Blogger Templates

Wednesday, 20 June 2012

Perasaan Allah Tak Wujud

11.06.12 (Isnin)

Petang ada sesi rakaman inteview dgn TV al-Hijrah utk slot Isu Akidah-terbakarnya sihir (tayangan rabu minggu dpn, 10.00 mlm)

Mlm, Seorg ibu bawa anaknya, prpm, 15 th, budak baik, kini hati dan jiwanya jadi tak keruan, was-was, tak tenteram, timbul pertanyaan dlm hati, adakah Allah itu wujud, lalu dia baca Yasin, solat taubat, dll, namun pertanyaan masih dtg ke fikirannya, dadanya rasa sesak, susah bernafas, berlaku ini sejak Mac 2012, persoalan2 ini datang tak kira masa.

Berikut prpm, peniaga, suaminya masih ada affair dgn prpm Indon, suaminya tak kerja, hanya sekali sekali tolong dia berniaga, di tempat dia berniaga katanya masih ada benda org taruh kat situ, juga mimpi yang bukan2, ular, hantu dsb. Kemudian pesakit gangguan saka dari Melaka, sambung rawatan dan air ruqyah.

Seterusnya prpm, 25 th, hamil 4 bulan, sakit kepala, dia guru, semalam buat lukisan dinding-mural di sebuah sekolah di Puncak Alam, balik maghrib, sampai waktu azan, terus sakit kepala amat sangat.

Pesakit berikut, prpm, 46 th, lengan kanan tak boleh nak angkat, ini dah 1 bulan, dia kerja mengurut orang lepas bersalin. Kebolehan berbidan dan mengurut ni dia dapat daripada maknya dan maknya dapat dari nenknya, kini kepala dia rasa berdenyut, sejak mengurut seseorg.

Kemudian prpm, 18 th, sakit kaki sebelah kiri dan buku lali, buang air besar agak kerap, kaki bengkak dan 2 minggu, sakit bahu kanan, tidur mengugau, dia ada jumpa benda di asrama, terus lebam kaki tangan. Adik prpmnya, 17 th, jug sakit perut, pening2, dia kata ada juga alami senggugut.

No comments:

Post a Comment