Pagi tadi (27.1.12) sy ingin rehatkan badan habiskan buku yg dibaca, semalam pergi kedai buku popular di IOI Mall belilah 3 buah buku berkaitan pengubatan dan alam jin serta sihir. Buku pertama hampir selesai dibaca, cuma bila diamati rupa-rupanya isi dan kandungan banyak yg diciplak secara langsung dari buku2 terbitan DS, tanpa dilakukan olahan sendiri, sy sedari hal ini sebagai salah seorang yg terlibat langsung dlm penyusunan kelima2 buku yg menjadi teks resmi pelajar di DS, termasuk buku berkaitan makhluk halus. Namun hati memujuk, tak apalah, yg penting ilmu tersebar, lagipun dlm bibliografi ada senarai buku2 keluaran DS disertakan sebagai penghargaan. Oklah. Tiba2 sy terima panggilan, agak cemas nada pemanggil, beritahu isterinya sudah tak larat, lemah badan, tak boleh berjalan, sakit dan berat kepala amat sangat, dia minta nak datang rumah. Saya tak ingin hampakan harapan orang, datanglah sejam lagi. Ssampai ketika, tiba, isterinya dipapah, memang tak bermaya. Setelah ruqyah pembuka (pemanas badan) dimulakan, terdapat gerakan dan getaran pada pesakit, sy tekan beberapa poin di leher dan belakang, jin diajak berbicara, menurutnya dimasukkan oleh mak saudaranya sejak kecil. masa baby, sewaktu mengasuhnya. Mak saudaranya diakui oleh pesakit adalah bidan yg melakukan upacara perasap dan menjamu, namun dia kini jadi lumpuh dan tidak mampu bertutur, oklah ringkas cerita, menurut pesakit waktu bersalin dulu, makciknya menyuruhnya makan uri dan dia makan. Beberapa ketika kemudia dia rasa tak enak, gangguan mula berlaku, pelbagai domoh dicari sehinggalah dia mengenali DS. Dia datang rumah sebab jarak rumahnya taklah jauh, lagipun sy pernah deal kes pesakit ni sebelum ini dan kenal sy.
Pengajaran ialah: berbagai cara dilakukan termasuk memakan benda kotor seperti uri, manusia sanggup kerana liciknya penipuan makhluk halus, baik yg bernama saka mahupun tidak. Sekian dulu, esok merawat di DS, petang ada temujanji dan hari minggu juga ada temujanji.
Pengajaran ialah: berbagai cara dilakukan termasuk memakan benda kotor seperti uri, manusia sanggup kerana liciknya penipuan makhluk halus, baik yg bernama saka mahupun tidak. Sekian dulu, esok merawat di DS, petang ada temujanji dan hari minggu juga ada temujanji.
No comments:
Post a Comment