Blogger Templates

Wednesday 18 July 2012

Makhluk ghaib ajak main bola

15.07.12 (Ahad)
Sy dihantar ke rumah tu utk berehat sementara tunggu flight 9.45 mlm. Masa tukar pakaian nak ke bilik air, tiba-tiba muncul satu bola getah, saiz kecil sikit dari bola FIFA, bola tu bergerak-gerak seolah2 ditolak atau dikuis2 dgn kaki. Mungkin dia boring, nak ajak saya main bola, tapi nak main dgn siapa, hanya sy sorang ada ketika itu, sy tak peduli bola tu, nak bergerak ke , nak menendang ke, sy tak layan, lalu melewati bola yg sedang bergerak2 menuju ke bilik air, mandi dan ambil wuduk utk solat asar. Selepas solat bola tu berhenti, sy tetap tak layan, lalu berkemas dan bersiap utk ke airport. Kalau semalam sy bermalam di sini mungkin sempat berkenalan, tapi sy dihantar ke hotel.

No comments:

Post a Comment