21.06.12 (Selasa)
Pagi sy didatangi seorg staf, mengadu anaknya, prpm, 6 th, tak mahu pergi sekolah sejak balik cuti di kg tempuh hari. Sebelum tu pergi family day di Bdr Hilir, lps tu ke PD, kemudian ke Taiping, seterusnya ke Ipoh, kemudian balik ke Sg Pencala, ini memakan masa beberapa hari. Lps tu Isnin buka sekolah dia tak nak pergi tanpa sebab, disuruh pergi pergi jugalah tapi dia demam, kemudian sampai hari ni tak nak pergi. Sy mengesyakki dia terambil apa-apa mungkin masa mandi kat PD menjelang maghrib, minta dia tanya anak dia pasal ini. Selepas tu dia berubat dgn seorang Aji di Sg Pencala, tengok anak dia, namun macam tu juga tak nak pergi sekolah. Dia dtg ni nak tanya pasal rawatan, sy kata insyaallah sy cuba bantu. Tiba2 dia terima call dari isterinya, beritahu di rumahnya sekarang dtg tukang urut, yg baru dikenalinya di tempat tinggalnya itu, juga dtg nak tengok anaknya dan merawat anaknya. Dia tanya macamana?, nak bagi dia mengubatke?. Sy kata itu terpulang pd dirinya, namun tukang urut tu dah ada kat rumah, maka tidak elok sy campur tangan buat masa ini, biarlah dia selesaikan, kalau ada amalan yg bercanggah, terpulanglah pada dia, itu hak dia, sy cuma boleh kata, insyaAllah kalau nanti selepas 3 hari belum diberi kesembuhan, sy bersedia bantunya, itupun kalau diminta.
Sebelum cerita pasal bomoh tu, ada beberapa pesakit lain seperti seorg kenalan bawa 2 org iparnya, kedua2 prpm, pertama 61 th, sakit bisa2 kaki sebelah kiri dari peha ke bawah, dah pergi mengurut, macamtu juga, ini dah 6 thg sakit. Kakaknya 62 th, sakit macam di atas, namun sebelah kanan, kini berjangkit ke sebelah kiri pula, so, kedua2 belah, juga lenguh, kebas2 waktu pagi2, juga ada darah tinggi dan kolesterol juga tinggi. Kemudian saudara mereka , lelaki, 42 th, ada kencing manis dah lebih 8 th, bacaan glukos dalam darah melebihi 20 namun belum dicucuk insulin. Kesemua mereka dirawat dan sy syorkan beberapa pantang dan beberapa petua untuk diamalkan bagi mengatasi masalah penyakit fizikal mereka.
Kes berikut agak berat, kenalan dan ahli keluargnya dtg, dulu dia ada pelajar pondok dan kini guru Quran, call nak bawa bapanya berubat, tapi tak cerita ttg masalah sebenar. Bila datang barulah tahu rupanya dia adalah bomoh besar, bapa dia sendiri mengakui dia bomoh besar, usia dah 75 tahun, pakai jin sebanyak 5 ekor. Pertama Jin Malikilmaut, tugasnya ambil orang hilang. Kedua jin Salohabat, juga tugas sama. Ketiga hulubalang kelima enam. Keempat hulubalang Maharaja Hanuman Kera Putih dan Kelima jin Budak Kecik Kesaktian. Kelima2 jin tersebut dibuatnya sahabat. Dia dapat amalan berbomoh ni dari gurunya Tok Bomoh (nama rahsia)......tok bomoh orang gila dari (rahsia tempat)........ lepas gurunya meninggal, dia sambung tugas berbomoh dgn dibantu seseorang. Ini dah lebih 10 th dia main bagih, yg seguru dgnnya semua dah mati, kini tinggal dia sorang2. Masa main bagih dia hantar jinnya satu persatu ke tempat org bermasalah atau yg hilang atau gila. dgn bacaan seru tertentu. Sy minta dia cuba perdengarkan, dia baca seru2 tu. sy tanya jin2 tu jenis apa, dia kata jenis orang ghaib. Kini dah hampir setahun tak berbomoh kerana sakit dan sejak itu dia tak berhubung lagi dgn sahabat2 jinnya itu. Mungkin mereka marah agaknya, katanya. Dia dah insaf dan ingin bertaubat, tak mahu berbomoh lagi. Turut datang mlm ni isterinya, tapi isteri tua, masa berbomoh dia dibuat di rumah isteri muda dan isteri muda inilah yg tolong dia masa berbagih. Juga seorang pembantunya yg masih hidup dan belum nak berubat.Yg istri tua tak campur apa-apa, namun dia kini sakit pinggang ke bawah, agak teruk. Tok Bomoh Besar ini pula sy tengok berjalan dan melangkah tak stabil lagi, lemah longlai, nampak terhoyong hayang. dia duduk perlahan2 masa sy nak ruqyah dia. Setelah ruqyah dia kata rasa lega dan ringan tubuhnya. Apa yg sy rasa tidaklah sy ceritakan kpd dia. Sebelum balik, dia nampak sedih, hampir menangis dan peluk cium sy berkali2, mengucapkan terima kasih. Dlm hati sy kata berterima kasihlah kepada Allah kerana Dialah penyembuh sebenar. Moga bomoh besar ini terlepas dari perjanjian yg dibuat dgn sahabat2 jin seramai 5 ekor itu. InsyaAllah selamat dgn izin Allah swt.
Berikut pljr prpm 16 th, yg pernah kena histeria masa ikuti program di sebuah kem, kini badannya lenguh2, agak pendiam, kemurungan dan nampak lesu, pernah tumbang di sekolah lps balik dari kem. Sy ruqyah dan beri daun bidara untuk minum dan mandi. Dia kawan anak sy, sebelum posting ini ditulis, anak sy beritahu dia dah ok dan tak tumbang lagi di sekolah. Kemudian ada pesakit prpm, sambung rawatan gangguan, masih ada sikit2 dan sambung air.

No comments:
Post a Comment