10.07.12 (Selasa)
Kes seorg ibu tunggal, guru tadika, anak 4 orang, dia bawak ni anak bungsu, prpm 1 th 11 bln, katanya setiap kali bekas suaminya ambil utk jaga setiap hujung minggu, setelah dikembalikan, balik dari rumah bapa dia, dia mesti ada gangguan, meracau2, menenguk2 ke atas, terbeliak, jadi macam histeria,takut dsb. Dia mengaku sejak mula kahwin lagi suaminya ada pakai benda2 pelik, tapi disangkanya benda baik seperti tangkal dan azimat, bunjut hitam, minyak busuk, juga ada keris, buku ilmu zuk, bekas rokok daun dan tembakau. Dia juga pernah nampak kelibat suami dia di rumah, jadi panas dan tak boleh tengok rupa bekas suaminya, bila temu juga nampak mata dia merah semacam. Selain masalah anak dia, dia sendiri ada masalah teringat bekas suami dia amat mendalam, teramat sangat, tak boleh lupa walau sekejap, namun suaminya kata amat benci tengok dia. Dia kerap sms bekas suaminya meluahkan perasaan cinta yg amat mendalam, namun seolah2 menunggu kucing bertandauk, sms tak pernah berbalas.
Kes berikut, pesakit ulangan, kali ni bawa anak dia yg kata sakit di sana, sakit di sini, berpindah2, namun sebaik2 saja masuk rumah sy, dia kata tak sakit apa-apa dah. Tak apalah, sy teruskan juga rawat anaknya. Kemudian dia minta suaminya dirawat kerana mengadu dah beberapa hari tak boleh rukuk dlm solat, tak boleh bongkok belakang dan pinggang sakit sangat. Masa ruqyah isterinya batuk2 dan meliuk2 mengantuk, selesai suami dia kata dia ok, tak ada apa-apa, namun sy rasa dialah yg tak ok sebenarnya, namun dia tak bersedia dirawat nak buat macamana. Sebelum rawat suami dia, sy tanya adakah wujud masalah hubungan suami isteri sejak kebelakangan ni, masing2 berpandangan dan isteri minta suaminya menceritakan. Suaminya kata memang betul dia dan isteri tak bersama dah lama, kalaupun dpt bersama tak bersemangat, tak rasa apa-apa, kosong dan isterinya juga mengaku bencikan suaminya. Ini dah sy agak dan dugaan sy betul. Katanya lagi dia telah mentalaqkan isterinya hampir sebulan lepas setelah didesak oleh isterinya sebulan sebelum itu. Mahkamahpun dah beri dikri perceraiaan. Kesian juga keluarga ini sebab anak-anaknya ok, sekolah agama, ramai hafal Quran dan semua belajar ok, belajar tinggi. Bila diberitahu kpd anak2 semuanya mengangislah. Di segi zahir tiada nampak apa-apa kekurangan bagi pasangan ini, suaminya pun menyayangi isteri dan anak-anak, dia bapa yg baik. Namun ini melibatkan perasaan, isterinya kata dia bencikan suaminya, itu saja. Memang beberapa kali sy ruqyah sebelum ini jin dlm badannya kata dia diupah oleh penyihir utuk bencikan suaminya, biar mereka berpisah atau dia akan mati. Banyak usaha dilakukan, namun isterinya selalu lupa, lupa nak minum air ruqyah, lupa nak bandi, sapu air, zikir, baca surah2 tertentu dsb, angkara permainan jin dlm badannya. Ini berlaku sejak dia mula kahwin lagi, lebih 20 th dah. Namun sy yakin sekiranya usaha ini dilakukan secara istiqamah, mereka akan bersatu kembali, insyaAllah.
No comments:
Post a Comment