Blogger Templates

Sunday, 24 June 2012

Jin masuk Islam, pontianak pula datang

24.06.12 (Ahad)
Wanita ni dtg bersama ahli keluarganya 8 org, bawa anak angkatnya lelaki, yang masa ambil usianya 3 hari, latar belakang sebenar tak tahu, kawan dia syorkan, kata ada org nak bagi kat dia, dia ambillah. Dia kahwin dah lama tapi belum dikurniakan zuriat, bagai org mengantuk disorong bantallah. Kini usia baby tu 12 hari, tidur terkejut, ari2 bengkak sebelah kiri, macam angin pasang, diberi susu babelac, tak boleh telanhabis, terluek, muntah. Kemudian anak saudaranya, 1 th, 1 bu, ada kesan merah di tengkuk dan kepala, pergi cek doktor tak ada apa-apa.

Berikut, kes agak berat, mereka puas berubat merata-rata, belum diberi kesembuhan dan terangkat masalahnya, dia suami isteri berniaga, ada bas sekolah dan kedai runcit. usia isteri 37 th, suami 38 th, anak ada 4, mereka kata ada gangguan sihir dan buatan orang. Sebelum ni pernah sakit selama 2 bulan lalu berubat dgn seseorang, kemudian belajar sesuatu dgn org yg mengubat dia, lalu org itu buang sebab2 sakitnya. Dia tak juga sembuh bahkan bertambah sakit, dia rasa org itu ada masukkan sesuatu dlm badannya, kini sakit2 serang dia seluruh badan, fikir macam nak mati saja, masalah tidur dan rungsing. Pernah berubat pula dgn org tasawuf  yg syorkan agar dia buat amalan doa dan zikir2 untuk mendapat kesembuhan hakiki. Dia tak suka kaedah ini sebab org itu hanya suruh dia buat segala-galanya, utk diri sendiri, mohon kpd Allah. Dia pernah mimpi ada orang pakai baju putih, dgn pakaiannya ada darah kotor, nak ambil nyawa dia tapi dia tak nak, jangan ambil katanya, makhluk tu berada di laluan menuju ke dapur. Masalah lain period dia cuma 1 hari, ini dah lama berlaku. Lembaga yg sama juga usik anak dia sampai menjerit dan mengigau2. Juga bunyi org tolak sofa, bunyi guli dsb. Sy mulakan ruqyah dan tak sampai seminit, badan dia mula menggeletar dan menangis, terus menangis dan mohon simpati, simpati, jangan bunuh dia dsb, sy biarkan dan teruskan ruqyah pembakar, akhirnya sy tanya makhluk itu, dia kata dihantar oleh seseorang, namanya....(rahsia) dia asal dari .(rahsia), usianya 400 ribu tahun (ukuran usia manusia sekitar 40 ribu tahun), beragama kristian. Dia lelaki dan berkeluarga, isterinya baru bersalin, anak ada 70 ekor ...tempat tinggal di rumah pesakit ini. Sy teruskan dakwah agar meninggalkan kerja2 kezaliman dan penyiksaan ke atas manusia, tinggalkan tuan kamu (dia sebut nama tu...rahsia) yg dah menipu kamu, jangan bimbang Allah akan menyelamatkan kamu kalau kamu betul2 ikhlas menerima Islam. Sy tanya mana isteri dia, panggil dia kemari, lalu mereka bersama anak2 seramai 70 ekor datang, minta pengakuan sebab jin ini dah mula sedar dan sedia berjanji buat ikrar akan menerima Islam dgn nama Rahman, sy cadangkan Abdul Rahman dan dia setuju. Isteri pula dia kata Fatimah. Sy minta lepas ni bertaubatlah betul2 dan jangan murtad, sekiranya murtad dia sekeluarga akan menerima balasan buruk dari Allah. Bila dah bersedia sy Islamkan dia dan meminta dia pergi ke mana-mana masjid utk belajar agama. Dia sebut masjid tu dan sy kata, okeylah...di sana nanti kamu jumpalah jin Islam ini (sy sebut nama salah satu ketua di situ utk dia dapatkan panduan belajar agama). Moga2 jin ini tidak menipu, kalau gagal kita kena usaha lagi, jgn putus asa, moga Allah permudahkan usaha hamba-hambaNya yg lemah ini. Lps itu satu jin yg menyibuk datang, ketawa, menggilai, dia kata dia pontianak, beritahu ramai lagi jin2 ada di rumah org ni. Sy kata kamu sengaja nak cari nahas, pergilah kamu jangan kacau org ni. Sy teruskan ruqyah, dia kesakitan dan keluar menerusi mulut. Pesakit dah ok dan sy beritahu suaminya agar dibersihkan rumahnya dari kehadiran atau ditumpangi makhluk2 ghaib, segerakan, jgn lengah2.

Kemudian pesakit lama, dah lebih setahun tak dtg, dia kini sakit semula sejak maknya dtg ke rumahnya baru2 ini dari kampung. Sejak itu dia sakit. Sy ruqyah kira2 5 minit dia pengsan, dibiarkan, selepas ok diberi minum air daun bidara dan sapu muka. Selain dia, 2 org  adiknya juga adalah masalah gangguan dan ini berkaitan dgn gangguan maknya. Dia cerita pasal kejadian melibatkan adik dia, lelaki, 30 th, baru2 ni pindah rumah, masa kemaskan rumah dan lap lampu dlm salah satu bilik, tiba2 mosaic dlm bilik tu terbongkar ke atas dan pecah, sedangkan mosaic itu masih elok sebelum tu. Malam tu dia mimpikn orang tua datang nak ambil nyawa dia dan dia tak bagi. Besoknya dia dapati semua rambutnya luruh sampai botak dan ini berlaku secara tiba2. Luruh habis. Peristiwa ini tidak diberitahu kpd keluarganya, cuma maknya dan kakaknya dapat tahu hanya beberapa hari lepas setelah dia ceritakan kejadian itu. Org ingatkan dia sengaja botakkan kepala.  Sy syorkan dia dapatkan rawatan segera dgn mana2 perawat Islam, ini  tak boleh dilengah2kan sebab mungkin akan memberi kesan buruk pada dirinya. Kakaknya bercadang nak bawa kemari nanti, sy kata insyaAllah akan cuba dibantu sekadar yg boleh.

No comments:

Post a Comment