20.06.12 (Selasa)
Suami isteri bawa 2 org anaknya yg ada masalah hampir sama, yg lelaki sakit tapak kaki kanan, susah nak berjalan, kena mengiring, jalan kengkang atau kangkang, begitu juga adik perempuannya, sakit tapak kaki kanan juga. Selepas diruqyah, sy minta mereka berdua cuba berjalan2, eh... elok pulak, namun sy minta teruskan minum dan sapu air ruqyah.
Pesakit berikut, lelaki 28 th, kerja di sebuah klinik kesihatan awam, masalah ada di tempat kerja, katanya ada 2 org staf yg dengkikannya, dia org buat repot kat bos, bos pula cuma nasihatkannya jangan bergaduh, dia rasa tak tenteram kerana asyik terkena aduan yg tak elok2. Dia baru kerja 2 bulan di situ. Kemudian seorg bapa bawa anaknya, lelaki 15 th, badan sangat besar, sekolah agama berhampiran, pemikirannya tak tenteram, celaru, hati dan tentu hala, kepala sakit, benda yg difikirkan macam2, gelisah, tidur tersedar, perasaaan sebak, sedih, menangis dll. Ini terjadi dah 3 tahun sejak sekolah di situ.
No comments:
Post a Comment