk membongkok, namun masih menggunakan daun nangka..Sy pula pernah memberi pesakit santau menelan makjun buatan sendiri yg telah diruqyah khusus dan tak sampai 10 minit, serpihan kaca keluar menerusi lengan pesakit dan boleh disepit keluar. Berdasarkan bahan2 yg keluar ada pelbagai kemungkinan berlaku:
1. Benar2 bahan santau yg keluar dari badan pesakit.
2. Bahan racun yg keluar tapi bukan bahan santau.
3. Bahan yg bukan dari badan pesakit, tapi yg dihadirkan oleh makhluk2 ghaib sewaktu proses rawatan.
4. Bahan2 ada yg keluar selepas rawatan spt bila pesakit mandi atau buang air ketika di rumah.
5. Bahan serangga hidup spt yg merayap dan terbang, juga bahan spt paku, jarum dsb.
Kita semua tahu bahawa santau melibatkan permainan halus samada melibatkan makhluk ghaib mahupun tidak. Kita tidak boleh mengukur sembuh atau tidak berdasarkan simptom fizikal fizikal semata2. Sy dapati pesakit2 yg ditepuk sebahagiannya turut mengalami masalah gangguan, boleh dikatakan majoriti. Perlu disedari permainan makhluk halus tetap berlaku bahkan semakin agresif apabila pesakit sedang menerima rawatan. Apa yg keluar dan dilihat atas tracing paper, kemudian bila perawat lain tepuk tak keluar apa-apa, kita tidak boleh membuat kesimpulan tertentu secara pasti kerana benda2 tu juga adakalanya keluar secara tersembunyi. Sbg contoh, bomoh rawat, ok ditunjukkan benda2 fizikal keluar, tapi perawat Islam tepuk tak semua keluar. ini juga sebahagian permainan syaitan, jin dan iblis. Perawat hanya menyumbang sekitar 30 % dan selebihnya usaha dan keyakinan pesakit sendiri. Sepertimana juga ada pesakit hanya nak dirawat oleh perawat2 tertentu, kononnya perawat itu teror, ruqyah sekejap saja, jin keluar, pesakit merasuk, maka dikatakan perawat itu hebat, sedangkan perawat lain tak seteror itu, bahkan yg senior berbuih2 baca ruqyah, tak ada apa-apa pun simptom. Maka pesakit membuat justifikasi sendiri ttg kehebatan perawat tersebut dan inilah yg silap. Bagaimanapun penyakit dia tak juga sembuh2 biarpun setiap kali dirawat dia merasuk, menderem dan menggelupur. Selalu juga pesakit menceritakan kehebatan perawat2 tertentu dan keberatan utk dirawat oleh perawat2 lain, maka sy kata kalau macam tu, tunggulah sampai dia datang, kalau tak datang, balik dulu dan datanglah bila2 dia ada. Inilah punca2 mengapa tak sembuh.
Pergantungan kita sebenarnya kepada Allah kerana Dia penyembuh sebenar, bukan manusia, dan jangan terperangkap dgn pandangan mata kasar, secara fizikal semata2. Allah akan menyembuhkan sesiapa yg dikehendaki tidak kira siapa yg merawat namun kita kena ingat, syaitan dan iblis sering memerhati perawat dan akan mengenakan perangkap, bukan saja pesakit tewas, bahkan perawat2 sekali.
No comments:
Post a Comment