Blogger Templates

Monday 23 January 2012

Rijal al-Ghayb

Pagi ahad semalam ada beberapa kes, tidaklah serius sangat, lebih kpd masalah peribadi, pengalaman pesakit menemui bomoh dgn pelbagai ragam, ada yg dlm perjalanan ke rumah bomoh tetapi takdir Allah menyebabkan dia tersilap masuk ke rumah saya, sy kata sy bukanlah org yg dicarinya, setelah berfikir sejenak, dia menukar fikiran dan mahu sy merawatnya. Alhamdulillah, ringkasnya dia dah insaf atas ketelanjuran sebelum ini kerana terlibat dlm amalan2 yg menyalahi syarak.
Malam pula adalah kira2 lebih 20 orang dtg daripada 3 keluarga, dua darinya masalah serius. Sy cuma nak ceritakan satu shj, iaitu pengalaman berdepan dgn pesakit yg tiba2 dirasuki ruh rijalul ghayb (yg dah mati sebenarnya tak kembali lagi, yg datang tu mungkin qarinnya) , seolah2 tanasukh, dakwanya keturunan panglima, susur galurnya wali sembilan, sayapun pernah dikatakan oleh bunian keturunan wali sembilan namun sy tak ambil peduli pasal tu dan sy tak percaya. Bermula elok, salam perkenalan dihulurkan dgn ucapan salam, sy sambut dgn fikiran masih mencari petunjuk, siapalah sebenarnya yg mengaku wali dan panglima ni, tak apalah, perbualan nampak mesra, namun setelah sy minta dia tak usah mendiami badan pesakit ini (yg didakwanya keturunan yg akan dijadanya), tiba2 panas baran muncul mungkin kerana darah panglimanya, seolah2 marahkan sy, sy baca beberapa ayat Quran dimarahinya seolah2 sy anggap dia kafir, sedangkan sy tidak menuduhnya begitu, sy kata kalau dia makhluk baik tentu tak takutkan ayat Quran,  sy teruskan ruqyah ayat2 pelemah dan penunduk, nampak ok sikit, lepas tu dia buka silat lebih ganas, seolah2 mengamuk, beberapa kerusi dan meja terpelanting, air mineral, zam2 dan garam/lada hitam berterabur, terpelanting dibuatnya ,sy cuba bertenang, biarkan dia begitu, minta jgn dipegangnya, ahli keluarga pesakit ada yg terkejut dan menggelabah, sy cuba tenangkan diri, minta dia jgn buat begini, wahai Tuan Haji, kalau kamu betul2 makhluk yg baik dan beriman apatah lagi bertaraf wali, ini bukan contoh yg baik, akhirnya dia minta maaf, dia setuju, sekali lagi berslaman minta maaf, sy kata mungkin pendekatan antara sy dan dia berbeza walaupun matlamatnya sama. Dia anggap sy mencabarnya sebab dia tak setaraf sy, TG Nik Aziz dan TG Haron Din juga tidak setaraf dia katanya. Dia meminta sy menasihati ahli keluarga tersebut yg berpecahbelah, dia nak jaga keluaga ini yg sering berdendam, pecahbelah, dengki dan irihati, sy kata insyaAllah selepas ini akan cuba menasihati mereka. Dia mohon diri utk pergi, tak lama kemudian dtg lagi meminta sy beri peringatan kpd keluarga trsbt dan minta maaf sekali lagi.
Dia kata tadi dia marah sebab seolah2 sy cuba mencabar dia, sedangkan ramai perawat (bukan dari DS) sebelum ini hanya tunduk dan tak berani berbuat demikian, mencabar dia. Sy kata kita sbg makhluk yg beriman kena tunduk kpd Allah, bukan kpd makhluk, hanya Dia tempat kita memohon bantuan, bukan kpd makhluk2 yg manusia tak nampak dan tak tahu asalusul dan hakikat mereka. Dia dah mula berlembut, sy masih bimbang kut2 dia mengamuk lagi. Dia juga sedia utk berkenalan dgn sy seterusnya dan memberi kaedah utk memanggilnya  (dgn membaca ayat2 Quran tertentu) dan insyaAllah dia akan datang berbicara, malam ni, saya kata mungkin bukan malam ni sebab sy agak kepenanatan, saya kata tak apalah bila2 masa, dia setuju, kalau ada kesempatan dia sudi dipanggil utk berbicara hal2 kebaikan khasnya utk keluarga ini. Maaf, sy tidak bercadang utk menyebut di sini apa ayat2 yg sy kena baca utk menghadirkannya, dan sehingga sy menulis blog ni, sy belum praktik kaedah ini, tenguklah nanti bila keadaan dan situasi mengizinkan. Masih tertanya2 siapalah dia ini sebenarnya. Pada tahap ini sy tidaklah bersangka buruk, walaupun banyak kes begini penuh dgn penipuan. Tengoklah nanti...mungkin perkenalan sy dengannya semalam memberi beberapa pengajaran dan tips utk sy ambil. Satu lagi pertanyaan sy adakah beliau sebagai pendekar dan panglima menenali Hang Tuah, dgn cepat dia katakan bahawa Hang Tuah tak wujud, mitos dan khayalan saja, namun Taming Sari adalah benar2 wujud. Bagaimanapun gerak hati saya menyatakan wali yg muncul tadi kena berhati2, namun sy tak ambil pendekatan agresif kerana kalau menderem sy kena sediakan 10 lelaki untuk pegang berdasarkan saiz badan pesakit ini. . Wallah A`lam.

No comments:

Post a Comment