Kes ni jarang ditemui, walaupun beberapa kali dah saya lalui yg mirip sebegini, namun yg ini lain sikit, ada bukti. Tengahari tadi (14.1.2012) jam 1.00 lebih kurang saya merawat seorang wanita yg ada gangguan. Semasa diruqyah satu jin yang berasal dari sebuah kampung di Siam muncul berdialog. Jin ini telah ditangkap oleh seorang sami dan dibawa ke tokong. Kisah bagaimana dia sampai ke Malaysia, dia dipotong sayap sehingga tak boleh lagi kembali ke Siam dan harga yg dibayar oleh pengupahnya tidak perlulah saya ceritakan. Ringkasnya jin yang beragama Budha ini setelah disaikologikan, bersedia memeluk Islam dan beriman. Sebelum peluk Islam, dia ingin meminta pengupah yg bawanya ke Malaysia untuk menyakiti wanita tersebut agar bertaubat , membebaskan dia dan biarlah wanita tadi memilih pilihan hatinya, bukannya lelaki pengupah yg dah berkahwin itu. Tiba-tiba jin itu meminta handphone untuk memberitahu sendiri kepada pengupah tersebut, diseluknya beg tangan wanita tadi dan mengambil phone lalu menulis sms, setelah siap meminta saya tekan bukan send kpd pengupah (yg bawanya dari Siam). Kemudian dia forward sms itu kepada saya. Kandungan sms juga tak perlu saya sertakan di sini. Sy ada simpan sms tu. MasyaAllah jin pun tahu ICT, Saya tanya bagaimana dia boleh berbahasa Melayu, dia kata apa nak dihairankan, dia guna otak wanita tu. Jin itu berikrar untuk memeluk Islam dan menjadi makhluk beriman serta tidak akan murtad. Setelah diIslamkan dia meminta saya membantunya keluar (dari rusuk sebelah kanan) dan pergi ke sebuah surau (tak perlu sebut surau mana) untuk belajar agama. Saya beri nama Abdul Aziz dan dia setuju. Semoga dia menjadi makhluk yg beriman dan Allah kekalkan keislamannya itu. Kesian dia masih muda, jin kampung yg diperdayakan oleh manusia.
Friday, 13 January 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment