Blogger Templates

Saturday, 3 March 2012

Suami kaki mabuk, bakal mertua tukar fikiran dan..

Sabtu (3.3.12) hari ini ada berbelas kes tapi hanya beberapa kes nak diceritakan. Ada pesakit perempuan, kes lama, sy dapati ini antara kes yg paling degil, on off, ramai yg dah rawat dia, belum pulih sepenuhnya, putus sikit air ruqyah, gangguan teruk berulang. Dlm pada tu dia ceritakan minggu lepas, setelah disyorkan dia pergi ke rumah seorg perawat, di sana dia rasa pelik, kenapa perawat tu guna seorg perempuan dan suaminya utk memberitahu masalah dia, punca penyakitnya, setelah dijampi dia tak sedar, maka perempuan yg ada bersama perawat itulah yg memberitahu ttg penyakitnya, puncanya dan hal2 sulit sehingga kalau didengar boleh memalukan pesakit, menimbulkan fitnah, setelah sedar dia diberitahu apa yg berlaku oleh kawan2nya yg datang bersama, dia hairan kerana di DS, tak pernah dia dirawat macam ni. Namun di sini lain pulak. Perempuan yg digunakan oleh perawat itu dikatakan nampak makhluk2 halus seperti bekas boyfriendnya berwajah seperti syaitan, menakutkan, siapa yg hantar sihir dsb. Kes ini saya klasifikasikan sebagai menurun, sama seperti tanasukh arwah atau mengubat orang melalui perantaraan. Namun demikian perawat tersebut tidak berjaya mengusir jin yg bersarang dlm badannya, sekadar beri air ruqyah dan suruh dia balik. Bila dia ceritakan kepada sy, tidaklah sy komen apa2, sy tidak tengok sendiri, cuma diberitahu dia guna kaedah seumpama itu termasuk oleh ramai pesakit lain. Ramai perawat2 senior yg kagum dgn kebolehan perawat super senior tadi, cuba mendampingi utk mengetahui rahsia dan kelebihannya, sy juga ingin tahu ttg amalannya, namun sy org junior berbanding beliau, seganlah, lagipun kaedah itu pelik sikit, sebab setahu sy TG tak pernah  ajar kaedah seumpama itu. Biarlah, harap2 dia tidak menyalahi kaedah pengubatan yg diisyaratkan oleh Nabi Muhammad saw. Sy juga tidak ingin memburukkan seseorg, apa lagi memperlekehkan seseorang, lagipun dia perawat seperguruan sy.

Kes lain, pessakit yg kini hamil 7 1/2 bulan, dia datang bersama mertua, adik ipar dan bakal menantu mak mertuanya. Suami dia sambung belajar di New Zealand dan sambil bekerja di sebuah syarikat di sana. Menurutnya suami dia suka melayan perempuan walaupun dia taklah handsome,isteri dia kata suaminya pakai penunduk, jadi kaki perempuan dan minum arak serta sering mabuk bersama kawan2 mat sallehnya. Dia risau mahu agar suami meninggalkan tabiat buruknya itu. Dia suami yg baik namun dia risau sebab perangainya menjadi2 semasa di rantau orang.

Kes lain seorang lelaki yg berkawan dgn seorang perempuan, suka sama suka tapi keluarga perempuan tak suka, tak sekufu katanya. Dia pernah masuk meminang tapi ditolak mentah2 tanpa sebab. Akhirnya dia terima hakikat dan berundur. Selepas beberapa ketika dia diperkenalkan dgn seorang wanita dan setelah berkawan beberapa bulan, kedua2 mereka rasa serasi dan ingin berkahwin. Wanita ini seorang janda tanpa anak tapi pernah keguguran dua kali. Bekas suaminya kini dah kahwin lain. Setelah lelaki tadi berkawan dgn wanita ini dan merancang nak kahwin, tiba2 keluarga perempuan pertama tadi menukar pendirian pulak dan bersedia serta setuju menerimanya sebagai menantu. Dulu ditolak mentah2, kini terima pulak, macamana ni?. Kini dia dalam dilema. Sy nasihatkan dia buat istikharah dan solat hajat mohon dipermudahkan segala urusan.  Dia kena terima hakikat bahawa perempuan pertama itu bukan jodohnya dan wanita yg muncul kemudian mungkin lebih tepat baginya. Sejak berkawan dgn wanita ini semua perkara berjalan lancar dan dipermudahkan.

