Blogger Templates

Monday, 18 June 2012

Tengok cermin, muka lain

25.05.12 (Jumaat)
Kes ulangan, prpm yg berkulit katak kerana sihir lebih 20 th,, kini kurang mood bekerja, banyak lupa dan murung, tiada tumpuan, dia beritahu mimpi lagi benda tu, cuma kali ni menempel kat kaki, tapi kalau nak toleh ke situ tak dapat, dia nak terajang benda tu pun tak dapat, dtg balik minggu ni. Sy Teruskan sambung ruqyah dan insyaAllah akan sembuh kiranya yakin Allah akan membantu dia.

Seterusnya seorg ahli jemaah surau berdekatan, bawa kawan dia dari Dengkil , masalah isteri dia kena gangguan dah 2 th sejak balik dari ofis, dia tengok cermin, nampak muka lain. Dia turut bawa tangkal bungkusan putih yg diberi oleh seorg bomoh di Gua Musang. Sebanyak 3 tangkal diberi oleh bomoh tu, namun 2  dah diberi kpd bomoh lain di Bachok.

Kes berikutnya, seorg guru prpm, sihir pelalau dari Terengganu, mimpi balik arwah mak ayah, juga masuk hutan, sesat. Masa beri tusyen malam, dia nampak prpm tua duduk atas kerusi kayu di sekolah, juga bunyi gergaji dlm sebuah setor, pelajar2 pun dengar, juga ada guru lain diusik lampu bernyala dan gelap bersilih ganti. Ini jin tua yg baru masuk minggu lps dan dia minta sy cari tempat baru untuk dia, tempat2 lain dah dihuni jin2 penjahat yg amat ramai di sekolah tu, sy kata cuba usahakan asalkan dia sanggup beriman dan bertaubat.

No comments:

Post a Comment