21.07.12 (Sabtu)
Ada beberapa kes yg anih dan kronik. Antaranya pesakit wanita, pesyarah sebuah IPTA di pantai timur, nak bertunang dgn sorg pegawai sebuah kementerian, sama2 26 th dan kenal masa belajar dulu , sejak merancang nak bertunang, macam2 perkara anih terjadi kpd wanita ini, sy kenal dia sebab dia dulu pelajar sy. Dia kata mulutnya rasa macam berakar, sebelah pipi kiri dan kadang2 ke kanan, dekat mulut, jadi kembang dan bergelodak, manakla perut dia juga katanya macam ada angin berombak2. Dulu taklah macam ni.
Kes lain pesakit santau, wanita 33 th, datang dgn suami, kedua2 guru dan 3 anak. Dlm bilik rawatan hanya dia dan 2 anak masuk, suami dan anak satu lagi tidak. Katanya setiap minggu sakit dia akan datang dari hari isnin sampai jumaat , asal Bkt Abal, Pasir Puteh. Dgn TGUH pun dia kata dah berubat 5 kali, tak termasuk perawat2 lain hampir setiap minggu. Dia kata abang ipar dia (anak mertua) pernah beri makan ubat, keluarga mertua tipu tanah, puja benda, bakar kemenyan dsb. Dia tak suka keluarga mertua dan enggan balik kg suami, maka suami dia juga tak kasi dia balik kg dia jugak. Hasilnya seri, kedua2 tak balik ke mana2 sejak sakit ni. Suami dia sebenarnya enggan berubat, tapi taklah larang isterinya ini. Sy ruqyah dia dan sy perasaan pernah kenal prpm ni, tapi di mana. Kebetulan masa nak keluar bilik rawatan dia kata dia anak murid sy dulu, baru dia perasan, dia pernah pinjam nota kuliah sy. Dia kata tak terfikir dan tak sangka sy terlibat dlm pengubatan ini. MasyaAllah, lps tu sy minta dia panggil suami masuk dan berbincang ttg langkah seterusnya demi mendapatkan kesembuhan.
No comments:
Post a Comment