Blogger Templates

Thursday, 21 June 2012

Makan Abu Mayat, halau anak dan jin sebesar telor

16.06.12 (Sabtu)
Hari ini agak penat , merawat seramai 22 orang termasuk yg datang ke rumah.
Pagi, pemuda 26 th, adik beradik 5 org, dari pantai Melawi, Bachok,  mengadu bapanya dia dah 3 tahun kahwin senyap2, bila dpt tahu mak dia menangis teruk sampai jadi kurus. Bapa dia, usia baru 40 an, sejak kahwin lain tak berapa nak solat. mak dia jumpa minyak dagu kat rumah dan dia ada bertanya pada tok ayah dia di Siam pasal benda tu dan diberitahu minyak tu diguna agar abah dia tak nak balik rumah. Bini no. 2, dah tua, usia lebih 50 th buat biar dia tinggalkan isteri pertama. Dia ada jumpa barang sihir di rumahnya iaitu rambut yang diikat dgn jarum di bawah tangga. Bini no. 2 sebelum tu janda anak 10 org,   dan pemuda tadi dah kenal dia, kerja tempat sama, tapi tak tahu pula dia yg kahwin dgn abahnya. Rambut, jarum dan minyak diberi oleh bini muda kpd abahnya agar tanam bawah tangga, bini ni boleh buat sendiri barang2 sihir tsbt dan mak dia dikatakan termakan abu mayat yg diberi bini no. 2. Kini Mak dia sakit, sembab dari pinggang ke bawah, bengkak2.

Pesakit seterusnya prpm, 31 th, dari Cheras, dh 1 th sakit menyucuk2, dari depan ke belakang, spt ada benda tajam, juga sebelah kanan. Dia juga ada masalah berat jodoh, semua tak menjadi, dia warden di sebuah institut. Kemudian masuk ke bilik rawatan satu keluarga yg sy kenal mereka, pernah terima rawatan, kini dah banyak ok, cuma bapa mereka yg masih bermasalah, bila diruqyah seluruh badannya menggigil dan menggeletar. Selain dia, turut dirawat 5 ahli keluarganya.

Juga pesakit kes ulangan yg perawat wanita hari tu minta dia jumpa sy, diberi air ruqyah, sampai rumah air jadi keruh dan berbuih. Juga masalah dgn suami, suami dia tak nak masuk bilik tidur. Dia pernah mengurut dgn dua tukang urut, namun bertambah pula masalah. Kemudian prpm, 40 th, dapat gangguan sejak kahwin, nampak bayang, jam 12 tengah  malam sering menangis, mimpi baby, jatuh tempat tinggi dsb. Masa balik kg ada barang2 lama yg dah ditawarkan oleh adik iparnya, murid Dato' Ismail Kamus, namun masalah belum selesai, di rumah di kg nampak baby dlm almari, ini 6 bulan selepas kahwin, terakhir mimpi dipatuk ular dan datang pontianak, juga sering mimpi datang makhluk yg berupa dirinya sendiri , kerap macam ni. Dia juga minta tolong pagar rumah, sy kata tengoklah masa sesuai nanti..Petang ke sebuah rumah di Putra Perdana utk rawat rumah seperti dijanjikan tempuh hari.

Malam, baby lelaki 21 hari, bersalin di Hosp. sg. Buloh, tak boleh tidur sampai pagi, asyik menangis, mak dia pula sering terkejut2. Kemudian pesakit prpm, 62 th, dari Jerek Luar Gua Musang, sakit sebelah kiri dari pinggang sampai hujung kaki, kini turut kebas sebelah kanan. Sakit ni dah lama, dah 35 tahun. Masa beranak sulung ada org bubuh sesuatu dlm tempayan, dia tertidur, kemudian mengurut, bekas isteri jiran dia yg kahwin selama 4 th, dapat anak 3, katanya waris dialah yg bubuh benda dlm tempayan. Juga kes berebut harta sampai hari ni tak selesai dan sakit berterusan. Juga pesakit lelaki 80 th, lelah, sakit sendi dan gout.

Pesakit berikut yg pernah dtg mengadu sakit2 seluruh badan dan tulang kipas beberapa hari lepas, hari ini suaminya beritahu dah ok. Kini mereka bawa tangkal yg dijanjikan utk dimusnahkan iaitu pemberian bapanya, ada 2 semuanya, satu ayah dia simpan, satu diberi kpdnya, iaitu bungkusan abu mayat yg diberi oleh Tok Ca Siam. Pesakit lain, prpm kes ulangan, gatal , badan berbiji macam katak.

Seterusnya Prpm 40 th, anak ada 4, masalahnya suami dia panas baran keterlaluan, walaupun kerana benda datau sebab amat kecil, pantang anak2 silap sikit, ini sejak dulu lagi, berterusan sampai hari ini. Dia suka memaksa anak2 dan kalau bantah, tangan cepat naik. Isteri dan anak2 rasa bahgia benar kalau dia tiada di rumah. Suami dia 50 th, asal Melaka dan keturunan mak dia (mertua) panas baran. Masalah sekarang anak lelaki dia, 20 th dah dihalau keluar rumah, jangan balik dan ambil apa-apa barang miliknya,  atas sebab tak mahu ikutnya balik kg tempuh hari. Suaminya sampai hari ni tak pernah tanya ke mana anaknya lari, tak tanya khabar apa-apa, seolaah2 tiada apa-apa, ini dah 2 minggu, mak merekalah yg berendam air mata kerana sikap suaminya yg keras hari, degil dan baran. Dia minta tolong doa agar dilembutkan hati suaminya, juga dan anak-anaknya yg dah ada tanda2 baran seperti bapanya juga.

Kes berikut, kes lama, anak dia hilang memori, kini nampak makhluk2 halus di beberapa tempat tertentu, banyak, di tangki air, bawah talian high voltage TNB, di sekolah agama, mcam2 ada makhluk warna merah, oren, besar, tinggi, dan yg kecil sebesar telor. Kini dia juga tak kenal tempat2 tertentu dan kawan2 dia. Seterusnya kakaknya, yg dulunya dah operate ulser perut, dipotong usus dari 7 kaki menjadi 5 kaki yg tinggal dlm perut, kini dia nampak ada benda nak keluar tapi tersangkut, tempat sakit ada rasa menyucuk, masa ruqyah seolah2 ada benda keluar bawa parang, kapak dll.

Kemudian dtg dua beradik prpm, satu pesakit lama, adiknya prpm berniaga di Johor, 36 th, janda, dah bercerai 11 th, anak ada 3,  badan kebas2, menyucuk2, panas dan tangan, susah tidur, mimpi2 pelik , ular dsb. Masa ruqyak, kakak dia turut sendawa, lebam kat lengan dan urat betis timbul. Kemudian pesakit akhir, anaknya, prpm, pelajar kolej, demam sejak menjalani orientasi sampai hari ni tak baik2.


No comments:

Post a Comment