Blogger Templates

Sunday, 24 June 2012

Kes Homoseks di Pusat Tahfiz

23.06.12 (Sabtu)_Buku Catatan Baru
Hari ni bilangan pesakit boleh tahan, antaranya prpm, 54 th, gangguan, kusut fikiran, rasa macam bersalah, rasa cakap semua tak betul dgn orang, di rumah nampak macam kelibat dan anak 9 org, yang ke 4 pernah nampak. Anak2 dia ramai hafiz Quran dan beljar aliran agama, tapi kena gangguan jugak, hairan dia. Kalau baca Yasin, rasa nak menangis, rasa bersalah. Masalah ni dah 10 th, pernah berubat dgn bapa saudara, pernah mimpi tanah kebun, mimpi menyusu, budak, selalu pergi tempat2 yg sama, belakang kebun, nampak macam ada rumah buruk kat situ, ini selepas dia beli tanah tu, sejak itu sakit2 dan bermasalah.

Kemudian prpm, 48 th, sakit perut sebelah kiri, doktor kata ada fibroid, baru 2 cm, demam, menggigil, penat, ini dah setahun, dia tinggal di Bangsar, baru2 ini doktor kata tak ada pulak fibroid, dah ok, tapi sakit tetap ada. Seterusnya lelaki, 19 th, mak dia kata dia selalu keluar malam, berkawan dgn prpm yg tak baik, sosial, dulu ok dgn mak dia , kini sejak berkawan dgn prpm tu dah tak ok, asyik marah2, tak dengar cakap. Prpm tu tinggal di Selayang dan anak dia asyik ke situ jumpa prpm tu, anak dia dah tak kerja, senang dpt kerja tapi asyik nak berhenti. Dia berkawan serius ni baru 2-3 bulan. Mak dia datang ditemani bekas bos anak dia, India Kristian yg berusaha agar mak dia berubat untuk anaknya. Ini anih, India Kristian percaya kat DS sedangkan ramai org Islam masih percaya bomoh dan dukun. Sy ruqyah pada air untuk diberi minum pada anaknya agar meninggalkan perkara2 tak elok dan kembali taat kpd ibubapa serta berkeinginan kembali bekerja demi masa depannya.

Berikut pesakit tepuk, ulangan dari Bukit Damansara, mimpi ada benda keluar dari hidung dan bengkak bawah payu dara kiri, sebelum ni bengkak sebelah kanan, selepas tepuk minggu lepas bengkak berpindah ke kiri. Juga dileher rasa ada benda, bengkak dan benjol. Seterusnya ibubapa satu keluarga minta air penawar dan penerang hati untuk 4 orang anaknya yang masih bersekolah, mereka dari Bukit Rahman Putra Sg. Buloh. Selepas itu prpm, 65 th, dari Intan Baiduri, Kepong, sakit rasa kebas dari punggung ke kaki, sakit sangat kalau berdiri, rasa menggigil, ini dah 3 th, juga ada darah tinggi, tak boleh berdiri lama sikit, rasa sengal, menyucuk2 tumitnya. Setelah itu pesakit prpm, 70 th, dari kg Dusun, sebelah Felda Kechau, K.Lipis, dtg dari rumah anaknya di Putrajaya, sakit kepala, di leher, biji2 bisa, tyroid, sakit perut ke belakang, ke kepala, kalau dia kena sakit, semua anak-anak akan sakit sama. Ini dah 20 th sakit macam ni, kulit dia juga rasa panas macam kena salai, tidur pun lenguh2 dan sakit betis, lebam2 dsb. Suami dia pula, 80 th, anak ada 6, cucu 13, lenguh2 badan, juga ada gout. Anak dia yg tinggal di Putrajaya, prpm, 32 th, dah kahwin 3 th lepas, belum dpt zuriat, ada masalah senggugut, pernah gugur, masa hamil ada miang2 tubuh dan gatal, panas kepala. Dia kata suaminya kuat cemburu dan mahu doakan agar suaminya tidak lagi cemburu, sy kata kalau cemburu sikit2 ok lah , dia kata cemburu melampau sampai tak benarkan dia keluar rumah dan kemana-mana. Kemudian budak lelaki, 8 th, dari kajang, takut sangat dan tak dengan cakap, di sekolah selalu menengung (BM termenung), tidur meragam dan asyik menangis. Adik dia prpm, 4 th, pulak ketakutan dgn orang, ini sejak tenggelam dlm kolah di rumah, kepala ke bawah dan kaki atas, lepas tu dia jadi garang, marah dan menjerit2 tak tentu pasal. Ini berlaku sejak bulan lepas.

