Blogger Templates

Saturday, 7 January 2012

Ghaib



Ghaib

Selepas simposium semalam, ada peserta bertanya kenapa saya tidak menerangkan berkaitan ghaib. Saya hanya catat maaf dan rahsia, bimbang disalah guna. Maksud ghaib di sini ialah ghaib dari pandangan mata musuh, atau orang2 yang mempunyai hasad dan berniat jahat kepada kita. Bukannya ghaib dan kemudiannya menghilangkan diri dan kemudian berada di tempat lain. Ia berupa hijab dan terlindung pandangan, menerusi bacaan rugyah pendinding, di samping ada juga menggunakan bahan tertentu. Seperti masalah gangguan kita guna garam, lada hitam, air dan sebagainya, mohon zuriat guna akar beringin, elak gatal guna daun mambu dsb. Kita boleh memohon pelindungan daripada Allah agar dilindungi, misalnya keberadaan kita di sesuatu tempat tidak disedari atau dilindungi dari pandangan orang tertentu atau musuh, sedangkan hakikatnya wujud. seperti juga mohon perlindungan untuk rumah kita dari sasaran pencuri atau penyamun. Penjahat tidak nampak rumah kita atau pandangan mereka dihijabkan. Permohonan kita terus kepada Allah, bukan kepada makhluk lain. Ini bukan sihir atau pukau atau melakukan hipnotism, atau perantaraan seperti tangkal dan azimat tetapi lebih kepada memohon agar di selamatkan dari musibah dll. Ingatlah bahawa pergantungan hanya kepada Allah, bukan pada objek2 tertentu. Penyalahgunaan boleh berlaku sekiranya kira melakukan sesuatu melampaui hajat dan keperluan. Mungkin sewaktu melintas jalan orang akan melanggar kita kerana tidak nampak kita, sedangkan kita nampak diri sendiri. Kita pun tak boleh confirm orang tu tak nampak kita. Adalah bertuah sesiapa yang memperolehi atau dianugerahi maunah, ialah satu anugerah Allah kepada sesiapa yang dikehendakinya, dengan berbagai cara dan bentuk tertentu. Janganlah kita sengaja melakukan perkara yang mencarikkan adat sehingga mirip kepada perbuatan sihir. Namun demikian tiada yang mustahil bagi Allah SWT, sesuatu yang dianggap pelik, namun adakalanya berlaku dengan kehendak dan izin Allah SWT. Ilmu tidak boleh disembunyikan, namun bukan semua orang layak menanggung semua ilmu sekiranya persiapan mental, fizikal dan spritual tidak cukup untuk menghadapi cabaran dan ujian tertentu. Justeru itu ilmu pengubatan tidak boleh diperolehi dalam sehari, sehari dua kursus atau menerusi mimpi, menurun dan sebagainya. Hendaklah kita berguru, dengan guru yang kita percayai, guru yang memiliki kualiti terbaik dan menguasai ilmu yang diajarinya dengan segala selok beloknya. Tanpa berguru, maka guru yang paling hampir adalah syaitan. .
Wallah A`lam..

No comments:

Post a Comment