Blogger Templates

Wednesday, 11 July 2012

Jin Wusyu nak duduk dgn saya

11.07.12 (Rabu)

Pagi di pejabat sy didatangi seorg dari Niger, Afrika, lelaki, 35 th, ingatkan dia nak tanya sesuatu ttg penyelidikan, rupanya dia ada masalah peribadi. Dia pernah ikuti wacana ilmu berkaitan sihir yg sy sampaikan hari Jumaat lepas dan justeru itu terdorong menemui sy. Dia dah beristeri, usia isteri 22 th dan berkahwin sudah lebih 5 th (2007). Masalah lain tiada, badan sihat, tenaga ok, zahir dan batin, cuma satu iaitu sejak kahwin sampai sekarang mereka tidak dapat bersama, kadang2 di pihak dia, ada juga di pihak isteri, ringkas cerita sekalipun mereka tak pernah atau tak dapat, walaupun sering dicuba. Sy cuba menerangkan tentang kemungkinan berlaku rabt al-zawj @ al-Zawaj,  iaitu simpulan perkahwinan, maka sy beri beberapa ayat Quran dlm beberapa surah, juga doa dari hadith2 Nabi saw utk diamalkan secara istiqamah. Sy beri tempuh 2 minggu, kalau tiada perubahan, bolehlah dtg jumpa sy, bawa isteri sekali.

Kes mlm pula, seorg ibu bawa anaknya, prpm, 2 bu 10 hari, anak ke3, dia kuat menangis, tak kira siang atau malam, dia dtg ni dibawa oleh kawannya, secara mengejut, tiada appointment, tapi tak apalah, kuat menangis ni susah berhenti, kira2 1- 2 jam baru berhenti, kemudian menangis lagi. Hospital kata kembung perut, diberinya ubat sapu. Kalaulah dia beritahu awal sebelum dtg, sy cadangkan dia bawa bersama daun pokok kacang botol sebagai bahan tambahan, utk diramas dan dimandikan, kemungkinan ada sawan, namun tak apalah, sy suruh dia cari selepas ni. Sy ruqyah pada air dan minta ibunya beri minum, sapu dan mandikan.

Berikut bapa pesakit dari Bangsar yg tiba2 call, dah lama tak berhubung, dia kata anaknya, prpm, yg dulu ada masalah gangguan, kini berulang. Dia mengaku air dah habis, dah putus sejak 5 bulan lepas, rasa dah ok, maka tak buat apa-apa, lalai zikir, baca Quran dsb. Dlm tempuh 5 bulan sehingga beberapa hari lepas anak dia dah nampak pulih, tiada gangguan lagi, namun kenapa ianya berulang.  Pendek cerita jam 10 pm mereka sekeluarga 5 org dtg. sy sdg merawat pesakit lain ketika itu. Setelah diruqyah, pesakit ini mula menderam, kemudian buka gerakan kedua2 belah tangan seolah2 langkah sembah, lalu bangun, berpusing, seterusnya buka langkah spt wusyu, berpusing kedua2 kaki latuh menjatuhkan badan. Sy hentikan dulu ruqyah sebab ini berisiko tinggi, kekuatannya luarbiasa. Sy call pembantu, dtg 4 org, maka sy teruskan ruqyah, pesakit bangun buka langkah sekali lagi, kali ini kami bersiap, menangkap dan rebahkannya ke lantai. Beberapa rangkaian ruqyah dibacakan bersama2 dan turut diikuti oleh ahli2 keluarganya iaitu ibunya dan kedua2 adik prpmnya, namun demikian bapanya yg bersungguh2 bawanya dtg, sekadar duduk selamba, hanya tengok. Bila masuk bab zikir barulah bapanya join kami baca. Dia menderem dan meracau berulang2 kali dan ruqyah serta zikir juga berulang2 kali.

Sy biarkan 4 org pembantu tadi meneruskan ruqyah sementara sy handle kes lain, ada satu keluarga, 5 org, bapa mereka, yg dulunya badannya amat lemah, dah berhenti kerja, bisa seluruh badan, kedua2 betis bengkak dan tiada selera makan. Dia kata kini dah banyak ok, tidur dan makan ok, ada selera, cuma bengkak kaki masih ada terutama waktu2 malam. Mrk dtg kerana dua perkara, iaitu nak sambung air dan kedua bawa barang2 tangkal dan azimat yg banyak disimpan dirumah. Antaranya sebotol air yg kononnya dimasukkan tulisan ayat Quran, dan air itu diminumnya sampai tinggal sisa. Sy tengok sungguh kotor air itu, bercampur kertas, dakwat dan berkelodak, patutnya dia mendpat penyakit krn minum air kotor macam ini yg telah dijampi, katanya dibuat oleh ustaz. Sy kata kalau betul dia ustaz, taklah beri minum air kotor macam ni, ayat Quran pula bukanlah utk ditulis kemudian direndam dlm botol, smpai hancur dan diminum, tiadalah dikenali asas kaedah macam ini dlm pengubatan Nabi saw. Sy juga diberitahu, seorg bomoh yg para pesakitnya menggelarkannya ustaz, namun ada org lain yg mengenalinya kata, ustaz apa, belajar agama pun tak pernah, kecuali pernah belajar dgn bomoh Indonesia. Bomoh ni tak minta pun org panggil dia ustaz, namun kalau ada org panggil dia ustaz, nak buat macamana, seronokah, lagipun gelaran itu boleh guna utk cari makan, merawat org, biarpun pakai hantu penanggal. Apatah lagi dia menjampi dan baca mentera dlm bilik, tak pernah pun depan pesakit, jadi tak tahulah apa yg dibacanya, ayat Quran ke, ape ke. Bagaimanapun sy doakan moga satu hari nanti dia dapat hidayah, insaf, bertaubat dan kembali ke pangkal jalan.

Berbalik kpd pesakit beraksi wusyu tadi, sy teruskan ruqyah dan dakwahkan agar dia meninggalkan tuannya, dari sebuah tokong di Batam, Indonesia. Masa berdialog dia bercakap Melayu, kemudian cakap Inggeris, sy suruh cakap cina, diapun cakap Tionghua, sy minta dia cakap Tamil, dia kata tak reti. Oklah, dia kata memang dah Islam, dah pergi masjid selepas sy rawat pesakit ini dulu dan jin ini diislamkan, dah 5 bulan duduk di sebuah masjid di KL belajar agama. Pesakit ini pun mengaku selepas dirawat 5 bulan, slps tu dia ok sangat, sihat, tak ada gangguan, namun dia rasa seronok dan leka, tak amalkan zikir secara istiqamah. Dlm tempuh yg sama tuan kpd jin ini, dari tokong tak puashati, dihantar spy2 utk cari jin ini dan akhirnya dikesan di sebuah masjid. Sy kata tak apalah, dia pernah Islam namun skrg nak mengucap susah, tersangkut dan tak lancar. Setelah diteruskan ruqyah buka simpulan, dia boleh mengucap dgn lancar, sy kata kena Islamkan dan mengucap sekali lagi. Dia kata baiklah, namun jin ini tak nak pergi, dia nak duduk dgn saya, nak duduk di rumah sy, minta sy jaganya krn bimbang tuannya cari dia lagi sebab dia dah buat perjanjian. Sy kata tak bolehlah macam tu, kalau kamu dah beriman dgn yakin maka Allah akan jaga kamu, akan selamatkan kamu. Diminta pergi ke sebuah masjid terkenal di KL, namun dia tak nak sebab di situ ada kubur. Dicadangkan masjid lain, dia akur tapi sebelum tu dia nak tukar nama kpd Sakinah, sy kata tak ada masalah, maka dgn memakai nama Sakinah, dia mengucap syahadatain sekali lagi dan akhirnya sebelum pergi dia mengucapkan Assalamualaikum kpd saya dan sy jawab salamnya. Pesakit terus tertidur dan sy minta keluarganya biarkan dia berehat krn badannya penat sangat. Episod mlm ini memberi banyak pengajaran iaitu ttg istiqamah dlm memohon kesembuhan kpd Allah. Moga Allah selamatkan Sakinah, jin yg asalnya Budha, kini beriman kpd Allah, agar keimanannya dpt dipertahankan dgn kehendak dan restuNya.

No comments:

Post a Comment