Blogger Templates

Tuesday 3 July 2012

Tersalah Masuk Rumah Bomoh

03.07.12 (Selasa)
Malam sy ada mesyuarat persatuan penduduk, selaku pengerusi wajiblah hadir, jadi sy tak merawat sblh mlm. Jam 10 pagi sy ada pemanggil iaitu bekas pesakit sy kata mak kawannya nak dtg berubat, kena buatan org katanya. Sy kata siang tak bolehlah sebab sy kerja, petang sebelum maghrib, insyaAllah. Mak dia datang dari Taiping tapi dia akan bertolak satu keluarga selepas asar dari rumah anaknya di Sg Buloh dan dijangka sampai kira2 jam 6 ptg, sy kata okeylah sebab sy dah ada kat rumah waktu tu. Jam 7 ptg dia belum sampai, jadi sy putuskan tak elok kalau merawat waktu ni, dah dekat maghrib, mungkin dia org tak jadi dtg kot. Tiba-tiba dia call dah sampai depan rumah, sy kata okeylah sila masuk. Setelah 10 minit tunggu, tak nampak kelibat sesiapa depan rumah dan diapun tak masuk, maka sy fikir dia tersilap rumah ni.  Oleh kerana takut tak sempat merawat sebab dah jam 7 lbh , maka sy call dia tanya kenapa dah sampai belum masuk lagi?. Dia jawab, dah masuk dah ni, sy berada dlm rumah ustaz ni. Eikk?, namun sy tak hairanpun, cuma terfikir, dia dah masuk laluan yg salah, amat salah sebab sekejap lagi dia akan terperangkap dlm amalan yg mengandungi unsur2 syirik, kesian mak dia, dia dah termasuk ke rumah seorang bomoh yg disyakki mengamalkan ilmu hitam. Sy tak nak cerita dia pakai hantu raya ke, polong ke, penanggal ke, itu dia punya pasal. Yg pasti ramai juga pesakit yg dtg jumpa sy adalah bekas pesakit2 dia. Kalau dah masuk rumah org takkan nak keluar begitu saja, so, terimalah. Ini silap dia juga tak tanya no. rumah sy, kwn dia hanya beri no. tel, mungkin kawan dia beritahu secara rambang saja. Ada juga pesakit2 yg dlm perjalanan nak ke rumah bomoh, tiba2 melencong ke rumah sy, sy tanya betulkah dtg ni?, dia kata memang, dia tak jadi nak ke rumah bomoh tu, rasa tak sedap badan pulak. Kalau nak merawat ke, berbomoh ke, silakan, namun sebagai org Islam elok jgn mendatangi org yg guna kaedah pelik, pakai pendamping, dsb, kita kena beritahu etika sebenar rawatan sebab ini tanggungjawab, yg tahu kena beritahu, tak boleh lepas tangan, namun hendaklah secara berhemah, agar tiada sesiapa yg tersinggung.  Dah datang dari jauh sebab nak jumpa sy, kemudian mlm ni juga kena balik Perak, ini pula yg terjadi. Kesian sungguh. Jam 9.15 sy cuba call balik, nak tahu apa dah jadi, mungkin dia dlm perjalanan balik, namun penggilan sy tak berjawab, lalu sy delete no. dia dlm phonebook sy, habis cerita.

No comments:

Post a Comment