Selepas kes di atas, masuk pesakit lain, perempaun, sy masih ingat dia yg pernah datang tahun lepas, ada gangguan dan menangis terisak2, mengadu suaminya tiba2 berubah hati, ingin kahwin lain dan tak mempedulikan dia lagi. Kali ini dia datang memberitahu dia dah jadi janda, diceraikan dgn talak satu dan bekas suaminya dahpun kahwin lain. Kini dia sendirian dan akhir tahun lepas pergi umrah, di sana kawan dia memperkenalkan dia dgn seorang lelaki, masih bujang, bila ditanya lanjut, oh rupanya lelaki yg jumpa sy sebentar tadilah orangnya. Mereka merancang bernikah dan sy kata jangan tangguh lama2, cuma masalah sekarang bekas suaminya cuba hubunginya semula dan ingin rujuk kerana dia kata perkahwinan dgn isterinya sekarang tidak bahagia, dia ingin kembali dan diberi peluang, namun wanita ini sudah kecewa, berkerat rotan berpatah arang, lagipun dia sedang merancang utk bernikah dgn lelaki tadi. Sy minta dia panggil lelaki tadi masuk semula dan mereka berdua di depan sy. Lelaki tadi cakap dia pernah pergi berubat di sebuah Pusat Rawatan Islam terkenal dan perawat di situ guna kaedah agak pelik termasuk minta dia tanam baju kat kubur agar dapat melupakan bekas bakal tunangnya dulu. Sekali lagi sy tanya asal usul lelaki itu dan dia memberitahu sekian, sekian, sy hanya diam. Cuma sy minta beritahulah hal sebenar kepada ahli keluarga tentang status perempuan ini yg bakal jadi isterinya, janda tanpa anak, pernah gugur dua kali, dia kata insyaAllah keluarga dia akan faham. Selepas sesi selesai mereka berdua keluar. Sy tak sempat memberitahu bahawa sy adalah sekampung dgn lelaki itu, satu mukim, satu qariah Jumaat. Memang dia tak kenal saya sebab sy dah merantau hampir 35 tahun, hanya sekali sekala balik  Elok juga mereka berdua tak tahu...sy pun tak suka memberitahu hal peribadi tanpa sebab.

Petang, ke rumah seorang sahabat, juga murid sy utk merawat rumah dia, sy ajak beberapa org utk bantu, setelah selesai, isteri tuan rumah memberitahu merasa berdebar dan gementar masa proses rawatan dilakukan, juga anaknya tiba2 sakit kaki kiri, sy ruqyah, kemudian ok, masa tengah minum tiba2 anaknya yg sorang lagi mengadoi sakit sebelah kaki kiri dari lutut ke bawah, sampai tak boleh berjalan. sy ruqyah dan dia nampak ok. Rumah dia ada gangguan yg menurutnya dikesan sejak tahun lepas, ada macam2 bunyi, nampak kelibat, ada yg bagi salam waktu 6 pagi dan ahli keluarga sering sakit pelik2. Bila dibuat check up dan diagnosis di hospital dan klinik pakar, menurut doktor tiada apa2 masalah.

Malam, ada beberapa kes gangguan, sakit2 seluruh badan, lebam2, menyucuk2, macam2 bunyi di rumah, dengar benda1 melompat, tercium bau racun dalam rumah dsb.  Ada juga beberapa kes yg merasuk.

Pengajaran: Perawat kena berhati-hati dan sentiasa mengelak dari menjadi bahan fitnah baik di kalangan manusia mahupun makhluk halus. Ada kes manusia sendiri yg memfitnah dan ada juga jin yang memfitnah perawat. Samada berupa fitnah atau benar2 dilakukan, Wallah A`lam. Begitu juga pasal jodoh, itu sebahagian dari qada' dan qadar . Kita kena berikhtiar dan sekiranya ditakdir juga terimalah dgn berlapang dada dan reda.

No comments:

Post a Comment