Blogger Templates

Saturday 28 January 2012

Jin Buta, Bisu dan Pekak

Pagi sabtu (28.1.12), bermula pagi ini, di bilik ICU, merawat pesakit wanita dari Pahang, masuk saja dia pejam mata, mengeraskan diri dan tak mahu bercakap, keluarga dia seramai 5 orang ada. Setelah diruqyah hampir 20 minit, tiada sebarang reaksi, berbagai ikhtiar dilakukan, dia tetap macam tak sedar, membisu, cuba belek kelopak matanya, tak terbuka seolah-olah tergam, terkatup, mulutnya juga kejap tak mahu buka, sy ruqyah terus, lepas itu rehatkan dia sebab nak layan ramai lagi pesakit lain. Sy minta mak dia terus sapu air ruqyah muka dan cuba titiskan juga ke mulutnya. Jam 10 pagi belum sedar, 11 juga belum, sy minta beberapa perawat lain melanjutkan rawatan, berbagai cara dilakukan, berbagai teknik dicuba, namun dia tetap tak mahu bukan mata dan mulut. Akhirnya dia tiba-tiba mengerang putus2, macam orang bisu, macam kucing lekat tulang, tapi suara tak keluar, mata tertutup rapat, kelebek pun macam melekat kelopak mata, dlm hati kata mungkin ini jin yg dah buta dan bisu, mungkin juga pekak sekali. Agak buntu, jam dah lebih 1 tengahari, dah ramai pesakit lain dirawat selepasnya, namun dia masih tetap pejam mata, macam tunggul, sy kata bawa balik dulu, mandikan dgn air daun bidara dan beri minum air ruqyah, banyak zikir dll, insyaAllah akan dipermudahkan.
Petang pesakit dari Semban datang, anak dia dari Bangi pergi ambil dan lepas dirawat akan dihantar pulang lagi,lepas tu balik lagi, so,  masa perjalanan banyak jam jugalah, namun anak yg ini amat mengambil berat kesihatan bapanya meskipun dirinya sendiri sakit ada gangguan, masalahnya  perut semakin membesar, sakit, macam ada angin beralih2 kiri ke kanan dan sebaliknya, dah check di klinik tak ada apa-apa, tidur tertganggu, sesak nafas. tak boleh lelap, siang ok sikit, makan tak lalu, tak ada selera, selepas dirawat ok, balik kira2 jam 6.40 ptg,, jam 10.41 mlm terima call dia baru sampai Seremban. Pengajaran: Setiap anak yg baik akan sentiasa mengambil berat kebajikan dan kesihatan orang tuanya, meskipun masa, tenaga dan wang ringgit dihabiskan, demi ibubapa dia sanggup meredah kesesakan trafik demi kesembuhan untuk orang tuanya. Moga Allah swt memberi kesembuhan buat keluarga ini.
Malam, pesakit pertama ada gangguan, makhluk tu kata dia suka dan sayang orang ini, ustaz lepaskan saya, jangan sakitkan saya, saya tak mahu pergi, dia ada suami ke anak ke, sy apa peduli, faham tak? . itulah yg dikatakannya berkali2. Sy tetap bertegas, perbuatannya adalah zalim, sy kata kamu tak layak berada dlm badan org ini, berdosa dan manyakitinya, dia kata apa peduli, ok sy kata, kalau diizinkkan Allah kamu akan musnah, akan terbakar, akan cacat, buta dsb, dia merayu2 tak nak tapi dia tetap degil, sy teruskan ruqyah berkali2, akhirnya dia terpaksa pergi juga dan pesakit kembali normal. Saya nasihatkan pesakit teruskan amalan susulan dgn meminum air ruqyah sehingga benar2 sembuh. Pengajaran: Pesakit gangguan jgn cepat berpuashati dan leka, selagi gangguan belum hilang sepenuhnya, teruskan amalan zikir, minum air jangan putus, mandi daun bidara dsb...insyaAllah sembuh.
Seterusnya pesakit ini dah banyak kali dibawa ke bomoh, dgn pelbagai cara rawatan yg tak perlulah sy ceritakan di sini, semuanya blh membawa kpd syirik dan kufur. Setelah diruqyah tak ada tanda2 jelas gangguan, namun gerak hati sy tetap mengatakan ada gangguan berdasarkan simptom yg ada, dia hanya melentuk badan, buat malas dan mengantuk. Sy dpt idea tekan satu poin penting di belakang dn mengena, pesakit mengerang dan mula mengamuk tapi tidaklah agresif sangat, terhumban ke lantai dan menggolekkan badan, ada ketikanya mengilai tapi perlahan, cuba mengejek, setelah rawatan hampir selesai dan dia nampak dah ok, sy minta dia mengucap syahadat, tersekat2 dan tercekik leher, tersangkut, seolah ada benda yg menghalang, dia cuba tapi tak boleh lafazkan juga, sy ruqyah kembali doa pembuka benteng dan pelepas dan alhamdulillah dia boleh mengucap dgn baik, letih dan lesu, diberi minum air ruqya dan diminta berehat. Curi masa berborak dgn suaminya dan masyaAllah rupanya dia (suami) ada pertalian keluarga dgn saya, sekampung, di sekolah sama masa sekolah rendah, namun setiap kali perhimpunan keluarga khasnya di KL dia sekeluarga belum pernah hadir, justeru itulah tak cam.
Sementara itu sy beralih kpd seorang pesakit wanita yg berumur lbh 70 th, nampak berani sebab masa dirawat pesakit gangguan tadi dia cuba mendekati pesakit itu menanyakan sesuatu, menasihati pesakit itu, seolah2 benda dlm badan dia cuba berkomunikasi. ok dulu mlm ni sebab jam dah melepati 1 pagi...siang nanti dan petang ada temujanji, malam pula cadang nak rehat sebab dah lama tak rehat, hajat nak bawa keluarga pergi makan2 kat luar...Namun petang nanti ada temujanji di sebuah rumah saudara seorang pesakit...

Pengajaran: Sebelum rawatan elok pesakit buang dulu segala tangkal dan azimat yang dapat dikesan, setelah baru dibatalkan segalam susuk sekiranya ada kerana benda2 ini boleh menghalang kesembuhan dan pesakit kena memberitahu kalau pernah mengambil benda2 ini.

No comments:

Post a Comment