Blogger Templates

Tuesday 13 March 2012

Tauliah Bekam Sunnah

Jumaat (9.3.12), hari ni ada meeting PIBG (selaku YDP) sampai lewat petang, sebelum maghrib pula berkejar ke sebuah surau utk menyambung kursus berkaitan rawatan Islam (Bekam Sunnah) selepas maghrib dan selepas isya', iaitu sambungan minggu lepas. Siang tadi ada beberapa kes, cuma sediakan air ruqyah utk beberapa orang pesakit. Minggu lepas adalah teori dan pengenalan tentang sejarah bekam, dalil dan nas, kebaikan, poin2 penting bekam, syarat pembekam dan orang kena bekam, persediaan, peralatan dan bahan dan pelbagai aspek lagi termasuk kaedah membekam dsb. Malam ini sesi praktikal, semua peserta seramai 10 org, bakal jadi pembekam, serius dan tak sabar2, persiapan mental dan fizikal dah dibuat beberapa minggu lepas lagi, sebelum itu latihan amali kaedah buang santau dan susuk (hanya 8 org terlibat, 2 tak hadir). Sy lebih suka bilangan kecil tapi penuh komitmen dan serius. Malam ini ditentukan 5 pasangan akan melakukan bekam dan dibekam. Sy mensyaratkan juru bekam mestilah pernah dibekam dan pernah membekam orang,  di samping memenuhi kriteria tententu. Mlm ini adalah peluang utk praktikal bagi memenuhi keperluan tersebut. Sesi penerangan dimulakan selapas maghrib manakala praktikal sebenar selepas isya' bermula jam 9 mlm hingga 11.30 mlm.

Semua peserta melepasi ujian amali ini tanpa masalah walaupun ada peserta yg agak kekok pada mulanya. Mereka nampaknya berpuashati kerana apa yg dilalui tidak sepertimana yg mereka gambarkan dan saksikan sebelum ini. Terdapat doa dan ruqyah tertentu perlu dibacakan sebelum, semasa dan selepas sesi bekam. Bekam mesti dibuat dlm keadaan cermat, bersih dan langkah keselamatan yg ketat perlu diambil. Penggunan cup, alat vakuum, swab alcohol, surgical spirit, kapas, tisu, balsam, minyak pati gamat berangin, cecair atau losyen kuning, jarum pakai buang (sekali guna), topeng muka dan sarung tangan serta cecair pembasmi kuman seperti dettol, di samping alat menyukat tekanan darah, kandungan gula dlm darah dsb hendaklah difahami betul2 oleh peserta. Begitu juga pembuangan sisa-sisa klinikal seperti darah kotor, tisu, jarum dan sarung tangan yg dah digunakan hendaklah pada tahap keselamatan yg tinggi. Sy harap selepas ini mereka akan menjadi juru bekam yg berkemahiran asal saja mereka terus menimba pengalaman dan pengetahuan dari masa ke semasa. Mereka adalah peserta yg akan diijazahkan amalan Bekam Sunnah dan akan memberi perkhidmatan kepada masyarakat yg memerlukan.

No comments:

Post a Comment