Blogger Templates

Wednesday, 4 July 2012

Bomoh Besar Dah sihat

04.07.12 (Rabu)
Mlm, hanya nak catat satu saja iaitu, seorg yang pernah bawa bapanya, seorang bomoh besar kira2 dua minggu lepas, kali ni dtg bawa kawannya, yg bermasalah isteri kawannya itulah. Tiga bulan lepas pernah dtg, selepas periksa doktor, dia disyakki ada tumor kat payudara sebelah kanan dan ada doktor suspect kanser. Sejak dirawat 3 bulan lepas dia mengadu dah ok, tak sakit lagi dan ketulan dah mengecut, cuma 2-3 hari ini selepas makan budu ada sikit2 rasa menyucuk tapi taklah teruk. Datang ni kerana nak sambung air ruqyah, dibawanya 3 botol mineral 5.5L setiap satu. Setelah itu anak bomoh tadi mencelah, katanya bapa dia dah tak sakit dah, dah oke, berjalan ok, makan minum ok, dah sihat. Sy cuma kata jangan leka dan ralit sangat, kena terus memohon agar kesembuhan berterusan kerana Allah yg menentukan. Sebagai perawat, antara nikmat yg tak boleh digambarkan ialah apabila diketahui org yg pernah kita rawat mendapat kesembuhan, perasaan syukur ini tak boleh digambarkan, tidak boleh ditukar dgn wang ringgit dsb. Bagaimanapun kita kena sentiasa mendidik hati agar tidak merasa sombong dan riak atas apa saja yg dilakukan.

No comments:

Post a Comment