Nama-nama seperti pelesit, langsuir, anak kerak, dan penanggal sering diucapkan di kalangan masyarakat Melayu apabila merujuk kepada gangguan makhluk halus. Adakah mereka main serkap jarang atau kalau mereka yakin, siapakah yang mengesahkan jenis-jenis spesis makhluk halus tersebut. Justeru itu eloklah terlebih dahulu memahami jenis dan sifat makhluk halus ini. Nama-nama tersebut diberi berdasarkan asal usul dan cara pengambilan atau kehadirannya, sifat dan tabiat gangguannya, juga simptom yang terjadi ke atas mangsa gangguan tersebut. Kalau mereka sememangnya makhluk halus, maka bagaimana untuk menanganinya? membuang atau menyingkirkannya? . Bolehkah disembelih atau diseksa dia, dibakar dia, dipasung atau dipenjarakan dalam botol, dikurung sampai bila-bila, dibuang ke sungai atau ke laut. Diperapakan dia mengikut niat kita semata-mata yang diiringi doa atau ruqyah, logikkah? Memang tiada mustahil bagi Allah, tapi bab harus dan mustahil ni tak boleh dibuat main-main , jangan disalah tafsir. Macamana kita boleh mengesahkan dia terbotol, tersembelih, terbakar dan sebagainya?. Betulkah dakwaan menggunakan mata batin?, menggunakan teknik makrifat?.Main agak tapi tembak macam dah confirm. Persoalan ini selalu bermain di minta masyarakat kita. Nama lagi dia makhluk halus, maka haluslah sifatnya, lembutlah juzuknya, lenturlah jisimnya, tiada yang boleh menghalang laluannya (dengan kehendak Allah) walaupun rongga/lubang itu amat sempit, amat halus, sehalus urat darah, sehalus saraf manusia, terhalangkah dia kalau dikurung dalam botol, tidak tersasarkah sehingga dia melencoong dan masuk ke dalam tubuh perawat. Justeru itu perawat tertentu mendakwa boleh melihat benda-benda ghaib, boleh mengira pula berapa ekor jin, sedangkan jin dalam badan sendiri dia tidak boleh mengira, kecuali perawat lain mengiranya. sedangkan dakwaan melihat yang ghaib itupun sudah menyalahi nas (Tiada seorangpun tahu perkara ghaib kecuali Dia, yakni Allah). Berani betul manusia macam ni yang terang2 menyalahi nas. Lebih parah mendakwa dirinya perawat Islam. Semoga para Darussyifa' tidak dengan sengaja mendakwa boleh melakukan perkara2 yang mencarikkan adat. Kalaulah ada itu maunah namanya, ,Nabi dan Rasul dianugerahi mu`jizat, para wali ada keramat (bukan semua), yang bermain sihir diberikan istidraj (ini untuk orang fasiq, amat tercela). Moga kita dijauhi dari perkara yang tercela, dan marilah kita mendoakan agar dihindari dari keburukan dan celaan Allah, didoakan juga rakan-rakan perawat tidak kira dari aliran mana sekalipun, baik Darussyifa' mahupun yang lain, agar diberi petunjuk oleh Allah, sentiasa dan selama-lamanya.
(Nota: Ada syaitan memberitahu melalui pesakit bahawa ada ramai syaitan di kalangan manusia, hari-hari kerjanya seperti manusia, mengubat orang, nampak warak, suruh orang baca Quran dan zikir, namun dia melakukan syirik dan kufur kepada Allah_ ertinya manusia yang menjadi proxy syaitan untuk menyesatkan manusia. Macamana nak kenal ?.... tunggulah. Tazkirah ini untuk diri sendiri, yang lain pun boleh kalau inginkan)
No comments:
Post a Comment