Blogger Templates

Wednesday, 18 January 2012

Jin budak dan jin kampung

Saya percaya ramai perawat dah jumpa jin jenis ni, jin budak (biasanya lelaki) dan berasal dari perkampungan. Mereka selalunya ditangkap oleh jin2 belaan pawang dan bomoh untuk tujuan dijual, maksudnya setelah dibayar pengeras, bomoh tadi akan arahkan jin2 tertentu yang masih akur dan mendengar kata, pergi memberi khidmat kpd manusia yang berurusan dengan bomoh tadi. Tugasnya samada menyakiti atau mengawasi orang2 tertentu yang bermusuh atau didendam oleh pengupah. Jin jenis ini mudah dipujuk untuk meninggalkan tuannya (manusia pengupah) serta memutuskan ikatan dengan bomoh. Serangan sekiranya ada adalah dari ketua jin yang memantau dan menguasai jin2 budak atau jenis kelas rendah seperti itu. Cara yang paling mudah adalah menggunakan pendekatan psikologi, memujuk dan mendedahkan tentang agama Islam. Ini hendaklah dilakukan secara berhikmah dan yakin ......bersambung..
petang ni baru boleh sambung...ringkas cerita jin ini ingin beriman kepada Allah dan memeluk Islam. Saya meminta dia bertaubat, berjanji dan berikrar tidak akan murtad dan melakukan kerja2 jahat lagi. Sy sarankan pergilah belajar agama di mana-mana surau dan masjid yg berdekatan. Sebelum itu kena ada nama, dia nak nama Aziz, sy tanya kenapa nak nama tu, dia kata budak ini adalah peminat Aeron Aziz, pelakon tu, dia tahu nama tu, saya kata tak apalah asalkan maknanya elok. Saya cadangkan nama Abdul Aziz, dia setuju. Setelah diislamkan, dia pergi ke satu tempat (tak perlulah disebut) utk mengaji agama. Dlm kes sebegini, sebilangan perawat kata kita jangan percaya helah jin, semuanya penipu. Entahlah, mana kita tahu dia menipu atau tidak, seolah2 kita tahu perkara ghaib,  adakalanya kita cuba bersangka baik, setelah beriman kita berdoa agar Allah selamatkan keislamannya, hal2 yg berlaku selepas itu adalah hak Allah, dgn izinNya, bukan kita yg menentukan.
Cuba renungkan kes ini (berkaitan menyebut benda2 ghaib) ;
Perawat 1: setelah ruqyah pesakit gangguan, dia kata ada jin.
Perawat 2: setelah ruqyah pesakit gangguan, dia kata tiada jin.

Bagi saya kedua2nya menimbulkan kekeliruan. Kedua2nya menyebut perkara ghaib.

No comments:

Post a Comment