Selasa (13.3.12) Semalam sy dihubungi oleh seorang kawan, juga AJK pusat DS utk hadir ke mesyuarat di BPTK Kementerian Kesihatan Malaysia pada hari ini sebagai wakil Pengerusi dan Setiausaha DS. Mesyuarat selama 3 1/2 jam itu berkaitan isu2 yg berbangkit di kalangan badan dan pengamal perubatan tradisional dan komplementari, khususnya di kalangan badan pengamal ayurveda, akupuntur, homeopati, tradisional Melayu dan tradisional cina. Pengubatan Islam adalah antara 8 badan pengamal yg disenaraikan oleh BPTK. Perbincangan hanya melibatkan isu2 berkaitan badan2 lain dan tiada sebarang isu tentang pengubatan Islam. DS adalah menjadi wakil kepada badan2 pengamal pengubatan Islam di negara ini. Memandangkan pengarah baru BPTK seorang doktor wanita berbangsa cina, maka aspek yang ditinjau lebih memihak kepada pengubatan tradisional cina. Dua org wakil DS (termasuk saya) hanya mengambil sikap dengar dan perhati. Mereka berbincang atas perkara2 yg kami (pengubatan Islam) sudahpun bersedia ke arah itu. Kami dah tubuhkan GAPPIMA (Gabungan persatuan pengamal pengubatan Islam Malaysia) dan kini dalam proses pendaftaran, DS sendiri dah sediakan modul untuk program pengubatan Islam di peringkat Diploma, juga sudah ada Kod Etika Rawatan Islam, juga dah submit nama2 perawat utk didaftarkan di BPTK, juga nama2 AJK penilai program rawatan Islam BPTK (Sy salah seorang AJK). Kami pasukan rawatan Islam dah lakukan semua itu dan sudah bersedia. Justeru itulah barangkali isu berkaitan rawatan islam tak disentuh sedikitpun, yg lain masih di peringkat isu2 dasar khasnya kemasukan pengamal dan perunding asing untuk bekerja di negara ini dalam bidang2 pengubatan tradisional dan komplementari. Apapun mesyuarat ini memberi banyak info tentang apa yg sedang berlaku kepada pengamal2 rawatan bukan Islam.
Petang sy diminta ke rumah seorang pesakit, dah beberapa kali tertangguh sebelum ini, semalam pun dia standby tapi sy pulak ada hal, so, sy terus ke rumahnya utk melakukan rawatan rumah dan dirinya serta ahli keluarga yg bermasalah gangguan. Sesi ini agak keras juga, jin penyihir yg datang dari Siam memang degil. Ini antara jin yang paling degil sy temui tapi bukanlah ganas dan nak menyerang tak tentu hala, sering mohon simpati dan usianya dah lebih 8 ribu tahun. Dah 15 tahun berada dlm badan org ini, dia sendiri akui, sejak putus tunang 15 tahun lepas, iaitu sebelum kahwin dan kini ada 3 anak. Jin itu tak peduli, perjanjian dgn tuannya utk kacau org ini sampai mati. Kini tuan asal dia tak kisah lagi, namun oleh kerana dah 15 tahun bersama, dia dah suka org ini, tak mahu berpisah, merayu2 jgn dipisahkan, seolah2 menyembah sy. Sy ruqyah dan jin itu mengerang2 kesakitan, namun tak keluar juga, namun dia janji akan keluar satu masa nanti, tapi tak tahu bila, nantilah bila dia dah bersedia. Sy kata lebih baik kamu hentikan kerja2 ini, baliklah ke Siam, tuan kamu dah tipu kamu, buat apa kamu masuk campur urusan manusia lagi. Soal sekarang dia kata suka sangat org ini sebab dia terlalu baik. Masa org ini pergi kerja dia tunggu rumah, balik kerja dia terus masuk badan org ini. Bagi sy soal rawatan ni tak boleh putus asa, sebab kesembuhan itu hanyak milik Allah. Keadaan kemudian ok, dia lepaskan pesakit ini, namun sy percaya dia akan masuk kembali setelah sy balik, mungkin malam ni atau esok siang. Sy cakap kat jin tu, sy tak akan putus asa, kita akan jumpa lagi utk buat perhitungan.

No comments:
Post a Comment