Jumaat (16.3.12) sebentar lagi sy akan ke Pantai Medical Centre atas jemputan ahli keluarga seorg pesakit jantung, wanita berusia 41 tahun. Semoga Allah menyelamatkan dia dan memanjangkan usianya. Sy tiba di wad sepertimana dijanjikan dan pesakit ditemani oleh emaknya, abang iparnya dan dua orang anak saudaranya. Pesakit ni anak sulung dan belum berkahwin, masalah tekanan tinggi, hingga jantung sebelah kanan tak berfungsi, saluran darah bhg aras agak kecil, so, darah tak dapat mengalir secara normal, sehingga bekalan oksigen ke otak dan kepala tidak cukup. Dia pernah tumbang dan pengsan pada tahun 2004 dan inilah bermula sejarah dia dikesan menghidapi masalah jantung. Doktor pakar mengesyorkan agar dibuat transplant (pemindahan organ) yang melibat jantung dan paru-paru sekaligus. Ini bermakna penderma hendaklah bersedia menderma kedua2 organ tersebut sekaligus. di Malaysia ketika ini ada 6 org yang bersedia menderma namun peluang untuk serasi dan boleh confirm sihat selepas transplant agak tipis. Sebab itu emak dia tak mahu dia ambil risiko ini. Sy ruqyah dan doakan pada pesakit, pada air mineral dan air zamzam, juga minta dia amalkan bacaan ayat2 tertentu khususnya dari surah Yasin, di samping berpantang
Thursday, 15 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment