Blogger Templates

Monday 2 July 2012

Tak Mengaku Simpan Azimat

02.07.12 (Isnin)

Kes gangguan prpm seorg. ni boleh tahan, pesakit ulangan, dia kata lps balik dari rumah sy mlm tu dia tak boleh masuk rumah, namum masuk juga, bila masuk kena rasuk lagi, matanya melilau2 ke atas siling rumah, dia on off , berganti2, sehinggalah jam 3 pagi. Suami dia kata, minum air ruqyah tak jalan, daun bidara pun tak jalan, juga baling garam lada hitam macam tu juga. Pontianak dan jin2 lain silih berganti datang. Dlm pada itu jin dlm badannya menuduh jiran peniaganya yg jadi punca, alih2 yg itu. Mlm ni dia dtg bawa rakan yg juga berniaga sebelah kedainya dan seorg lagi kawan dia. Semasa sy meruqyah pesakit ni, dia nampak marah dan mengancam kawan yg sorang tu. Sy cuba tenangkan jin ni, jgn tuduh sembarangan, kamu ni memang selalu menipu dan bawa fitnah, kalau kamu tahu, sebut saja mana barang tu diletakkan, di kedainya ke atau di rumah, bolehlah dicari utk dibatalkan, dia tak nak beritahu, sy kata tak apalah, lebih baik diam dari menabur fitnah2 ni, kalau diizinkan Allah kamu cedera ke, terbakar ke , mati ke, itu dah nasib kamu, sebagai pembalasan kerana menganiayai makhluk Allah. Tiba2 sy dpt firasat tentu ada di kalangan yg dtg ni bawa azimat. sy terus tanya kawannya yg turut dtg. Ada simpan apa-apa ke dlm dompet, kertas ke, tulisan ke, yg dilipat2, ditulis dn ayat Quran dan tulisan lain spt mentera. Kedua2 mereka tak mengaku, seorg mengatakan dia tak bawa dompet, seorg lagi kata tak ada apa-apa , cuma wang. Dia juga peniaga macam pesakit tadi. Sy kata sy tak nak tengok wang, cuma kertas itu saja, berlipat tu,  beberapa kali sy tanya, akhirnya dia mengaku, sy kata cuma nak tengok, namun berkali2 dia tak nak tunjukkan, tak nak keluarkan, tak nak bagi,  maka suami pesakit tadi pujuk dia, akhirnya dia keluarkan dompet dan keluarkan lipatan kertas yg terselit. Kalau sy memang malu sangatlah sebab tadi bermati2an tak mengaku ada simpan azimat, sekarang terpaksa tunjukkan pula. Oklah sy tak nak menyalahkan dia 100 % sebab terntu dia takut, mungkin ancaman dari bomoh yg dia perolehi benda ni, biasanya bomoh bagi syarat jgn tunjukkan kepada sesiapa dan jangan buka. Bila sy pegang azimat tu, sy suakan kpd pesakit tadi, pantas dia marah, maka sahlah azimat ini berisi, makhluk jahat, memang dia guna ni sebagai pelaris dan perisai. Sy katakan azimat macam ni tak elok, ada hadith2 yg menunjukkan ia membawa kpd syirik, lagipun ada tulisan nama2 Allah dan ayat2 Quran selain mentera, dia mengaku bawa masuk toilet dsb, takpun keluarkannya dari dompet. Setelah selesai rawatan sy beri kembali azimat tu, sebab sy hanya minta nak tengok, kalau dia tak minta batalkan, tak bolehlah kita batalkan, nanti jadi kecoh pula, bila beri dia terus ambil dan selitkan kembali dlm dompet. Sy kata elok batalkan azimat tu dan jangan percaya tangkal dan azimat, dia diam. Menurut suami pesakit ni, kawan dia tu memang suka cari bomoh. Dlm hal ni sy tidaklah menilik apa yg ada dlm dompet seseorg atau barang2 peribadi seseorg, sy bukan penilik, sy tak nampak azimat dlm dompet dia, cuma gerak hati sy kuat mengatakan ada. Masa dia tak mengaku ada simpan dlm dompet, hati sy masih tetap kata ada, dan terjadilah apa yg telah terjadi. Sewaktu meruqyah mintalah Allah beri petunjuk tertentu, jgn mengundang pembantu2 dari kalangan makhluk ghaib. Moga2 hal ini memberi pengajaran kpd semua termasuk diri sy sendiri.
Kebetulan masa tu ada pesakit lama tunggu giliran, yg dah berbulan tak dtg sambung air, dia dtg sekeluarga dan dialah yg banyak beri nasihat kpd pesakit tadi dan suaminya, sy biarkan, sebab pengalaman dia sekeluarga mendapat gangguan antara yg terkuat sy tangani. Rumahnya selalu ada pembantu, buka suis lampu, kipas, mengemas rumah, cuci pinggan mangkuk, sapu sampah dll kerja pembantu rumah dibuatnya, tapi makhluk itulah yg buat, dia tak pakai bibik pun. Hubungan kelamin dgn suami juga terganggu, pernah katilnya terangkat dan digoyang2, makhluk tu tidur bersama, ada haiwan masuk rumah, haiwan mati dsb, juga lebam, gatal, bengkak dan calar di badan2 dia dan anak-anak dia, pernah dia beritahu muka anak dia jadi macam berok, dia bawa jumpa sy, memang betul, dan bermacam2 yg pelik yg tak muat sy nak catat di sini, kereta juga diganggu, ini kes2 sebelum sy create blog ini, jadi tak adalah dlm posting. Apapun sy tabik sebab dia istiqamah dalam berusaha memohon pertolongan Allah, sebab itulah dia berjaya dan sembuh. Mlm ni dia bawa 11 tong besar air mineral utk didoakan, diguna utk minum sekeluarga lebih 1 bulann mungkin stok ni cukup utk 2 bulan.  Alhamdulillah dia sekeluarga dah ok, namun memohon keselamatan kepada Allah tidak boleh berhenti sama sekali.  

No comments:

Post a Comment