Blogger Templates

Wednesday, 4 January 2012

Duyung atau dugong

Misteri yang masih belum tersingkap ialah mengenai ikan duyung. Adalah ia makhluk atau hidupan akuatik atau sebahagian makhluk misteri alam ghaib yang sekali sekala muncul menampakkan diri kepada manusia sepertimana makhluk ghaib lain yang memiliki kerajaan di langit, di belantara, hutan dan rimba, di sungai, dan di dasar lautan. Bagaimana kejadian mereka, asal usul mereka, kehidupan dan masyarakat mereka, aktiviti seharian mereka. Adakah ia hanya ilusi dan khayalan manusia saja tentang mereka. Mereka dikatakan pernah beberapa kali muncul dan disaksikan di beberapa tempat di dunia baik di timur mahupun barat dan terdapat imej yang sempat dirakam oleh lensa kamera... Sekiranya kewujudan mereka hanya khayalan, kenapa pengkarya menghasilkan beberapa filem yang diterbitkan tentang mereka sejak tahun2 60 an sehingga kini.  Bukankah karya filem tercetus hasil dari pengalaman pengkarya yang dimanifestasikan menerusi sinematografi. Ertinya mereka pernah hadir dalam alam nyata, samada kita sedar atau tidak. Sekiranya ada duyung perempuan maka tentu ada duyung lelaki. Bukankah Allah SWT menjadikan sesuatu di dunia ini berpasang-pasangan. Ada yang  cantik dan ada yang kurang cantik. Begitulah juga duyung ni. Saya tak fikir semua duyung adalah berupa perempuan cantik. Tentu ada yang sebaliknya, yakni bukan sepertimana yang diimaginsikan oleh kebanyakan kita.

No comments:

Post a Comment