Kes ni sebenarnya sy handle dah lama (lebih 3 tahun),Sebelum itu ramai pengubat yg merawatnya, namun sy tidaklah nak ceritakan hal ini nanti timbul riak pula. Kebetulan pesakit ni kuat beribadat, membaca Quran dan berzikir, banyak jin yg berjaya diIslamkan (menerusi beberapa siri rawatan) menerusi pesakit ini. Kemudian ada beberapa syaitan beria2 nak ganggu pesakit ini, namun semuanya gagal, tak tahan, antaranya kerana pesakit ini kuat beribadat dan sentiasa berzikir, tak tahan, setelah dirawat mereka akur dan belah, yg ada sekarang hanya satu syaitan, dakwanya ketua syaitan setelah yg lain2 dah keluar. Syaitan ini pun tak tahan tapi dia sukakan pesakit ini kerana cabaran sebenar berlaku. Pesakit2 lain senang digodanya tapi yg ini tidak, itulah dikatakan cabaran dan dia sanggup mati kerana ini, tapi mana ada syaitan mati, usianya sendiri dah 100 ribu tahun. Setiap kali rawatan dan diruqyah, syaitan mengaku rasa sakit dan panas , kami berdialog, ada ketikanya dia akur dan keluar dan ada ketikanya dia minta tempuh. Bg sy semua itu dgn izin Allah swt. Syaitan adalah makhluk halus yg tidak boleh diIslamkan, sia-sia berdakwah kepadanya kerana tidak muingkin beriman, dia sendiri mengaku, mana ada dalam sejarah syaitan masuk Islam, kalau berlaku padanya, ini adalah sejarah. Ada ketikanya saya buntu, sejak dua tahun ini bicaranya selamba, tidak mengganas, tidak mengancam sy dan katanya dia tak lagi menyakiti pesakit dan ini diakui sendiri oleh pesakit. Sakit hanya datang ketika dia berdepan dgn seseorang yg mengamalkan ilmu ilmu dan ilmu sesat. Pertarungan sebenar antara jin dan syaitan. Syaitan ini tidak menyukai jin2 yg ada perjanjian dgn manusia, bukannya jin2 liar. Kali terakhir sy berdialog dgnnya semalam. Dia offer nak tunjukkan rupanya, tapi sebelum saya jawab terus dia kata tak payahlah, sebab rupa dia buruk, hodoh, tidak sepertimana jin2 Islam yg lain. Tiba2 datang makhluk yg menurutnya bunian, menghampiri kami, sangat cantik katanya, beriman dan dari keluarga kuat beragama (saya tahu dan kenal mereka sekeluarga tapi tak elok diceritakan di sini). Sy kata itulah kamu syaitan rupa buruk, kalau Islam tentu rupa kamu elok dan cantik. Nak buat camna dia syaitan katanya, selama-lamanya begini, tugasnya memang utk menyesatkan manusia. Mana ada syaitan baik, tapi dia dah penat, nasib baik ada pesakit ni, tak payah dia buat kerja lebih2. Adanya dia menyebkan pesakit ini sentiasa menggandakan ibadatnya kepada Allah swt. Sy minta dia tinggalkan pesakit ini, dia setuju, 30 saat kemudian pesakit sedar. Ini kisah semalam (Isnin malam - 24.1.2012).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment