Blogger Templates

Monday, 25 June 2012

Cacatan Perawat

26.06.12 (Selasa)
Sudah menjadi kebiasaan saya mencatat maklumat ringkas setiap pesakit untuk rujukan kemudian hari, apa-apa yg dpt, secara shorthand. Dah hampir 5 th sy buat catatan berkaitan rawatan, ribuan pesakit jugalah, dan blog ini cuma bermula penghujung tahun lepas, 2011. Catatan ini sy buat setelah selesai semua sesi rawatan pada satu2 masa atau dicatat besoknya. Utk posting kadang2 memakan masa beberapa hati bergantung kpd kelapangan. Justeru itu ingatan kena okeylah, supaya tiada kesilapan. Apa yg diposting bukannya dari semua yg ada dlm catatan sy. Maklumat lengkap hanya ada dlm catatan asal, yg di sini cuma sebahagian, itupun tidak detail dan tiada nama dan identiti lengkap pesakit. Hal kerahsiaan menjadi keutamaan. Tujuan sy posting ialah utk berkongsi pengalaman dan moga ianya menjadi iktibar kpd semua pengunjung blog ini. Bukanlah bertujuan untuk bermegah atau menunjukkan kebolehan kerana ramai lagi perawat yg berdepan dgn pelbagai masalah dan penyakit yg lebih pelik, kronik dan menggerunkan. Selain itu sy menyimpan beberapa tulisan, mentera, puisi, skrip kuno atau lama yg ditulis atau dilakar oleh pesakit dalam keadaan tak sedar atau ketika dirawat. Setelah sedar mereka tak tahu itu tulisan mereka dan tak tahu apa-apa yg ditulisnya, ada yg tak difahami pun, bahasanya amat klasik.  Ada ketikanya tulisan atau lakaran tsbt menjadi petunjuk tertentu semasa sesi rawatan. Minggu ini dan lepas juga ada kes2 spt saiz jin sebesar telor. Juga kes jin yg dalam pantang selepas bersalin. Juga jin yg membotakkan kepada org, menghilangkan memori seseorang, mengeluarkan api dan turut bermain komputer.

Sy namakan blog ini sebagai catatan perawat, kerana perawat berbeza dgn bomoh. Malangnya ramai rakan2 kita terutama yg berpendidikan agama, para ustaz, golongan yang berlatar belakangkan Islam menggelar kami perawat Islam sebagai bomoh, dia dah jadi bomoh, pergi berbomoh, asyik berbomoh  dsb. Panggilan mereka seolah-olah memperlekehkan usaha kami, disamakan kami dengan bomoh pulak, panggilan yg penuh sindiran, sinis dan amat menghinakan. Ada juga yg menggelar kami tok bomoh Islam, kenapalah busuk sangat hati mereka. Tak apalah, moga mereka faham suatu hari nanti.  Sebaliknya, masyarakat awam pula menggelar kami dgn panggilan perawat, mu`allij. Memanglah secara umum bomoh sama dengan tabib dan tabib itu doktor dalam bahasa Arab. Dalam kamus, bomoh, khasnya di nusantara diertikan sebagai dukun, pawang atau pengamal kuasa2 mistik yg berhubungan dengan kuasa2 tertentu, semangat, para arwah, makhluk halus dan banyak terlibat dgn hal2 syirik dan merosakan aqidah.

No comments:

Post a Comment