Blogger Templates

Monday 25 June 2012

Burung Cenderawasih

Burung cenderawasih ini dikatakan burung kayangan dan tiada sesiapa pun yang pernah menemuinya dalam keadaan hidup. Bila jumpa,  dia memang dah mati, namun seluruh badannya termasuk bulu tidak rosak, tidak berbau, berulat, seolah2 diawet, namun tidaklah diperbuat sedemikian halnya. Terdapat dakwaan bahawa terdapat banyak spesis burung ini di beberapa negara di dunia termasuk di China dan Afrika, namun tidaklah dapat dipastikan itu spesis cenderawasih kah atau spesis lain. Yg ditemui biasanya di Irian jaya. Apa yang istimewa ialah burung ini amat cantik dan menakjubkan, sehingga dikatakan segala spesis burung dan unggas di alam ini mencemburuinya. Namun sedarkah anda bahawa burung ini sering menjadi buruan para bomoh, dukun dan pawang. Pernah diberitahu harga satu bulunya mencecah RM 5 ribu, maka bayangkan kalau harga seekor atau sepasang. Dikatakan harga seekor pernah ditawarkan mencecah RM 2 juta. Bagaimanapun jangan mudah percaya kalau ada yg mahu menjualnya, jangan2 bulu ayam katik atau ayam kapan. Beginilah, berhati2 kalau ada mendakwa burung ini mempunyai kesaktian keistimewaan yang luar biasa, ini kemungkinan saja, kerana siasatan mendapati burung ini amat digemari oleh makhluk2 ghaib, menumpanginya sebagai alat untuk menyesatkan manusia, apabila manusia mula memuja dan membelainya. Nak tengok?....nantilah.

No comments:

Post a Comment