Blogger Templates

Monday, 9 July 2012

Dia kata Dia Nabi No. 1, Muhammad no. 2

08.07.12 (Ahad)
Hari ni ada beberapa kes, pagi dan malam. Sy juga terima call dari seprg prpm, mengadu suaminya seorg yg rajin solat, beramal, melayan anak2 dan isteri dgn baik termasuk nafkah makan minum pakai dsb, sehinggalah ke hari ini tak pernah berkurang, bahkan rezeki bertambah2. . Namun demikian hal2 berkaitan pemikirannya amat merisaukan,  dia nak tahu adakah dia dianggap telah tercerai atau terputus hubungan dgn suaminya, adakah dia kena keluar rumah dan tak boleh tinggal bersama lagi. Pemikiran suaminya yg amat pelik dan anih spt mengatakan semua org di Malaysia telah murtad, menghentam semua org, dikatakan tak betul, sebab tak boleh atau mampu mengubah situasi Malaysia pada hari ini, semuanya bersekongkol dgn bekas PM. Dia mengaku dialah penjaga kaabah sebenar, imam Mahdi akan berkunjung ke rumahnya bulan zulhijjah nanti, kaabah sebenar terletak di Kg. SK (singkatan) Pahang dan kaabah sekarang di Mekah adalah kaabah sementara, malam2 bercakap sorang2 seolah berkomunikasi menerusi astro dgn semua inteligent seluruh dunia (dlm B.Inggeris) . Yg paling mengejutkan isterinya dan jiran2nya ialah dia mendakwa dialah Nabi No. 1 sedangkan Nabi Muhammad ialah Nabi No. 2....dia ni tidak pernah belajar agama, hanya belajar sendiri2 dan tidak merujuk sesiapa, juga ada ikut grup tabligh, tapi bukanlah kerana ikut tabligh dia jadi macam ni, dia pun tak nak belajar dgn org2 yg reti agama sebab dia tak percaya semua tokoh2 agama di negara ini, sekarang rumah dia penuh dgn barang2 makanan, barang mentah, beras sekali beli 10 kampit, dia kata akan berlaku huruhara tak lama lagi, lalu buat persiapan. Masalahnya, isteri dia ni nak tahu status perkahwinannya, yg melibatkan isu aqidah, patutkah dia keluar dari rumah dan tidak tinggal bersama dgn suami, sy memberi beb. cadangan utk dilakukan, antaranya rujuklah pejabat agama, buat laporan polis dsb ....bersambung...agak panjang sebab panggilannya berdurasi 26:31 minit.
Mlm, ada pesakit kes ulangan, gangguan, jin2 dulu dah tak ganggu lagi kata suaminya, setelah diruqyah dtg jin lain ygh sdg ganggu dia skrg, dia mengaku jin2 yg dulu dah pergi masjid belajar agama, dia ni jin tak bertuan, asal dari sebuah hutan, ringkas cerita dia juga ingin memeluk Islam setelah diberitahu ttg kelebihan dan kebaikan Islam, dia pilih nama Z....dan akhirnya dia pergi ke sebuah masjid berdekatan utk palajari agama dgn guru2 dari kalangan bangsa dia. Juga anak pesakit ini, prpm, yg panas baran, pergi sekolah tapi kerap melencong ke lain, tak sampai sekolah, dia kata ramai tak nak berkawan dgnnya di sekolah, dia baru berusia 15 th, tapi nampak mcm awal 20 an kerana berdandan rapi, juga anak saudaranya yg dulu ada gangguan, kini dah ok, dtg ni nak sambung air, juga adik bungsunya, 30 th, masalah jodoh, sesak nafas, tidur mengigau, gigit2 gigi dan kurang selera makan.
Pesakit akhir, prpm 40th, gatal, tumbuh biji merah, seluruh badan, hospital kata alergik, beri ubat ssapu, makan, krim dan sabun, namun tak elok2, tetap bisa menyucuk2, kulit jadi kasar, semua gatal kecuali muka saja tak gatal. Suami pesakit ini, 51 th, penakut, sejak akhir2 ni jadi lebih penakut, tak boleh tinggal di rumah atau di mana2 sorang2, rasa macam ada sesuatu, terancam, ini berlaku sejak kahwin, duduk rumah atau di mana2pun tetap rasa takut, meskipun dia berbadan besar dan nampak garang.  

No comments:

Post a Comment