Blogger Templates

Monday, 18 June 2012

Bilik Pengantin Berpasir

28.05.12 (Isnin)
Suami isteri bawa anak angkat yang baru sampai tengahari tadi dari sebuah negeri di Pantai Timur, mereka pergi ambil bayi tu yg diusahakan oleh bapa saudaranya, usia bayi 2 bulan dan terus di bawa ke mari. Mereka kahwin dah 4 tahun belum dpt zuriat. Masalah bayi bila bagi susu tak nak, bahkan tak henti2 menangis.

Berikut juga masalah bayi lelaki, 4 bulan, anak pertama, selalu menangis. Juga kes ulangan, prpm, sakit kepala teruk, juga sakit perut, belajar di Politeknik. Perutnya mengelembung, macam ada angin, lepas tu kempis balik, sebelum tu mengeras, juga sakit tulang belakang.

Juga seorang mak bawa anak dia, prpm, pelajar sek. agama, gatal2 di pelipat, disahkan ekzema oleh doktor. Ibunya, dulu nurse, kini berhentikerja,  juga pesakit ulangan, kes sihir, masa hamil anak ke2, ada org kata, iaitu attandent lelaki di hospital tempat dia bertugas dulu kata, kalau dia kahwin, tak boleh masuk Melaka, namun tidak dihiraukannya. Kini mak mertua dia, 84 th,  tinggal di Melaka juga dah lama sakit, dia sendiri dah 20 th sakit. Masa kahwin dulu, dia  masuk bilik pengantin, didapati berpasir, dan lain2 keanihan yg tidaklah dpt sy sebutkan satu persatu di sini.

No comments:

Post a Comment