Blogger Templates

Saturday, 28 January 2012

Tangkal dan Benteng Rumah

Pagi ni (29.1.12) sepertimana dijanjikan, dtg seorg wanita, anak dan mak saudaranya dari Singapura, bawa baki tangkal dan azimat yg pernah dibawanya minggu lepas. Tangkal berupa satu bekas bertalikan warna kuning diletakkan patung tembaga macam tokong, ada cecair dan beberapa jenis bahan terapung, warna kemerahan, juga baki 3 batang logam berukir yg dipasak dlm konkrit (mozek) di empat penjuru rumah sbg bengeng dari gangguan. Pesskit minta dibatalkan dan ditawarkan tangkal2 tadi agar gangguan di rumah dan pejabat dapat dipatahkan. Alhamdulillah pesakit nampaknya dah sedar dan insaf bhw benda2 macam ni boleh merosakkan akidah dan berikrar tidak mahu lagi mendatangi bomoh. Moga azam dan niatnya dimakbulkan oleh Allah. Peringatan: Minggu lepas batang logam yg dipasak tak boleh dicabut, dipaksa dan hanya satu dapat, itupun patah bhg hujung tertinggal dlm konkrit. Saya nasihatkan lepas ini, jirus atau siram dulu dgn air ruqyah diikuti dgn bacaan ayat Quran tertentu, setelah itu mohonlah Allah permudahkan. Dia buat apa yg disarankan dan dengan izin Allah, dia boleh cabutnya dgn mudah, pakai tangan saja, tanpa cangkul, sedangkan batang logam yg dipasak dlm konkrit itu panjangnya hampir sejengkal. Nasihat saya bacalah dulu doa2 pembatal sebelum mencabut barang sihir dsb.

Petang ni sy diminta ke rumah saudara seorang pesakit, ada sesuatu menunggu di sana dan sy menjangkakan pertembungan menarik akan berlaku dan pertarungan dahsyat akan terjadi, so, sy kena buat persiapan lebih awal...moga Allah swt mempermudahkan usaha ini...bersambung...seperti dirancang sy sampai ke rumahnya, beri penerangn sikit ttg bagaimana nak melindungi diri dan keluarga dari gangguan fizikal dan spritual, lepas tu baca yasin beramai2, kedua ibu bapa, adik beradik dan cucu2 semua ada, berkumpul, kalau hari raya belum tentu dapat berkumpul serentak macam ni, masing2 perlu berniat utk memohon kpd Allah agar diselamatkan dan dilindungi keluarga ini dari sebarang masalah baik penyakit mahupun lain-lain. Dlm keluarga ini semua adik beradik mengalami simptom yg hampir sama, berat kepada, sakit badan, sengal, kebas dll, yg agak teruk 3 orang yg perempuan. Selepas maghrib,buat solat hajat dan merawat beberapa org ahli keluarga, termasuk yg menderam masa dirawat, ada yg masalah cyst (masa rawat, kakaknya amat marah, seolah2 jangan bagi rawat), dlm hati sy dah tahu sebabnya, bapanya pernah simpan 2 keris, satu keris yg dah makan korban 2 komunis dan ini dah diberi kpd saudaranya, 1 lagi yg pernah datuknya guna utk perasap dan buat sajian tertentu, oklah ringkas cerita sy tak nak merisaukan keluarga, nasihat guna air ruqyah dan jangan fikir yg bukan2, dia juga minta sy rawat maknya (nenek) yg dulu bidan, tukang urut dan bomoh yg pakai macam2, menjamu benda tu, dsb, tak mahu dirawat, skrg, sakit terlantar, x dpt bercakap dah, uzur sangat, sy kata tengoklah masa sesuai nanti, sy maklumkan,  sebelum balik ada seorg pesakit yg call nak jumpa sekarang, masalah peribadi, kawannya kehilangan suami (lari dari rumah) dan dia sendiripun ada masalah, sy cakap mlm ni sy perlu rehat, esok pagilah...namun demikian dlm hati sy terus memohon agar Allah beri kesembuhan kpd pesakit dan dipermudahkan...

Peringatan: Sekiranya terdapat penyakit2 ganjil, kronik dan sukar sembuh menerusi rawatan alopati, maka berusahalah kumpulkan kesemua ahli keluarga, baca yasin, solat hajat dan doa selamat agar Allah swt memberi perlindungan dari segala penyakit baik rohani mahupun jasmani.

No comments:

Post a Comment