Kes berikut agak menarik, seorang ibu 35 th, bawa anaknya lelaki, 14 th, dari Tampin, dulu bersekolah Tahfiz, dah tiga pusat tahfiz dia belajar dlm 4 th ni, berpindah2 kerana kena buang atau gantung atau lari, akhirnya masuk sekolah biasa, juga buat hal di sekolah biasa. Kes ini agak rumit kerana melibatkan banyak pihak dan sy tidak sesekali bertujuan mendedahkan keburukan2 tertentu, apatah lagi mengaibkan institusi atau individu2 tertentu yang dihormati oleh masyarakat. Ringkas cerita pelajar ni pernah ditangkap berkhalwat dgn sesama pelajar lelaki yg sama2 belajar tahfiz, buat kerja dlm kolah, lepas tu tukar ke pusat tahfiz lain, dibuli di situ, lari, kemudian ke pusat tahfiz lain pulak, juga berlaku kes homoseks dgn pelajar lain berusia 6 th, akhirnya digantung, dibuang dan pindah ke sekolah biasa.  Di sekolah biasa, minggu pertama berlaku kes gaduh dan bertumbuk dgn budak 3 suku, katanya setelah budak tu bertalu2 mencercanya dan mengaibkan maknya ( kata2 lucah), dia tak tahan akhirnya bertumbuk. Pihak pentadbir sekolah belum tahu kes ni. Kes terakhir dia nak parangkan nenek dia dan sepupunya. Dia kini tinggal sementara di rumah nenek. Keluarga dia risau, apa nak jadi dgn dia, dia anak sulung dari 3 beradik, harapan keluarga, mahukan dia jadi hafiz, tapi ini pula yg terjadi. Sy panggil masuk budak tu dulu, kemudian mak dia, kemudian semua sekali termasuk nenek dia yg tak tahu kisah sebenar. Nenek dia beritahu atuk budak ini juga amat garang seperti ayah budak ini juga dan minta air doa agar dilembutkan hati suaminya.  Sy tidaklah nak cerita secara terperinci satu persatu di sini, cuma diringkaskan seperti berikut:
1- Pertama, dia seorg budak baik, cuma berlaku kejutan budaya di mana terdapat kes salahlaku moral yg serius termasuklah di madrasah atau pusat tahfiz, akhirnya dia terdorong sama dan nasib tak menyebelahinya kerana tertangkap.
2. Kedua kes buli, namun tanpa siasatan terperinci, mudir dilihat menyebelahi individu2 tertentu menyebabkan dia tak puas hati.
3. Ketiga, para pembantu mudir, guru2 tahfiz, antaranya 2 org yg terlibat dlm amalan tak bermoral dgn pelajar2 dan akhirnya ramai pelajar terlibat sesama sendiri melakukan amalan yg didorong oleh ustaz2 tahfiz yg menyimpan foto dan video lucah dlm handphone, kemudian ditunjukkan kpd para pelajar, terutamanya pada waktu2 mlm, dan akhirnya pelajar terpaksa merelakan apabila diperlakukan spt yg ditonton.
4. Keempat, ada pusat tahfiz yg menyembunyikan kes sebenar dan memihak kpd individu tertentu menyebabkan timbul rasa tak puashati pelajar, yg menentang akhirnya dibuang atau digantung.
5. Sebahagian besar guru2 tahfiz amat muda, usia antara 19-24 th, dan ada yg dikatakan kaki motor dan merempit pada hujung malam2 minggu.
Sy pada mulanya, tidaklah mempercayai cerita budak itu 100 %, namun berdasarkan maklumat mak dia jugak, maka sy berpendapat maklumat itu ada asasnya. Sy percaya ini adalah kes terpencil, namun ia boleh menjejaskan reputasi beratus2 lagi pusat tahfiz yg tiada masalah sebegini. Budak ini menjadi mangsa persekitaran, dia masih berhasrat menyambung pengajian tahfiz, namun apa yg berlaku membuat dia jadi trauma. Setelah selesai meruqyah dan sebelum beredar budak itu  bersalam dgn saya dan membisikkan: Ustaz, tolonglah saya, doakan saya jadi Hafiz. Terharu saya.




No comments:

Post a Comment