Ahad (4.3.12), temujanji dgn seorang rakan, juga perawat, namun beliau rasa tak mampu dan belum bersedia merawat kes sebegini, sy akui kes ini agak rumit, melibatkan ahli keluarganya dan keluarga ipar duai. Dia memberitahu datang untuk dirawat anak saudaranya sahaja, usia 3 th, bengkak kaki, dan kedua2 tangan, dah lebih 1 minggu, pergi doktor ambil darah dsb, tidaklah diketahui puncanya. Sy pula menjangkakan akan ada kes sampingan lain. Setelah dirawat, mak dia beritahu pernah berubat dgn seorang bomoh berdekatan kampungnya di Trengganu (nama bomoh dan tempat dirahsiakan) dan pernah diberi sebentuk cincin oleh bomoh tadi. Malangnya dia dah serahkan cincin itu kat seorang bomoh lain semasa berubat. Sejak itu dia jatuh sakit yg tak henti2, bunyi2 pelik dlm rumah, ada belalang hijau, mimpi ular hitam nak patuk, ada banyak lipan dlm bilik air dll. Tiba2 mak dia (ibu kepada mak budak yg dirawat tadi) menggilai dan memperli serta menempelak bahawa cincin itulah yg menjadi punca kemarahan bomoh yg berikan dia cincin itu. Sekarang dia (jin) mula merasuk, datang utk memberitahu, beri amaran dan mendakwa tugasnya utk menyakiti seluruh keluarga ini belum selesai. Cincin itu tak boleh diberikan kepada sesiapa, tapi dia langgar janji dan pantang. Kini jin bomoh datang meresap dlm badan mak dia (nenek budak yg dirawat tadi) . jin itu cakap di rumah dia di kampung, di bilik belakang ada minyak mati bunuh. Sy biarkan jin itu membebel seketika.
Selepas itu sy memberi peringatan kepada jin itu ttg usahanya dan bomoh tuannya itu akan gagal kerana Allah tidak akan izinkan semua perbuatan jahatnya berlaku, berhentilah dari melakukan kerja2 ini, kamu dah tersilap masuk dalam badan orang ini (nenek), dia kuat, rajin solat, mengaji dan berzikir dan nanti kamu akan merasa sakit dan menderita. Kalau tadi dgn lagak sombong dan keras, kini dia mula menurunkan suaranya. Dia kata betullah, badan dia mula rasa sakit, panas, aku tersilap masuk, tersalah orang, Macamana ustaz?. kata jin itu. Sy kata macam inilah, kamu ni jin, bukan syaitan (ada perbezaan antara jin dan syaitan), kamu dipergunakan oleh manusia jahat, tak ada apapun kamu dapat kecuali makan benda2 kotor seperti darah, bangkai dsb, kamu dah buat kerja ni dah lama, buang masa saja, sia-sia, dah banyak buat dosa, kamu akan ditempatkan dlm neraka nanti, kamu makhluk berakal sama seperti manusia, namun kamu terperangkap dgn perbuatan jahat manuisia, kamu boleh meninggalkan kerja2 tu, bertaubatlah dan kembalilah kepada Allah. Dlm al-Quran Allah berfirman: Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat (memperhambakan diri kepadaKu). Dia tunduk, sambil angkat perlahan2 lengan kiri. Sy tanya kenapa?, apa dah jadi dgn tangan dan lengan kamu tu?. Dia kata dah tercerdera sebab terkena air ruqyah sewaktu dirawat dulu. Sy sambung, itulah balasan kerja jahat kamu, tidak semua yg kamu buat berjaya, Allah akan halang, ni pun kamu dah silap masuk badan org ni, dia ni suka beibadat, solat , baca Quran, berzikir dsb, nanti kamu akan tersiksa, tak sempat bertaubat dan masuk nerakalah kamu selama-lamanya. Dia kata kalau macam tu dia ingin masuk Islam, tapi dia ada bawa kawan2 dia bersama (ada di luar badan nenek). Sy kata eloklah, ajak sekali kawan2 kamu tu peluk Islam, putuskan hubungan kamu dgn bomoh tu, , bebaskan diri kamu, jangan takut lagi kepada tuan kamu, si bomoh tu kerna dia adalah manusia yg lemah, jin juga lemah, lepas ni pergilah belajar agama, jadilah makhluk yg beriman, insyaAllah dosa2 kamu akan diampunkan.
Sy percaya pendekatan dakwah perlu dilakukan. Dia lalu menagis terisak2, minta ampun atas dosa2 kepada ahli keluarga ini yg ada di rumah sy. Sy kata keampunan sebenar hendaklah dipohon kepada Allah swt, bukan manusia. Sebelum diIslamkan sy merawat dulu lengannya yg tercedera dan selepas itu dia mengatakan dah baik dah, sy kata selepas ini mintalah kesembuhan kpd Allah. Setelah itu sy minta dia berikrar dan bersumpah sesudah Islam nanti, tidak akan murtad, sekiranya dia dan kawan2nya murtad, Allah akan melaknatnya di dunia dan di akhirat serta mendapat azab di akhirat nanti. Setelah merasa dia ikhlas, lalu sy minta dia dan kawan2nya memimilih nama2 Islam yg baik. Dia sendiri setuju pakai nama Ibrahim dan kawan2nya dinamakan Abdul Qadir, Haron dan Ishak, kemudian dia dan kawan2nya mengikuti lafaz syahadatain yg saya ucapkan dan disaksikan oleh 11 orang yg berada di situ. Selepas mengucapkan salam, sy minta dia dan kawan2nya pergilah ke Mekah sepertimana diinginkannya dan berjumpa dgn Abdullah dan Ismail di sana (antara Jin Islam yg pernah menjadi musuhnya sebelum ini dan sy pernah berdialog dgn mereka berdua). Moga Allah selamatkan jin2 Islam tadi dan didoakan agar mereka menjadi makhluk Allah yg beriman. Nenek itu pula tiba2 tersedar dan sy ceritakan serba sedikit apa yg berlaku tadi serta berdoalah agar Allah memberi hidayah kepada bomoh2 yg menggunakan khidmat jin dan syaitan agar dia bertaubat dan meninggalkan kerja2 jahat yg merosakkan manusia.

Pengajaran: Ramai org yg mempertikaikan, bolehkah jin memeluk Islam, betulkah dia ikhlas atau cuma menipu perawat ?. Bagi sy segalanya terserah pada Allah, Janganlah kita menjadi makhluk yg sering berburuk sangka, moga Allah tetapkan iman mereka dan sempurnakan janji serta ikrar mereka utk beriman kepada Allah. Bukankah Allah telah berfirman bahawa: Aku tidak jadikan jin dan manusia kecuali untuk beribadat kepadaKu. Ramai manusia yang asal keturunan mereka bukan Islam, tetapi kemudiannya memeluk Islam, begitulah juga makhluk jin ini.
No comments:
Post a Comment