14.07.12 dan 15.07.12 (Sabtu dan Ahad)
Flight dijadual berlepas jam 7.10 pagi ke Alor Star, 5.30 baru bertolak dari rumah, sampai LCCT jam 6.15, yg sepatutnya paling leweat pukul 6.00 kena sampai. Agak cemas jugalah kerana nak check in masa dah kurang 1 jam, so mesin kiosk tak terima, cuma boarding pass utk return keluar, so kena beratur pulak di kaunter, panjang juga, kena demda pasal lewat, lps tu tiba di dewan menunggu terpapar di skrin...Gate Closed. Sy minta petugas buka pintu, dia tolong, lalu sy bergegas ke bay F95, sampai check point terakhir, petugas dah nak beredar, masa tinggal 8 minit utk berlepas, nasib baik tangga belum ditarik keluar, sebaik saja masuk perut pesawat, tangga ditunda. Oh,,,cemas jugalah, Syukur Allah makbulkan doa agar sempat.
Kuliah DS di dewan bertempat di perkarangan kediaman resmi MB Kedah, selesai kuliah bila masuk waktu zohor. Setelah selesai solat, sy dibawa oleh sahabat, pengerusi DS Perlis dan 2 ajknya utk ke Perlis pulak. Dlm perjalanan singgah di sebuah gerai kat Gunong Teriang yg menghidangkan pelbagai jenis gulai kawah termasuk rusa, landak dll. Kami makan tengahari di situ. Dapatlah merasa gulai kawah rusa, ikan keli goreng persis di Anjung Keli Perlis dll, cuma Pengerusi DS Perlis agak terkilan kerana kempunan nak makan landak, landak dah habis, pekerja situ kata kalau sebelum pukul 12 t/hari masih sempat, lepas tu nasiblah, sebab landak susah nak dapat, itupun bekalan tak banyak. Tak apalah, lain kali kalau ada rezki. Sy pernah makan rendang landak awal th 1980 sewaktu menetap di Ulu Langat, waktu tu ada jiran yg selalu memburu landak, lps tu ingat2 sy pernah makan lagi tapi lupa bila. Sy bisik kat ssahabat tu, kalau TGUH turun ke Perlis atau Kedah, bolehlah sound makan kat sini, pekena rendang landak ke , rusa ke. Sy tanya tenggeling tak ada ke?. Pernah diberitahu tenggiling halal dimakan seperti juga dob (spesis biawak padang pasir), cuma ia spesis eksotik yg terkawal. Malam pula kami ke Kuala Perlis, pekena ketam, kerapu 5 rasa dll, balik hotel, cuba tidur tapi terjaga beberapa kali, macam ada sesuatu, tapi apa yg ada tak payahlah cerita pada sesiapa. Akhirnya terjaga jam 5.30 pagi. Besoknya Kuliah di DS Perlis, lepas tu lunch di Anjung Keli, pelanggan lebih ramai berbanding biasa, mungkin sebab hujung minggu terakhir sebelum puasa. Keluar hotel tadi dah check out, so lps kuliah sy ke rumah TGUH di Bohor Latif, berehatlah di situ dulu, sampai jam 6.30 bertolak ke airport utk pulang ke KL. Terima kasih atas layanan sahabat2 DS di Kedah dan Perlis semuanya. Sampai rumah jam 12.00 anak2 ramai dah tidur, esok kena pergi kerja, jam 2.30 pagi baru tidur. Ada beberapa pesakit yg terpaksa ditunda temujanji dlm 2 hari ni, akan dtg mlm esok atau lusa.
No comments:
Post a Comment