Blogger Templates

Thursday, 19 January 2012

Jin dari tokong

Petang semalam saya dijemput seseorang ke rumahnya di KLsebab anaknya kerasukan. Sy bertolak dari tempat kerja. Setelah diruqyah, datang jin, beberapa ekor dan alhamdulillah dgn izin Allah, pesakit sedar. Tiba2 datang lagi gangguan baru, diajak berdialog, katanya dari tokong cina di Batam, Indon, katanya dia baru dihantar setelah beberapa ekor yg dihantar sebelum ni berjaya dikeluarkan, sy agak kepenatan sebab dah lebih sejam kena handle kes ni, kekuatan dtg kembali, geram pun ada, tiba2 jin tadi meraung2 dan berayu2 dlm bahasa cina, sy tak faham, namun dari lenggok bahasa sy merasakan dia tidak menempelak saya, tetapi sami yg menghantarnya. Saya kata kamu ni tersilap masuk, dihantar ke tempat yg salah, dia angguk, tak sepatutnya kamu menjadi peluru tak bermata, sia-sia kerana Allah swt akan halang kerja kamu.  Dia kata sami di tokong akan hantar banyak lagi. sy jawab hanya kpd Allah kami mohon pertolongan, kamu semua bodoh kerana ditipu. Di sini dia cuba bongkarkan kenapa dia dihantar, sebab-sebab dan siapa punya angkara. Sy tak percaya kesmua yg dikatakannya. Ruqyah diteruskan dan akhirnya dia minta tolong agar dikeluarkan, oklah. Setelah itu datang jin akhir, setelah dipujuk berkali2 hentikan kerja jahat ni, akhirnya dia akur, dia turut mengeluh kenapa org Islam sendiri sanggup pergi tokong minta bantuan dan jin2 kafir yg dihantar, dia ingin bertaubat. Dia asalnya Islam tapi sekarang tak solat dsb. Saya minta dia perbaharui syahadat, dia x dapat lafazkan, berkali2, sy hampir buntu. Sy terus minta dia ikhlaskan diri, bertaubat dan jangan ulangi lagi kerja jahat ni, dia nangis minta ampun, sy kata mohonlah kpd Allah agar dipermudahkan usaha ini. Akhirnya dia cakap sebelum pergi, dia minta ampun dan maaf kepada kedua ibubapa budak yg diganggunya, dia tak akan buat kacau lagi. Sy bertanya ahli keluarga budak perempuan yg dirasuk, betulkah nama org yg disebut jin2 tadi, mereka mengaku kenal dan budak perempuan itu juga kenal. Cukuplah sy tak nak panjangkan sebab ini hal cinta yg terhalang, maka jalan salah diambil untuk meraih cinta secara paksa.

Iktibar dari kisah benar ini ialah; apabila kita sudah terpesong, meninggalkan Allah, tak amalkan lagi Islam, maka berlaku kesukaran utk mengucap syahadatain. Harap keluarga tersebut memahami hal ini dan mendapat pengajaran dari musibah yg berlakuj ke atas anaknya. Kata kedua-ibu bapanya: kalau besok dia (lelaki misteri) datang meminang dgn ikhlas, mereka akan terima...

No comments:

Post a Comment