Blogger Templates

Monday, 23 January 2012

Pemanas badan

Hari ini cuti tahun baru cina, hajat nak rehat pagi ni, namun diminta oleh seorang kenalan utk mengubati jirannya yg sering tidak sedarkan diri setelah dirasuk, Sy kata tak apalah, datanglah. Setelah lima minit diruqyah dia menggeliat dan terus pengsan, beberapa ketika kemudian beberapa bahagian badannya menggigil, sy teruskan ruqyah dan akhirnya dia sedar. Katanya perkara ini berlaku sejak dia melahirkan anak kedua 11 bulan lepas. Antara pengajaran yg boleh diambil ialah berkaitan penggunaan tangkal dan azimat juga terdapat banyak gangguan di rumahnya seperti kelibat2 makhluk halus dan cahaya putih yg mengganggu ketenangan keluarganya. Oklah mlm ni ada temujanji dgn tiga keluarga, sy kena rehat...

Malam...sy tak bercadang nak sebut semuanya, cuma kes ke 2, memberi beberapa info berkaitan yg mengaku wali atau pendekar, khasnya dari keturunan wali sembilan (wali songo),  makhluk halus yg satu ni mendakwa sebahagian dari wali2 songo bukanlah org yg baik2, contohnya penglibatan mereka dgn permainan kuda kepang, diiringi mentera dan jampi2 jawa, membawa kerosakan aqidah, upacara menurun dsb sehingga pemain kuda kepang tidak sedarkan diri, begitu juga aspek senibela diri yg diperaktikkan oleh wali songo dan keturunannya banyak menyeleweng dan mmbawa kesesatan  aqidah kepada mereka, namun dia mengaku bukanlah semua, ada yg baik cuma sedikit. . Kes lain, yg ni sy pernah handle beberapa kes saja iaitu pesakit yg keluar air (macam peluh) di kedua-dua tangan dan kaki, sentiasa basah. oklah itu sedikit sebanyak pengajaran boleh diambil dari kes ini(hari ni lebih 20 org dirawat).
Pengajaran: Terdapat kes bersifat warisan atau saka yang diterima samada dalam keadaan sedar mahupun tidak. Pesakit yang merasakan ada sesuatu yang mendampinginya, apatah lagi keturunan datuk nenek atau moyang ada membela dan menjamu makhluk halus harus berusaha mengubati dirinya tanpa jemu. carilah orang yang pandai dan ikhlas dan elakkan menemui bomoh yang menilik dan meramal. Selain itu kalau terdapat penyakit kronik, janganlah menolak untuk mengubatinya kerana setiap penyakit ada penawar atau ubatnya dan ingatlah kesembuhan itu milik Allah swt.

No comments:

Post a Comment