Blogger Templates

Wednesday, 20 June 2012

Isteri mengadu suami rogol dia

09.06.12 (Sabtu)
Kes pertama prpm, 32 th, belum kahwin, asal Guchil Jln Bayam KB, ada gangguan sejak 2008, dah puas berubat, tidur kerap terjaga, ada benda tak kasi dia kahwin. Setelah ruqyah, jin dalam badan berdialog, sebut namanya, iaitu isteri kpd lelaki yg nakkan dia tapi pesakit ni tak sukakan lelaki tu. Mrk kahwin 2009 sedangkan pesakit ni tak kahwin2. Pesakit ini pula pernah tinggal serumah dgn prpm yg mendakwa dirinya jin tu. Dia mohon agar dihadirkan jodoh buatnya. Pesakit ini menderam kuat dan setelah didakwah, jin itu sanggup keluar setelah merasa kesakitan yg amat sangat.

Seterusnya prpm, 27 th, kwn yg di atas dari S.Alam, juga ada gangguan, mimpi susukan baby, sering kena tindih, kebas2 masih ada, badan sakit2. Pesakit lain prpm, 28 th, ketiga2 ni berkawan,  asal Jengka Pahang , sakit batuk2 tak baik2 sejak ting. 5 lagi. Tidur juga mudah terjaga , juga mohon jodoh. Seorg baby usia 34 hari, anak ke 2, ibunya minta ditahnik, ada kuning juga, dari Bdr Tun Razak, bapanya penguatkuasa DBKL.

Kemudian pesakit lelaki 31 th, asal Negeri 9, isterinya 30 th, asal Batu Pahat, tinggal di Putrajaya. Mereka baru saja kahwin iaitu pd 19.05.12, baru 20 hari. Pasangan ini bermasalah ketika hampir nak kahwin, senang nak gaduh, isteri pun sama, sering nak marah. Isteri seorg janda, pernah kahwin selama 4 th, bercerai 2010, manakala suami teruna sebelum mrk kahwin. .......isteri mendapati mulut suami berbau amat busuk, sebelum kahwin ok, dah ambil vitamin, mcm tu jugak, sy juga perasaan bau busuknya kuat benar, so, mrk tak dpt bersama sejak kahwin, suami rasa tercabar dan bertindak agak kasar, isteri tertekan, selepas kahwin kedua2 mereka demam dan batuk2, pertama kali hari nak bersama, isteri rasa macam dirogol dibuat suaminya, dia rasa sakit dan hubungan tak jadi, maka suami mengamuk sakan, ini berlaku 2 mlm lepas, kali pertama cuba., katanya suami dia gelojoh dan dia rasa sakit...sy minta mereka masuk bilik rawatan satu2, sebab nak ceritakan yg amat secret, mereka bercerita tanpa menyembunyikan apa-apa, yg lain2 agak sulit dan segan nak diceritakan di sini... bersambung.

Kemudian lelaki 54 th, dulu kena santau, dah buat rawatan tepuk, kini tekak rasa ada masalah bercampur air seolah2 berlendir, juga perut sakit, belakang lebam, merah kedua2 bahu, pusat, kebas jari2 tangan, tidur mimpi2 digigit di tengkuk, masalah paling kronik kat leher, minum air saja rasa masam, lidah juga panas, ini semua baru 4 hari. Pesakit berikut, prpm ,k kerja petronas KLCC, baru jadi janda, masalah tidur dan sakit2 badan, tinggal sorang kat rumah, tekanan darah rendah, sy syorkan minum air rebusan ketam nipah atau kerang.

Malam pula lelaki dari surau berdekatan, bawa iparnya, gangguan masa dalam kereta berdekatan sebuah gerai makan, dulu masa UiTM pernah kena. Isterinya (kakak budak ni), juga ada gangguan, sy ruqyah tapi hilang sedikit tumpuan, kerana beberapa org yg menemani pesakit berborak2 sesama sendiri dan sy memang pantang hal ini, namun cuba jugalah fokus dan beri tumpuan agar pesakit ini sembuh, kerana sy percaya jin dan syaitan bukan saja ganggu pesakit, bahkan perawat juga diganggu oleh org2 sekeliling, sekiranya makhluk2 jahat ini mendorong org2 berborak tanpa mempedulikan kita yg sedang ruqyah ni.  Selain itu seorg ustaz, guru sekolah, anak dia usia 90 hari, isteri dia dah habis pantang dan akan  masuk kerja balik. Masalahnya baby ini tak nak minum susu formula, mohon diikhtiarkan agar anaknya suka dan boleh minum susu formula kerana isterinya taklah dapat bagi susu badan selalu kerana kerja.

No comments:

Post a Comment