Blogger Templates

Sunday 1 July 2012

Harimau Putih Dari Aceh

30.06.12 (Sabtu)

Beberapa kes semalam biasa saja dan tak perlukan dicatat di sini. Mlm pula ada beberapa 13 kes yg agak teruk dan memenatkan, kes kronik dan gangguan.
Kes pertama seorg pelajar lelaki, 16 th, dulu badannya 115 kg, 2 minggu lps ditimbang menjadi 105 kg, terkini belum disukat, biarpun merosot namun masih anginnya tak menentu, muntah saja keluar najis ikut mulut, tak boleh berak, kalau makan ubat muntah, asal cirit birit, mula sakit ni pada 3.6.12 , ke hospital dah 3 kali, klinik dah 6 kali, doktor kata tak apa-apa cuma angin, diberi ubat angin, tetap sakit, namun bapa dan maknya naik angin sebab doktor tak nak tahan anaknya dlm wad, tak nak ambil darah ke , ambil air kencing ke utk ujian, lps tu ambil ubat homeopathi, ada kesan sikit, tapi lambat, pengubatan2 Islam juga pergi, tapi bukan DS, dikatakan karang hempedu, perut makin membesar biarpun berat susut. Sy mula saja nak ruqyah dia terus pening dan minta baring, namun sy teruskan juga ruqyah. Selain minum dan sapu air ruqyah, juga guna air zamzam selain air rebusan biji kurma yg dikeringkan.
Kes seterusnya pesakit yg dtg beb. mlm lps, kali ni jinnya yg satu lg dtg, dulu pasangannya dah masuk Islam, kini dia bersedia masuk Islam dgn nama Salbiah, nama ini dia pilih sendiri. Lps dia keluar, dtg lagi pontianak, spt sebelumnya diruqyah dia terus keluar.

Sy teruskan kes yg paling berat, pesakit terakhir iaitu prpm, 39 th, asal P.Pinang, dtg sekelurga dgn suami, 30 th yg berkahwin pd 2007 dan 3 anak. Yg teruknya prpm itu yg mengaku masalah dia ni dah lama, sebelum kahwin lagi, ada tiga anak masing2 berusia 4, 10 dan 14 th (sy syak 2 anak dari suami terdahulu). Mula saja ruqyah dia mula menggerakkan jari2 tangan dan kaki, mula mencengkam, kedua2 anak matanya melilau sambil mengecil dan merenung tajam ke arah saya. Dia mula mengangkat kedua2 tangan nak terkam dan cekik sy, sy teruskan dgn ruqyah pelemah lalu menghentikan ruqyah. Sy menjangka ini kes berat dan perlu bantuan utk pegang dan rebahkannya. Firasat sy mengatakan ini saka darat iaitu rimau, bukan saka buaya atau monyet, sebab ruqyah utk menentangk saka ni biasanya ada dua iaitu saka darat dan saka laut atau air. Bila dibaca dgn ruqyah menentang saka darat, dia mula menunjukkan agresif dan melawan. Sy hentikan ruqyah dulu dan dia jadi normal. Masa normal dia beritahu dia anak tunggal dan ada saka rimau, iaitu rimau putih, sy cuma angguk sebab sy dah duga dari tadi. Sy hubungi pembantu yg selalu bantu kalau ada kes2 begini. Tak sampai 10 minit sampailah 4 org (mrk ni dah tamat belajar pengubatan Islam) dan sy sambung kembali ruqyah, kali ini ruqyah penentang saka darat, 10 saat kemudian dia mula membuka langkah, seakan2 bersilat, mula mengganas dan nak terkam serta cekik saya, hanya sy di depan dia, lalu sy pegang dan bagi isyarat agar pembantu2 sy pegang dari belakang. Dia menendang dan sy mengelak dan menepis, cuma terkena sikit, akhirnya dia direbahkan, suaminya turut bantu pegang. Ertinya diperlukan 5 org utk menumbangkan dia ketika mengganas. Ruqyah diteruskan, sy sempat berdialog dan menasihati jin dlm badannya agar menghentikan kezaliman ini, putuskan perjanjian dan minta dilepaskan. Dia mengaku saka harimau putih dari Acheh  yg ditugaskan menjaga org ini. Sy minta rimau putih ini hentikan kezaliman ini dan akhirnya dia akur, sy terus baca ruqyah penidur agar dia berehat dan relaks sekejap. Dia terus tidur, persis tidur harimau dan 5 minit kemudian dibaca lagi doa lain agar dia sedar kembali. Kami berlima terus menyambung ruqyah2 lain sehingga dia benar2 pulih , lps itu pesakit nampak lemah longlai sampai lengan pun dia tak boleh diangkat. Sy beri minum air daun bidara, barulah dia ok dan normal. Dlm hal ini TGUH selalu berpesan agar perawat kena berhati2 dlm mengambil risiko, ada masanya kita kena hentikan rawatan dan kalau line dah clear,  ok, boleh teruskan kembali dan dlm situasi tertentu jangan merawat bersendirian, spt kes tadi, kerana kekuatan makhluk ini boleh menyamai 25 tenaga lelaki. Mengenai doa penidur ni, kerap rakan perawat bertanya, sy kata bacalah ruqyah biasa cuma kesannya bergantung pada niat, bukan saya tak nak beritahu, cuma takut disalahguna, bila dah bersedia tiada yg perlu disembunyikan. Semasa meruqyah sentiasalah mohon petunjuk dari Allah swt.

No comments:

Post a Comment