13.06.12 (Rabu)
Hari ini terakhir cuti, pagi dtg prpm, 40 th, anak 6 org, kawan seorg, kenalan, mengadu suaminya 42 th ada skandal dgn prpm yg tinggal di satu kejiranan, tak mahu balik rumah, asyik ikut perempuan lain, dah lama kes ni baru dia dpt tahu, mohon didoakan agar suaminya berhenti dari tabiat buruk tu.
Malam, semua temujanji ditunda, DS meminta sy menyertai upacara merawat sebuah bangunan 10 tingkat di Jln Pantai Baharu . Ahli2 DS akan dtg dgn bas dan disertai juga oleh semua staf yg bekerja di bangunan itu. Diberitahu ada masalah gangguan agak teruk, darah membuak2, melimpah dlm sinki, angin kuat dlm lif, nampak lembaga dan kelibat, lembaga hanya ada kepala, tingkap tiba2 terbuka dan tertutup sendiri, lampu tutup dan buka sendiri, bunyi muzik2, ada yg terjumpa staf dlm lif sedangkan staf itu sebenarnya bercuti, duit dlm laci yg berkunci kerap hilang dan berbagai2 keanihan yg menimbulkan suasana seram dan menakutkan staf. Pendek kata bangunan ini berhantu atau berpenunggu. Sy sampai 6.30 ptg selepas keluar ofis terus ke lokasi, sedangkan upacara akan bermula sebaik2 saja masuk waktu maghrib. Sy ambil masa meninjau2 keadaan sekitar dan lps itu pekena mi mamak di restoran milik Melayu berdekatan. Sebelum maghrib baru sy melangkah masuk ke bangunan. Upacara selesai jam 11.00 dan balik rumah.
No comments:
Post a Comment